Khasiat Setiap 99 Nama Asma Ul Husna

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Dan bagi Allah itu nama-nama yang Indah/Baik, berdoalah dengannya (dengan menyebut nama-nama yang baik itu – Asma ul-Husna).” Surah al-A’raf 7:180

 

Assalamualaikum. Berikut ialah khasiat bagi setiap satu asma ul husna yang mana jika kita amalkan, setiap satu darinya mempunyai khasiat yang berbeza-beza mengikut apakah hajat yang kita inginkan. Insya Allah...
 
1. YA RAHMAAN
Yang Maha Pengasih.
Apabila dizikirkan sesudah solat 5 waktu sebanyak 500x maka hati kita akan menjadi terang, tenang & sifat-sifat pelupa & gugup akan menjadi hilang dengan izin Allah.
2. YA RAHIIM
Yang Maha Penyayang.
Apabila dizikirkan sebanyak 100x setiap hari, Insyaallah kita kan mempunyai daya penarik yang besar sekali hingga manusia merasa cinta & kasih serta sayang terhadap kita.
3. YA MALIK
Raja Yang Maha Berkuasa.
Apabila dizikirkan sebanyak 121x setiap pagi atau setelah gelincirnya matahari, segala pekerjaan yang dilakukan setiap hari akan mendatangkan berkat dan kekayaan yang diredhai Allah.
4. YA QUDDUS
Yang Maha Suci
Apabila dizikirkan sebanyak 100x setiap pagi setelah tergelincir matahari, maka hati kita akan terjaga dari semua penyakit hati seperti sombong, iri hati, dengki & lain-lain.
5. YA SALAAM
Yang Maha Sejahtera.
Apabila dizikirkan sebanyak 136x, insyaallah jasmani & rohani kita akan terhindar daripada segala penyakit sehingga badan menjadi segar, sihat & sejahtera.
6. YA MU'MIN
Ya Maha Mengamankan.
Apabila dizikirkan sebanyak 236x, insyaallah diri kita, keluarga & segala kekayaan yang dimiliki akan terpelihara & aman dari segala macam gangguan yang merosakkan.
7. YA MUHAIMIN
Yang Maha Memelihara.
Apabila dizikirkan sebanyak 145x sesudah solat fardu Isyak, insyaallah fikiran & hati kita akan menjadi terang & bersih.
8. YA 'AZIZ
Yang Maha Perkasa.
Apabila dizikirkan sebanyak 40x sesudah solat Subuh, insyaallah kita akan menjadi orang yang mulia disegani orang kerana penuh kewibawaan.
9. YA JABBAR
Yang Kehendaknya Tidak Dapat Diingkari.
Apabila dizikirkan sebanyak 226x pagi & petang semua musuh akan menjadi tunduk & patuh dengan izin Allah.
10. YA MUTAKABBIR
Yang Memiliki Kebesaran.
Apabila dizikirkan sebanyak 662x maka dengan kebijaksanaan bertindak kita akan dapat menundukkan semua musuh, bahkan mereka akan menjadi pembantu yang setia.
11. YA KHALIQ
Yang Maha Pencipta.
Dibaca mengikut kemampuan atau sebanyak 731x, insyaallah yang ingin otak cerdas, cepat menerima sesuatu pelajaran, amalan ini akan memberikan otak kita cerdas dan cepat faham.
12. YA BARI'
Yang Maha Merancang.
Sekiranya kita berada di dalam kesukaran atau sedang sakit, dibaca sebanyak 100x selama 7 hari berturut-turut, insyaallah kita akan terlepas dari kesukaran & sembuh daripenyakit tersebut.
13. YA MUSAWWIR
Yang Maha Pembentuk.
Sekiranya seorang isteri yang sudah lama belum mempunyai anak, maka cubalah ikhtiar ini dengan berpuasa selama 7 hari dari hari Ahad hingga Sabtu. Di waktu hendak berbuka puasa, ambil segelas air & dibacakan "Ya Musawwir" sebanyak 21x, kemudian diminum air tersebut untuk berbuka puasa. Bagi sang suami, hendaklah berbuat perkara yang sama tetapi hanya dengan berpuasa selama 3 hari. Kemudian pada waktu hendak berjimak, bacalah zikir ini selama 10x, insyaallah akan dikurniakan anak yang soleh.
14. YA GHAFFAR
Yang Maha Pengampun.
Sambil Beri'tikaf (diam dalam masjid dalam keadaan suci) bacalah zikir ini sebanyak 100x sambil menunggu masuknya waktu solat Jumaat, insyaallah akan diampun dosa-dosa kita.
15. YA QAHHAR
Yang Maha Perkasa.
Dizikir menurut kemampuan atau sebanyak 306x, maka hati kita akan dijaga dari ketamakan & kemewahan dunia dan insyaallah orang-orang yang selalu memusuhi kita akan sedar & tunduk akhirnya.
16. YA WAHHAB
Yang Maha Memberi Kurnia.
Dizikir sebanyak 100x sesudah solat fardhu, barang siapa yang selalu di dalam kesempian, insyaallah segala kesulitan atau kesempitan daam soal apa pun akan hilang.
17. YA RAZZAQ
Yang Maha Pemberi Rezeki.
Dizikir mengikut kemampuan sesudah solat fardhu khususnya solat Subuh, insyaallah akan dipermudahkan rezeki yan halal & membawa berkat.
18. YA FATTAH
Yang Maha Pembuka.
Dizikir sebanyak 71x sesudah selesai solat Subuh, insyaallah hati kita akan dibuka oleh Allah, sehingga mudah menerima nasihat agama.
19. YA 'ALIM
Yang Maha Mengetahui.
Dizikir sebanyak 100x setiap kali selesai solat Maktubah, insyaallah akan mendapat kemakrifatan yang sempurna.
20. YA QABID
Yang Maha Menyempitkan.
Dizikirkan 100x setiap hari, maka dirinya akan semakin dekat dengan Allah & terlepas dari segala bentuk ancaman.
21. YA BASIT
Yang Maha Melapangkan.
Perbanyakkan zikir ini setiap hari, insyaallah rezeki akan menjadi murah.
22. YA KHAFID
Yang Maha Merendahkan.
Dizikirkan sebanyak 500x setiap hari dalam keadaan suci, khusyuk & tawaduk, insyaallah segala maksud yang baik akan ditunaikan Allah. Jika mempunyai musuh, musuh itu akan jatuh martabatnya.
23. YA RAFI'
