Cara Paling Mudah Aktifkan Minda Bawah Sedar

Setelah belajar mengenai tahap gelombang otak dari post yang sebelum ini, maka saya akan berkongsi tentang bagi mengaktifkan minda bawah sedar secara mudah dan tepat. Setiap hari, kita berada dalam keadaan gelombang otak alfa dan theta. Ketika gelombang otak berada pada tahap ini, setiap saranan akan terus dicerap oleh minda bawah sedar.

Beberapa waktu yang menyebabkan gelombang otak berada pada tahap alfa iaitu :

1) tengah malam
2) ketika solat (sujud)
3) selepas azan
4) ketika memandu
5) ketika hujan turun
6) ketika mandi
7)  ketika hendak tidur dan selepas bangun dari tidur

Jadi apa yang perlu dilakukan adalah ketika waktu-waktu sebegini adalah :

1. Pejamkan mata
2. Bercakap dengan diri sendiri (self- talk) apa yang kita nak dan perlu
3. Berdoa minta pada Allah apa yang kita nak
4. Ulang beberapa kali.
5. Cuba usahakan untuk selalu berdoa ketika berada dalam gelombang otak alfa agar menjadi amalan untuk menjadi seorang hamba Allah yang rajin berdoa.

Setiap amalan yang diulang akan menjadi kebiasaan itu dicerap dan disimpan di minda bawah sedar dan diterjemah dalam bentuk tindakan (akhlak)

Selain itu juga, jika kita berada dalam gelombang otak beta dan kita ingin berdoa atau memprogramkan diri, maka tukarlah posisi gelombang otak dari beta ke alfa melalui menguasai jurus pernafasan iaitu :

1.Mulakan dengan Bismillahirrahmanirrahim dan duduk dalam keadaan  duduk
2. Tarik nafas melalui hidung dalam kiraan 5 saat
3. Tahan nafas tersebut dalam kiraan 20 saat
4. Hembus nafas melalui mulut dalam kiraan 10 saat

Lakukan pernafasan ini sekurang-kurangnya  3 pusingan dan kemudian, boleh berdoa atau memberi saranan kepada minda bawah sedar melalui bercakap dengan diri (self-talk). Contoh, " Aku makin sihat dan bertenaga", "Aku makin positif dari sebelumnya". Lakukan dan amalkannya,anda pasti anda akan lihat perbezaannya. Jom sama-sama aktifkan minda bawah sedar untuk programkan diri menjadi lebih baik dan hebat. InsyaAllah. Sekian untuk perkongsian kali ini.
Karimah Abdullah
Kuasai Minda dan Hati,
Pasti Akan Kuasai Dunia