Yang Maha Mengangkat.
Dizikirkan setiap hari, siang dan malam sebanyak 70x, insyaallah keselamatan harta benda di rumah, di kedai atau di tempat-tempat lain akan selamat & terhindar dari kecurian.
24. YA MU'IZ
Yang Maha Membeningkan.
Dizikirkan sebanyak 140x setiap hari, insyaallah akan memperolehi kewibawaan yang besar terutamanya bagi ketua-ketua jabatan atau perniagaan.
25. YA MUZIL
Yang Maha Menyesatkan.
Perbanyakkanlah zikir ini setiap hari, sekiranya ada orang yang berhutang kepada kita & sukar untuk memintanya, insyaallah si penghutang akan sedar & membayar hutangnya kembali.
26. YA SAMI'
Yang Maha Mendengar.
Sekiranya ingin doa kita makbul dan pendengaran kita tajam, amalkan zikir ini setiap hari mengikut kemampuan, lebih-lebih lagi sesudah solat Dhuha, insyaallah doa akan mustajab.
27. YA BASIR
Yang Maha Melihat.
Dizikirkan sebanyak 100x sebelum solat Jumaat, insyaallah akan menjadikan kita terang hati, cerdas otak & selalu diberikan taufik & hidayah dari Allah.
28. YA HAKAM
Yang Maha Melapangkan.
Dizikirkan sebanyak 68x pada tengah malam dalam keadaan suci, insyaallah dapat membuka hati seseorang itu untuk mudah menerima ilmu-ilmu agama.
29. YA 'ADL
Yang Maha Adil
Dizikirkan sebanak 104x setiap hari sesudah selesai solat 5 waktu, insyaallah diri kita selalu dapat berlaku adil.
30. YA LATIF
Yang Maha Lembut
Dengan memperbanyakkan zikir ini mengikut kemampuan, insyaallah bagi para peniaga, ikhtiar ini akan menjadikan barangan jualannya menjadi laris dan maju.
31. YA KHABIR
Yang Maha Berwaspada
Dengan memperbanyakkan zikir ini setiap hari, insyaallah akan dapat bertemu dengan teman atau anak yang terpisah sekian lama.
32. YA HALIM
Yang Maha Penyantun.
Dizikirkan sebanyak 88x selepas solat 5 waktu, bagi mereka yang mempunyai kedudukan, insyaallah dipastikan kedudukannya tidak akan dicabar.
33. YA 'AZIM
Yang Maha Agung.
Dizikirkan sebanyak 12x setiap hari untuk orang yang sekian lama menderita sakit, insyaallah akan sembuh. Juga apabila dibaca 12x kemudian ditiupkan pada tangan lalu diusap-usap pada seluruh badan, dengan izin Allah akan terhindar dari gangguan jin & sebagainya.
34. YA GHAFFUR
Yang Maha Pengampun
Bagi orang yang bertaubat, hendaklah memperbanyakkan zikir ini dengan mengampuni dosa-dosanya dan beriktikad untuk tidak mengulanginya. Insyaallah akan diterima taubatnya oleh Allah.
35. YA SYAKUR
Yang Maha Mensyukuri.
Dizikirkan sebanyak 40x sehabis solat hajat, sebagai pengucapan terima kasih kepada Allah, insyaalah semua hajat kitaakan dimakbulkan Allah.
36. YA 'ALI
Yang Maha Tinggi
Tulislah zikir ini sebanyak 110x di dalam bahasa Arab, lalu direndam pada air yang dingin dan diminum, insyaallah air tadi mujarab untuk kecerdasan minda seseorang.
37. YA KABIR
Yang Maha Besar
Bagi seseorang yang kedudukannya telah dirampas atau dilucut gara-gara fitnah, maka bacalah zikir ini sebanyak 1000x selama 7 hari berturut-turut dalam keadaan suci sebagai pengaduan kepada Allah. Lakukanlah sesudah solat malam (tahajjud atau hajat)
38. YA HAFIZ
Yang Maha Penjaga
Dizikir sebanyak 99x, insyaallah diri kita akan terlindung dari gangguan binatang buas terutamanya apabila kita berada di dalam hutan.
39. YA MUQIT
Yang Maha Pemberi Kekuatan.
Sekiranya kita berada di dalam kelaparan dan sukar untuk mendapatkan makanan, maka perbanyakkanlah zikir ini. Insyaallah badan kita akan menjadi kuat dan segar kerana rasa lapar akan hilang.
40. YA HASIB
Yang Maha Pembuat Perhintungan
Untuk memperteguhkan kedudukan yang telah kita jawat, amalkan zikir ini sebanyak 777x sebelum matahari terbit & selepassolat Maghrib, insyaallah kedudukan kita akan kukuh tanpa sebarang gangguan.
41. YA JALIL
Yang Maha Mempunyai Keagungan
Amalkan zikir ini pada 1/3 malam, insyaallah perniagaan akan bertambah maju, kedudukan akan lebih tinggi dan terhormat.
42. YA KARIM
Yang Maha Mulia.
Untuk Mencapai darjat yang tinggi & mulia di dunia mahupun di akhirat kelak, maka amalkan zikir ini sebanyak 280x ketika hendak masuk tidur. Nescaya Allah akan mengangkat darjat mereka yang mengamalkan zikir ini.
43. YA RAQIB
Yang Maha Mengawasi
Berzikirlah sebanyak 50x setiap hari dengan niat agar barang-barang yang dikhuatiri akan hilang kerana berada di tempat yang jauh & sukar dijaga terhindar dari sebarang kecurian mahupun gangguan lainnya. Bertawakkal & yakinlah kepada Allah.
44. YA MUJIB
Yang Maha Mengabulkan.
Amalkan zikir ini sebanyak 55x sesudah solat Subuh. Insyaallah doa kita akan dimakbulkan Nya.
45. YA WASI'
Yang Maha Luas
Apabila di dalam kesulitan maka amalkanlah zikir ini sebanyak 128x setiap pagi & petang. Insyaallah segala kesulitan akan hilang. Andai zikir ini sentiasa diamalkan, insyaallah kita akan dijaga dari hasad dengki sesama makhluk.
46. YA HAKIM
Yang Maha Bijaksana.
Bagi sesiapa sahaja yang memperbanyakkan zikir ini setiap hari, insyaallah akalnya akan manjadi cergas & lancar dalam menghafal dan mengikuti pelajaran. Amalkan sekurang-kurangnya 300x setiap hari.
47. YA WADUD
Yang Maha Penyiram Kesejukan.
Amalkan zikir ini sebayak 1000x pada setiap malam. Insyaallah kita akan menjadi insan yang sentiasa bernasib baik, disayangi & rumah tangga kita akan berada dalam keadaan harmoni.
48. YA MAJID
Yang Maha Penyandang Kemegahan
Untuk ketenteraman keluarga, amalkan zikir ini sebanyak 99x, sesudah itu hembuskan kedua belah tapak tangan & usap ke seluruh muka. Insyaallah semua anggota keluarga kita akan meyayangi& menghormati kita sebagao ketua keluarga.
49. YA BA'ITH
Yang Maha Membangkitkan
Zikirkan sebanyak 100x dengan meletakkan kedua tangan ke dada. Insyaallah akan memberi kelapangan dada dengan ilmu & hikmah.
50. YA SYAHID
Yang Maha Menyaksikan
Apabila ada diantara kedua keluarga kita yang suka membangkang dan sebagainya, maka zikirkan sebanyak 319x secara berterusan setiap malam sehingga si pembangkang akan sedar & mengubah sikapnya.
51. YA HAQ
Yang Maha Besar
Perbanyakkan zikir ini, insyaallah ianya sangat berfaedah sekali untuk menebalkan iman & taat di dalam menjalankan perintah Allah.
52. YA WAKIL
Yang Maha Pemegang Amanah
Sekiranya terjadi hujan yang disertai ribut yang kuat atau terjadi gempa, maka ketika itu perbanyakkan zikir ini, insyaallah bencana tersebut akan menjadi reda & kembali seperti sedia kala.
53. YA QAWI
Yang Maha Kuat
Amalkan zikir ini sebanyak mungkin agar kita tidak gentar apabila berhadapan dengan sebarang keadaan mahupun berdepan dengan si zalim.
54. YA MATIN
Yang Maha Kukuh
Amalkan zikir ini sebanyak mungkin kerana ianya mempunyai fadhilat mengembalikan kekuatan sehingga musuh merasa gentar untuk mengganggu.
55. YA WALI
Yang Maha Melindungi
Amalkan zikir ini sebanyak mungkin kerana dengan izin Nya, kedudukan kita akan kukuh & terhindar dari sebarang gangguan oleh orang yang bersifat dengki.
56. YA HAMID
Yang Maha Terpuji
Perbanyakkan zikir ini sebagai pengakuan bahawa hanya Allah sahaja yang paling berhak menerima segala pujian.
57. YA MUHSI
Yang Maha Penghitung.
Sekiranya kita menginginkan diri kita digolongkan dalam pertolongn yang selalu dekat dengan Allah, maka amalkan zikir ini sebanyak mungkin sesudah solat 5 waktu.
58. YA MUBDI
Yang Maha Memulakan
Agar segala apa yang kita rancangkan akan berhasil, maka zikirkan sebanyak 470x setiap hari. Insyaallah.
59. YA MU'ID
Yang Maha Mengembalikan
Andai ada anggota keluarga yang menghilangkan diri & sebagainya, amalkan zikir ini sebanyak 124x setiap hari sesudah solat. Insyaallah akan dipertunjukkan hasilnya.
60. YA MUHYI
Yang Maha Menghidupkan
Amalkan zikir ini 58x setiap hari, insyaallah kita akan diberikan kemuliaan darjat dunia & akhirat kelak.
61. YA MUMIT
Yang Maha Mematikan.
Barangsiapa yang memperbanyakkan zikir ini, insyaallah akan dipermudahkan dalam perniagaan,politik & sebagainya.
62. YA HAYYU
Yang Maha Hidup.
Untuk mencapai kekuatan mental/batiniah dalam menjalani kehidupan, perbanyakkanlah zikir ini.
63. YA QAYYUM
Yang Maha Menegakkan.
Amalkan zikir ini sebanyak 1000x setiapmalam atau siang, insyaallah akan memperolehi harta yang banyak lagi berkat, dikasihi oleh setiap manusia, berwibawa, ditakuti musuh & menjadi insan yang terhormat.
64. YA WAJID
Yang Maha Menemukan
Andai keinginan keperibadian yang kukuh, tidak mudah terpengaruh & teguh pendirian, maka perbanyakkan zikir ini.
65. YA MAJID
Yang Maha Mulia.
Demi kecerdasan otak dan agar dipermudahkan hati untuk menerima pelajaran maka hendaklah pelajar tersebut memperbanyakkan zikir ini setiap hari.
66. YA WAHID
Yang Maha Tunggal
Bagi pasangan yang belum mempunyai cahaya mata, amalkanlah zikir ini sebanyak 190x setiap kali selesai menunaikan solat 5 waktu selama sebulan & selama itu juga hendaklah berpuasa sunat Isnin & Khamis. Insyaallah.
67. YA AHAD
Yang Maha Esa
Zikir Asma Allah ini sebanyak-banyaknya, insyaallah kita akan melupakan sifat-sifat yang dinisbahkan kepada diri kita atau orang lain.
68. YA SAMAD
Yang Maha Diperlukan.
Ketika dalam kelaparan akibat sesat atau kesempitan hidup, maka pohonlah kepada Allah dengan zikir ini sebanyak mungkin. Insyaallah diri ini akan berasa kembali segar.
69. YA QADIR
Yang Maha Menentukan
Apabila kita berhajatkan sesuatu namun selalu gagal, maka amalkan zikir ini sebanyak 305x setiap hari. Insyaallah segala hajat akan berhasil.
70. YA MUQTADIR
Yang Maha Berkuasa
Amalkan zikir ini sebanyak-banyaknya sehingga apa sahaja ikhtiar kita berhasil kerana zikir ini akan mempercepatkan keberhasilan hajat kita.
71. YA MUQADDIM
Yang Maha Mendahulukan
Menurut Imam Ahmad bin Ali Al-Buuniy, "barangsiapa yang berzikir dengan zikir ini sebanyak 184x setiap hari, insyaallah segala usahanya akan berhasil.
72. YA MUAKHKHIR
Yang Maha Mengakhirkan
Bagi meninggikan lagi ketaatan kita kepada Allah, perbanyakkan zikir ini.
73. YA AWWAL
Yang Maha Awal
Barangsiapa yang mengamalkan zikir ini sebanyak 37x setiap hari, insyaallah segala apa yang dihajati akan diperkenan Allah.
74. YA AKHIR
Yang Maha Akhir
Amalkan zikir ini sebanyak 200x sesudah solat 5 waktu selama 1 bulan insyaallah akan dibukakan pintu rezeki yang halal.
75. YA ZAHIR
Yang Maha Nyata
Amalkanlah zikir ini sebanyak 1,106x selesai solat ditempat yang sunyi, nescaya Allah akan membuka hijab padanya dari segala rahsia serta diberi kefahaman ilmu.
76. YA BATIN
Yang Maha Ghaib
Amalkanlah zikir ini sebanyak 30x sesudah solat fardu, nescaya Allahakan membuka hijab padanya dari segala rahsia serta diberi kefahaman ilmu.
77. YA WALI
Yang Maha Memberikan
Memperbanyakkan zikir ini setiap pagi & petang, insyaallah kita akan dibukakan pintu ma'rifat.
78. YA MUTA'ALI
Yang Maha Meninggikan
Sekiranya kita hendak berjumpa dengan mereka yang berkedudukan tinggi, bacalah zikir ini sebanyak mungkin. Insyaallah dengan mudah kita akan berjumpa dengannya & segala hajat yang penting akan berhasil.
79. YA BARR
Yang Maha Dermawan
Amalkan zikir ini sebanyak mungkin setiap hari, insyaallah segala apa yang dihajati akan terlaksana dengan mudah.
80. YA TAWWAB
Yang Maha Penerima Taubat
Perbanyakkan zikir ini supaya dengan mudah diberikan petunjuk kembali ke jalan yang lurus.
81. YA MUNTAQIM
Yang Maha Penyiksa
Perbanyakkan zikir ini setiap kali sesudah solat fardhu. Insyaallah, kita akan mendapat pertolongan Allah dalam berhadapan dengan orang yang zalim.
82. YA 'AFU
Yang Maha Pemaaf
Barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, nescaya dia akan diampuni segala dosanya oleh Allah.
83. YA RAUF
Yang Maha Pengasih
Bagi sesiapa sahaja yang inginkan dirinya disayangi oleh sesiapa sahaja yang memandangnya, amalkan zikir ini seberapa mampu pada waktu siang mahupun malam.
84. YA MALIKUL MULK
Yang Maha Menguasai Segala Kerajaan
Seseorang ketua yang ingin kedudukan yang kekal & tetap tanpa gangguan, amalkan zikir ini sebanyak 212x sesudah solat waktu & 212x pada setiap malam.
85. YA ZUL JALALI WAL IKRAM
Yang Maha Memiliki Kebebasan & Kemuliaan
Amalkan zikir ini sebanyak 65x setiap hari, insyaallah segala hajat kita akan tercapai dengan pertolongan Allah.
86. YA MUQSIT
Yang Maha Menyeimbangkan.
Berzikirlah dengan zikir ini mengikut kemampuan, insyaallah Allah akan menganugerahkan sifat adil kepada mereka yang mengamalkannya.
87. YA JAMI'
Yang Maha Pengumpul
Sekiranya ada ahli keluarga kita yang lari daripada rumah amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin setiap hari dengan niat semoga Allah menyedarkan orang tersebut. Dengan izin Allah orang yang lari itu akan pulang dalam jangka waktu yang singkat.
88. YA GHANI
Yang Maha Kaya.
Amalkanlah zikir ini pada setiap hari sebanyak mungkin, insyaallah apa yang kita usahakan akan cepat berhasil & kekayaan yang kita perolehi itu akan mendapat berkat.
89. YA MUGNI
Yang Maha Pemberi Kekayaan
Mintalah kekayaan yang bermanfaat untuk kehidupan dunia & akhirat kepada Allah dengan memperbanyakkan zikir ini, insyaallah segala hajat kita akan tercapai.
90. YA MANI'
Yang Maha Mencegah
Amalkan zikir ini sebanyak 161x pada waktu menjelang solat Subuh setiap hari, insyaallah kita akan terhindar dari orang-orang yang zalim & suka membuat angkara.
91. YA DARR
Yang Maha Pemberi Derita
Amalkanlah zikir ini sebanyak 1001x pada setiap hari, insyaallah dengan ikhtiar ini penyakit yang telah lama dihidapi akan cepat sembuh.
92. YA NAFI'
Yang Maha Pemberi Manfaat
Menurut Imam Ahmad Al-Buuniy, barangsiapa mengamalkan zikir inisetiap hari, maka bagi orang yang sakit, sakitnya akan sembuh & bagi orang yang susah akan dihilangkan kesusahannya dengan izin Allah.
93. YA NUR
Yang Maha Bercahaya
Menurut Sheikh Ahmad bin Muhammad As Shawi, barang siapa yang menghendaki kemuliaan yang agung & memperolehi apa yang dimaksudkan baik kebaikan dunia mahupun akhirat, maka selalulah berzikir dengan Asma Allah ini setiap pagi & petang.
94. YA HADI
Yang Maha Pemberi Petunjuk
Bagi sesiapa yang tersesat dalam perjalanan, zikirlah Asma Allah, insyaallah akan diberia pertolongan dan cepat lepas dari kesesatan tersebut.
95. YA BADI'
Yang Maha Pencipta Keindahan
Andai kita mempunyai rancangan yang besar,maka berzikirlah dengan zikir ini sebanyak 500x selepas solat fardhu. Insyaallah rancangan kita akan berjaya & berjalan lancar.
96. YA BAQI
Yang Maha Kekal
Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin pada bila-bila masa, insyaallah dengan ikhtiar ini semua pekerjaan yang telah menjadi punca rezeki tidak akan mudah terlepas dan perniagaan akan terus maju.
97. YA WARIS
Yang Maha Pewaris
Amalkan Asma Allah ini sebanyak yang mungkin, insyaallah kita akan dikurniakan umur yang panjang & hidup yang berhasil.
98. YA RASHID
Yang Maha Bijaksana
Berzikirlah dengan Asma Allah ini sebanyak 1000x di antara waktu Maghrib dan Isyak, insyaallah kita akan beroleh minda yang cerdas.
99. YA SABUR
Yang Maha Sabar
Agar kita diberi kesabaran oleh Allah dalam segala hal, maka perbanyakkanlah zikir Asma Allah ini. Dengan sifat sabar dan penuh pengharapan kepada Allah, insyaallah segala usaha kita akan mencapai kejayaan.
Sekianlah khasiat 99 Asma ul Husna. Amalkanlah. Semoga beroleh kebaikan.
Aamiin...
Wallahu'

Hukum Tarikan / Law of Attraction 2020

Apa itu Hukum Tarikan / Law of Attraction (LOA)?

                                               (sumber::::http://hypnosis-diri.blogspot.com:::)

Semua orang dikelilingi oleh atmosfera pemikiran. Dengan daya fikiran, kita semua dapat mencapai kehidupan yang lebih baik atau lebih buruk pada hari esok. Kehidupan kita pada hari ini adalah hasil tindakan kita pada masa lalu adalah berdasarkan kepada fikiran pada masa lalu.

Maksud Hukum Tarikan / LOA ?

Hukum tarikan ialah prinsip yang terhasil akibat getaran yang terhasil daripada kesedaran anda sama ada anda menyedari atau tidak iaitu:
  • Fikiran
  • Perasaan
  • Persepsi
  • Sikap
Ianya menjadi sebab kenapa jalan menuju kejayaan dan kebahagiaan bermula dengan pemikiran dan perasaan anda yang seterusnya memberikan pengalaman dan tanggungjawab kepada realiti kehidupan anda.
Dengan bertanggungjawab terhadap kehidupan anda sendiri tanpa sebarang syarat akan menguatkan diri anda. Apabila anda memahami bahawa anda merupakan sumber kepada kehidupan anda, anda boleh mengubah kehidupan anda.
Apabila anda menyedari bahawa anda sentiasa disokong oleh alam semesta dimana setiap gelombang yang di pancarkan oleh fikiran anda dapat bersatu dengan alam semesta, anda akan mampu untuk mengubah kehidupan anda sekiranya anda ingin berubah.
"Jalan" yang biasanya dikenali dengan nama "nasib baik"/luck akan muncul kerana alam semesta akan memberikan apa yang anda inginkan - bergantung kepada getaran yang anda hasilkan. Inilah yang terhasil daripada Hukum Tarikan. Persoalannya ialah, apakah maksud "berubah" bagi diri anda?
Hanya anda yang dapat menjawab soalan ini.
Hukum Tarikan ialah kuasa yang menarik sesuatu yang anda berikan perhatian. Ianya bermakna anda menjadi magnet untuk menarik sesuatu yang anda berikan perhatian pada sepanjang masa.
Untuk menggunakan kuasa Hukum Tarikan dengan sepenuhnya, anda perlu menyedari apa yang berlaku di dalam diri anda. Anda perlu berwaspada tentang fikiran, perasaan, kepercayaan, dan sikap anda yang menghasilkan pengalaman hidup anda.
Anda merupakan sebuah mesin yang menghasilkan realiti kehidupan anda pada setiap saat. Adalah mustahil sekiranya anda tidak mampu membina pengalaman baru. Perkara yang membezakan pengalaman yang tercipta ialah pengalaman yang anda inginkan atau pengalaman yang tidak seperti anda harapkan.
Rahsianya ialah anda sentiasa peka bagaimana pengalaman tersebut boleh terhasil.
Hukum Tarikan adalah jelas. Ianya sangat mudah difahami. Ianya boleh membantu anda atau merosakkan anda.
Bagi menarik apa yang anda mahukan dalam kehidupan, anda perlu menumpukan perhatian kepada apa yang anda mahukan dengan sepenuh hati. Ianya akan diterjemahkan melalui tindakan anda sendiri.
Maksud sepenuh hati ialah dengan fikiran positif iaitu anda akan mendapatkan apa yang anda mahu dan yakin dengan sepenuhnya dengan mengambil tindakan yang tepat pada masa yang sesuai pada tempat yang betul.
Saya akan menghuraikan kunci-kunci untuk anda menggunakan kuasa Hukum Tarikan dengan sepenuhnya.

Kunci Pertama: Imaginasi

Teknologi yang terdapat pada hari ini merupakan hasil imaginasi pencipta / saintis satu ketika dahulu. Saya harap anda dapat memahami apa yang saya maksudkan dengan imaginasi dengan ayat mudah ini.
Imaginasi anda merupakan pintu gerbang kepada sesuatu yang anda inginkan dan jambatan yang menhubungkan minda sedar dan minda separa separa sedar anda. Ianya terbatas kepada bagaimana anda membayangkan sesuatu.
Secara umumnya, ianya terbatas bagaimana anda membayangkan kehidupan anda. Imaginasi anda akan membina "kunci" kepada apa yang anda harapkan.
Minda separa sedar tidak dapat membezakan apakah yang anda bayangkan dan apa yang menjadi realiti. Ianya hanya mematuhi arahan minda sedar anda - mengawal 5 deria anda (bau, warna, rasa, dengar, lihat).
Imaginasi anda merupakan "preview" anda mengenai masa depan anda. Apabila anda memikirkan apa yang anda mahukan, anda perlu menggunakan 5 deria anda.
Imaginasi adalah sesuatu yang berbeza dengan visualisasi kerana ianya turut melibatkan bunyi, tekstur, bau, dan rasa mengenai apa yang anda mahukan.
Penggunaan Hukum Tarikan / LOA sepenuhnya memerlukan anda menghasilkan perasaan seolah-olah anda sudah mendapat apa yang anda mahukan. Ianya akan menghasilkan getaran yang sangat kuat untuk menarik apa yang anda mahu.
Bagaimana perasaan yang terhasil daripada imaginasi anda akan menentukan sama ada anda mendapat apa yang anda mahukan atau tidak.
Perasaan merupakan "antena" yang memancarkan gelombang anda kepada alam semesta. Hasilkan perasaan seolah-olah matlamat anda telah tercapai dan doa anda telah dikabulkan oleh Sang Pencipta Alam.
Sekiranya anda masih belum dapat menghayati imaginasi anda, elakkan untuk menyimpan perasaan negatif seperti dengki / iri hati / memperkecil/ memperlekeh kejayaan orang lain. Sebaliknya turut merasa gembira dengan kejayaan orang lain.
Sekiranya anda mempunyai perasaan negatif, anda akan turut menarik perkara yang negatif dalam hidup anda.
Sekali lagi, anda menarik sesuatu yang anda berikan sepenuh perhatian dengan sepenuh hati.
Contohnya, anda ingin mencari jodoh tetapi perasaan anda bercampur-campur dengan perasaan ragu-ragu atau merasa rendah diri / cemburu melihat kawan-kawan anda bahagia dengan pasangan masing-masing. Anda menghasilkan Hukum Tarikan yang menentang anda dan bukannya membantu anda.
Perasaan anda merupakan petunjuk yang jelas apa yang berlaku pada diri anda dan menandakan kepercayaan dan sikap anda yang mungkin perlu ditukar atau di ubah untuk mendapatkan apa yang anda mahu.
Sekiranya perhatian anda terganggu atau hilang fokus, anda hanya perlu bertanya kepada diri anda:
"Apakah yang saya inginkan?"
Perasaan anda merupakan sesuatu yang sangat penting untuk menarik apa yang anda mahukan dalam hidup anda. Ianya menjadi "bahasa" yang digunakan diantara minda sedar dan minda separa sedar seterusnya membentuk pengalaman yang bakal anda lalui dengan "membina" masa depan anda dengan "aktif" dan menghasilkan "luck" atau halangan dalam kehidupan anda.
Sekarang anda dengan serta-merta boleh menghasilkan perasaan mengenai apa yang anda mahukan. Dalam contoh mengenai mencari jodoh tadi, anda boleh mula mengosongkan separuh dari ruang almari anda dengan membayangkan bahagian kosong ruang almari anda untuk pasangan anda. Ini hanya adalah contoh untuk menggunakan hukum tarikan.
Walaubagaimanapun, ianya bergantung kepada kreativiti anda untuk menghasilkan imaginasi yang anda mahukan. Tiada seorang pun yang mengetahui imaginasi anda sekiranya anda tidak memberitahu kepada orang lain.

Kunci Kedua: Kemahuan dan Matlamat

Kemahuan ialah titik permulaan untuk semua kejayaan. Kejayaan bukan dicapai dengan harapan, bukan dengan angan-angan tetapi yang menjadi penyebab utama kejayaan ialah kemahuan yang menyala-nyala dan berkobar-kobar yang seterusnya menyebabkan anda mengambil tindakan untuk melepasi semua halangan.
Kemahuan akan menyebabkan impian anda "bernafas" dan memberikan anda imaginasi dan jalan. Sekiranya anda mempunyai kemahuan yang benar-benar mantap, imaginasi anda dan juga pemikiran serta kepercayaan anda untuk mencapai matlamat anda akan "bersatu".
Bagi menyatukan kemahuan dan matlamat anda, anda hanya perlu bertanya kepada diri anda sendiri, "Kenapa saya ingin mendapatkan ....(matlamat anda)?".
Jawapan dari soalan ini akan membantu anda untuk menjadi lebih kreatif walaupun anda dalam situasi yang sukar dalam hidup anda.
Dengan bertanya kepada soalan "Kenapa saya...?" akan membantu anda membina matlamat yang jelas yang spesifik. Ini seterusnya dapat menjadi pengukur jarak antara diri anda dengan matlamat anda kerana anda tahu situasi hidup anda pada hari ini.
Seterusnya jawapan kepada soalan ini mempunyai makna yang mendalam dan dapat memberikan keyakinan yang tinggi kepada anda. Ianya bagaikan latihan untuk anda mengenal pasti apa yang anda benar-benar mahu.
Kadang-kadang apa yang kita percaya ialah kita mahu menjadi "produk" yang diinginkan oleh orang lain (keluarga / kawan/ pasangan dll). Mungkin juga matlamat anda selama ini hanyalah berdasarkan kepada rasa ego yang anda percaya akan memuaskan hati anda walaupun ianya bertentangan dengan hati anda.
Dengan bertanya soalan "Kenapa saya...?" akan membuatkan kita lebih jelas tentang kadar kemahuan kita terhadap sesuatu perkara.
Cara untuk menyatukan hati dan fikiran anda untuk menghasilkan apa yang anda inginkan dengan mencipta "penyebab masa depan". Secara asasnya, masa dan ruang adalah ilusi.
Masa depan yang anda inginkan sebenarnya sudah wujud. Berbanding dengan berteka-teki tentang masa depan anda dengan keadaan sekarang, anda boleh pergi kepada masa depan anda dan melihat dengan jelas kehidupan anda.
Ini adalah asas menggunakan Hukum Tarikan. Anda melihat masa depan seperti yang anda inginkan. Anda dapat menjadi saksi kehidupan anda sendiri berdasarkan fikiran anda. Anda hanya perlu mengambil tindakan pada hari ini untuk menjadikannya sempurna.
Hati anda dengan serta-merta meningkatkan getaran fikiran anda dan seterusnya menghantar gelombang kepada alam semesta untuk membantu anda - tanpa mengira situasi anda pada hari ini.
Masa depan anda membentuk kehidupan anda pada masa sekarang. Berita baiknya ialah anda boleh mencipta masa depan anda dan biarkan masa depan anda membentuk kehidupan anda sekarang.
Jadikan memikirkan tentang masa depan anda sebagai aktiviti harian dengan bertanya soalan berikut kepada diri anda sendiri:
  • Apakah yang anda mahukan?
  • Bagaimana cara anda berfikir, perasaan, dan tindakan yang anda ambil pada masa depan?
  • Apakah pengetahuan baru yang anda dapat?
  • Kejayaan yang telah anda cipta?
  • Cabaran yang anda tempuhi?
  • dan lain-lain
Ianya akan membantu anda untuk mencipta "ruang" anda sendiri. Bagi membina "kemahuan" anda agar menjadi realiti, anda perlu memberikan "ruang" dan bersedia untuk menciptanya.
Apakah yang perlu anda lakukan, tahap emosi dan mental anda untuk menjadikan kemahuan anda sebagai satu realiti?
Anda perlu bersedia untuk "berfikir besar" dan mengambil langkah yang tepat bagi menjadikan matlamat anda sebagai satu realiti.
  • Apakah sumber, peralatan, kenalan, dan kemahiran yang anda perlukan?
  • Apakah postur tubuh dan pendapat anda sendiri mengenai matlamat anda?
Berfikir dari masa depan dapat membantu anda untuk mengambil tindakan yang sesuai untuk menjadikan impian anda menjadi realiti.
Cara lain untuk mencipta ruang dalam kehidupan anda untuk mencapai matlamat anda ialah untuk membersihkan diri anda daripada perkara negatif.
Ianya boleh dilakukan sama ada secara fizikal atau mental.
Secara fizikal, anda boleh membersihkan ruang pejabat / bilik, menyusun fail / kertas di atas meja, menukar warna / kertas dinding dan lain-lain.
Secara emosi dan mental ialah dengan memaafkan orang-orang yang melukakan / menyusahkan hidup anda dengan hati yang terbuka. Apa yang membentuk kehidupan anda pada hari ini ialah tindakan anda pada masa lepas.
Dengan memaafkan orang lain, ianya akan membuatkan hidup anda lebih tenang dan bahagia yang seterusnya membantu anda menggunakan Hukum Tarikan dengan lebih efektif.

Kunci Ke-3: Kepercayaan dan Keyakinan

Kepercayaan anda sama ada betul atau salah, menjadi realiti hidup anda. Kepercayaan dihasilkan dengan pilihan anda yang mungkin berbeza dengan realiti hidup anda.
"Kepercayaan boleh menjadi pintu kepada kecemerlangan atau penjara hidup anda,"
Hadiah Harijadi
Pada suatu hari seorang suami membeli beberapa hadiah kepada isterinya sempena hari lahir yang ke-30 isterinya. Si suami menyorok semua hadiah itu di dalam bilik tidur mereka untuk membuat kejutan kepada isterinya.
Si isteri diminta keluar rumah terlebih dahulu sementara si suami meletakkan semua hadiah yang dibelinya ditempat yang difikirkan sesuai.
Setelah selesai menyoroknya, si suami meminta si isteri mencari hadiah-hadiah yang disembunyikannya. Si suami hanya memberikan 2 'hint' iaitu semua hadiah berada dalam bilik tidur mereka dan terdapat lebih dari satu hadiah.
Kemudian si isteri pun masuk ke dalam bilik tidur untuk mencari hadiah-hadiah dari suaminya. Setengah jam kemudian, si isteri pun keluar sambil membawa 3 hadiah yang ditemuinya.
Sambil tersenyum si isteri membawa ketiga-tiga hadiah tersebut kepada suaminya dan mengucapkan terima kasih kepada suaminya.
Apabila si suami memandang isterinya, dia tersenyum dan bertanya pada isterinya adakah si isteri sudah mendapatkan semua hadiah?
Si isteri terkejut dengan soalan dari suaminya dan menjelaskan dia sudah menemui semua hadiah dari suaminya. Dia bahawa dia telah menemui semua hadiah yang diberikan oleh suaminya.
Sambil tersenyum,si suami memberitahu kepada isterinya bahawa dia membeli sebanyak 30 hadiah kepada isterinya sempena menyambut hari kelahiran isterinya yang ke-30. Si suami pun menunjukkan semua hadiah yang di sembunyikan kepada si isteri.
Tamat.
Inilah kesan kepercayaan dalam hidup kita. Kita hanya bertindak berdasarkan kepercayaan kita. Hypnosis berhasil kerana ianya mengubah kepercayaan kita terhadap sesuatu realiti.
Setiap orang memiliki set kepercayaan masing-masing dalam kehidupan. Ianya mempengaruhi semua aspek kehidupan kita seperti kesihatan, kewangan, keselamatan, perhubungan, keseronokkan, dan lain-lain lagi. Pada asasnya, kepercayaan ialah sebarang nilai yang kita tetapkan dalam hidup kita terhadap sesuatu realiti.
Ianya memberikan makna tertentu dan dijadikan sebagai kompas dalam kehidupan kita. Kita biasanya meanggap suatu kepercayaan sebagai agama atau fahaman-fahaman yang tertentu. Kepercayaan boleh di atur yang kemudiannya dijadikan sebagai 'pengawal' kepada minda kita terhadap sesuatu realiti.
Sekiranya kita percaya bahawa sesuatu realiti itu sebagai benar, seluruh minda kita akan menganggapnya sebagai benar. Kepercayaan boleh membantu kita untuk mencapai apa yang kita inginkan dan boleh merosakkan diri kita dengan membataskan tindakan atau fikiran kita.
Ianya menjadi kompas dan peta untuk dijadikan panduan untuk mencapai apa yang kita inginkan dan memastikan kita berhasil mencapainya.
Kita boleh memilih kepercayaan yang membantu atau merosakkan kita. Kepercayaan kita tidaklah selalu benar.I anya hanyalah ilusi dan boleh dicipta oleh kita sendiri.
Kepercayaan seseorang di bentuk melalui:
  1. Persekitaran - keluarga, guru, rakan-rakan
  2. Insiden - sesuatu yang kejadian besar / kecil dan memberi kesan kepada kita seperti terkena renjatan elektrik, kemalangan dll
  3. Pengetahuan - sumber maklumat-buku, movie, lagu, ceramah dll
  4. Pengalaman lepas - kejayaan menghasilkan kejayaan, kegagalan menghasilkan kegagalan
  5. Imaginasi - mencipta realiti yang anda inginkan dalam minda
Apakah yang anda nampak mengenai gambar di bawah:
Perempuan muda atau perempuan muda?
Hukum Tarikan/ Law of Attraction Kepercayaan / Persepsi
Perempuan yang gemuk atau perempuan yang kurus?
Kuasa Kepercayaan / Persepsi (Pengenalan)
Gambar orang yang kusut masai atau perempuan yang cantik?
Hukum Tarikan / Law of Attraction 4
Gambar air yang separuh penuh atau separuh kosong?
Air Separuh penuh 5
Apa pun yang anda percaya,anda adalah benar. Beginilah Hukum Alam - Hukum Polariti bertindak. Setiap sesuatu mempunyai pasangan masing-masing.
Sekiranya anda berada dalam situasi yang tidak menyenangkan, percayalah bahawa terdapat peluang untuk anda melakukan sesuatu yang tidak pernah anda lakukan untuk mengubah kehidupan anda menjadi baik daripada situasi ini.
Sekiranya anda berada dalam situasi yang menyenangkan, buatlah matlamat baru untuk dicapai.
Kepercayaan memberi kesan yang mendalam dalam kepada emosi seseorang. Faktor emosi yang terlibat ialah tarikan kepada kenikmatan atau tolakan daripada penderitaan.
Ianya bermaksud tindakan kita pada hari ini terbahagi kepada 2 iaitu sama ada untuk mendapat kenikmatan atau untuk menghindari penderitaan.
Contohnya, anda lebih berminat untuk mendapatkan lebih banyak wang atau menjaga wang yang anda miliki daripada dicuri?
Anda boleh menguji sendiri kepercayaan anda. Caranya ialah dengan membuat keputusan untuk mencapai apa yang anda inginkan dan tanyalah diri anda sendiri kenapa anda masih tidak mencapainya.
  1. Kepercayaan akan menghasilkan keyakinan.
  2. Keyakinan akan membuatkan kita berimaginasi.
  3. Daripada imaginasi akan membuatkan kita fokus.
  4. Setelah itu logik akal menyusunkan langkah untuk kita mencapainya.
  5. Gerak hati akan bertindak apabila masa yang sesuai untuk bertindak.
  6. Tindakan anda menghasilkan kehidupan anda pada hari ini.
Arahan disampaikan kepada minda separa sedar oleh minda sedar. Minda separa sedar menterjemahkan melalui tubuh fizikal. Tindakan di ambil sebagai komponen terakhir untuk menjadikan sesuatu kepercayaan itu benar.
Pilihlah kepercayaan yang dapat membantu anda. Untuk membina harapan, anda perlu memastikan emosi anda bersatu dengan kepercayaan anda.
Untuk membina harapan, anda perlu memastikan emosi anda bersatu dengan kepercayaan anda.
Contohnya, anda inginkan perhubungan yang menggembirakan anda tetapi menyimpan perasaan negatif terhadap pasangan anda atau diri anda sendiri, anda akan menghasilkan sesuatu yang tidak anda harapkan.
Kepercayaan anda terbentuk sewaktu anda di peringkat awal usia anda. Ianya boleh dibentuk oleh keluarga anda, kawan sekerja, media dan lain-lain lagi yang mungkin anda tidak sedar.
Persepsi bukanlah merupakan satu kebenaran tetapi ianya merupakan pendapat dan satu bentuk toleransi daripada satu pihak terhadap sesuatu perkara. Sesuatu yang baik mengenai persepsi ialah ianya dapat anda ubah dan membuang pendapat yang tidak menyokong anda bagi mencapai matlamat dan impian anda.
Apa sahaja yang dapat difikirkan oleh minda dan dipercayai oleh anda, akan dapat dicapai. Kunci yang membezakan realiti bagi sesuatu perkara ialah sudut pandang satu pihak terhadap satu-satu perkara.
Sekiranya sesuatu realiti tidak dapat diterima oleh anda sebagai satu kebenaran, anda tidak akan menerimanya sebagai satu kebenaran.
Sudut pandang anda terhadap sesuatu perkara merupakan hasil kepercayaan anda. Menyayangi diri sendiri dan memaafkan diri-sendiri akan membantu anda untuk menerima satu kebenaran.
Kuasa Keyakinan/Tekad (Pengenalan)
Antara Kepercayaan dan Keyakinan
Pada zaman dahulu, di sebuah kota terdapat satu pertunjukkan sarkas di tengah-tengah pasar. Terdapat seorang ahli sarkas membuat persembahan menggunakan panah.
Dalam jarak 20 kaki terdapat pembantu beliau yang memegang sebiji tembikai dan diletakkan di atas kepalanya. Semua penonton terdiam.
Pemanah tersebut menarik busur dan melepaskan panahnya dan tepat mengenai tembikai tersebut. Kesemua penonton yang ada bertepuk tangan.
Kemudian, pembantu beliau menggantikan buah tembikai yang dipegangnya tadi dengan buah tembikai susu. Sekali lagi pemanah tersebut menarik busurnya.Semua penonton yang hadir sekali lagi tergamam dan menanti dengan berdebar-debar.
Suasana sunyi seketika. Pemanah tersebut pun melepaskan anak panahnya dan tepat mengenai sasarannya. Sekali lagi penonton berasa takjub dan bertepuk tangan.
Bagi memeriahkan lagi keadaan, pembantu pemanah tadi menggantikan buah tembikai susu dengan buah manggis.
Suasana menjadi sangat sunyi. Dengan cara yang sama, pemanah menarik busurnya dan melepaskan anak panahnya dan tepat mengenai buah manggis yang terletak di atas kepala pembantunya. Untuk kali yang ketiganya,semua hadirin bertepuk tangan dan memuji kehandalan pemanah tersebut.
Apabila keadaan agak reda sedikit, pemanah membuat tawaran kepada hadirin untuk menggantikan tempat pembantunya dan akan menerima hadiah. Semua hadirin terdiam dan tiada sesorang pun yang sanggup menggantikan tempat pembantunya.
Pemanah tersebut memandang seorang demi seorang muka penonton. Salah seorang penonton menjawab,"Kami percaya kamu mampu memanah dengan baik tetapi kami tidak yakin,".
Tiba-tiba seorang kanak-kanak yang berusia lingkungan 5-6 tahun mengangkat tangan dan bersedia untuk menggantikan tempat pembantu pemanah tadi. Pada mulanya, hadirin yang berada di sekitar kanak-kanak ini memarahi dan menyuruh kanak-kanak tersebut supaya melupakan hasratnya.
Sebaliknya kanak-kanak tersebut terus melangkah dengan tenang ke tengah-tengah pentas. Sebaik sahaja tiba di tengah pentas, dia terus mengambil buah manggis dan meletakkannya di atas kepala.
Pemanah tersebut sambil tersenyum menarik busurnya. Semua hadirin tergamam dan terdiam.
Apabila anak panah dilepaskan, ianya tepat mengenai buah manggis yang terletak di atas kepala kanak-kanak tadi. Muka kanak-kanak tersebut tetap tenang sepertimana sebelum ia naik ke pentas.
Walaupun tepat mengenai sasaran, tiada hadirin yang bertepuk tangan kali ini. Seorang hadirin mendekati kanak-kanak tadi dan bertanya kenapa dia sedikitpun tidak risau atau takut.
Kanak-kanak tersebut menjawab, "Pemanah itu ialah ayah saya. Saya percaya ayah saya menyayangi saya dan yakin ayah saya tidak akan mencederakan saya,".
Tamat.

Apakah Maksud Keyakinan?

Keyakinan tidak dapat dibeli dengan wang. Keyakinan adalah kesan daripada kepercayaan anda mengenai kebolehan dan harga diri anda. Ianya adalah 100% tanggungjawab anda.
Apabila berlaku sesuatu situasi yang membuatkan anda ragu-ragu atau takut,ini kerana anda kurang yakin dengan diri anda. Orang yang mempunyai keyakinan diri membuat sesuatu untuk membuktikan kepada diri sendiri. Ianya bukanlah untuk bersaing dengan mana-mana pihak.
Keyakinan diri dapat diperolehi sekiranya kita percaya dengan kebolehan dan potensi diri kita untuk melakukan sesuatu. Apabila sesuatu peluang telah tiba, orang yang mempunyai keyakinan akan segera mengambil peluang tersebut untuk mencapai apa yang diinginkan.
Sekiranya anda menerima kritikan untuk mencapai matlamat anda, ianya bukanlah masalah anda. Itu masalah mereka.
Apa yang anda lakukan bukanlah untuk mencapai matlamat mereka sebaliknya anda melakukan sesuatu untuk mencapai matlamat anda. Ianya bergantung kepada makna yang anda beri untuk kritikan yang anda terima.
Sekali lagi diulang, keyakinan adalah hasil dari persepsi / kepercayaan anda terhadap sesuatu realiti. Sekiranya anda ingin mencapai matlamat anda, antara yang boleh anda lakukan ialah mengubah kepercayaan anda.
Cara terbaik untuk mengubah sistem kepercayaan anda ialah memiliki matlamat. Barangkali anda pernah mengalami kegagalan pada masa lalu, ini tidak bermakna anda tidak akan berjaya buat selama-lamanya. Belajarlah sesuatu dari pengalaman lepas.

Mengikut teori aerodinamik, seekor lebah tidak mampu terbang. Eksperimen di dalam makmal jelas menunjukkan bahawa seekor lebah tidak akan mampu terbang kerana saiz, bentuk badan, dan beratnya jika dibandingkan dengan saiz sayapnya jelas mustahil untuk seekor lebah dapat terbang. Namun lebah mengabaikan kekurangannya itu dan yakin ia dapat terbang.
Moral: Pilihlah kepercayaan yang mampu memberikan keyakinan kepada anda.

Kunci Ke-4: Peluang

Halangan yang muncul dalam kehidupan anda merupakan batu loncatan untuk anda mencapai matlamat anda. Ianya mungkin muncul dalam keadaan yang tidak anda jangka tetapi ia merupakan satu-satunya jambatan untuk anda mencapai matlamat anda.
Keadaan yang sukar merupakan permukaan kepada jambatan anda sahaja. Secara positif, ianya mungkin merupakan peluang untuk anda disayangi, mengecap kebahagiaan atau merasa gembira untuk menghasilkan getaran emosi yang kuat untuk menggunakan Hukum Tarikan.
Ianya mungkin menjadi krisis daripada apa yang anda ketahui. Apa yang mungkin muncul dalam hidup anda ialah berpisah dengan pasangan, dibuang kerja, atau lain-lain lagi. Ianya akan menjadi faktor tolakan kepada anda untuk membuat sesuatu yang tidak pernah anda lakukan.
Alam semesta telah bertindakbalas terhadap geombang yang anda pancarkan dan seterusnya menyediakan "jalan" untuk anda mencapai matlamat anda. Setiap kesukaran, setiap kegagalan, setiap kesusahan merupakan benih yang anda tanam di dalam minda anda yang akan menghasilkan faedah yang besar kepada anda sekiranya anda tidak berputus asa.
Apabila anda menggunakan Hukum Tarikan, peluang akan tiba di hadapan anda. Jadi adalah penting untuk anda mengambil peluang yang tersedia di hadapan anda dan bertindaklah dengan tindakan yang tepat.
Setiap pengalaman dan setiap peristiwa yang berlaku dalam hidup anda membawa makna yang penting dalam kehidupan anda. Alam semesta telah menyediakan semua komponen yang anda perlukan untuk mencapai impian anda. Terserah kepada anda sama ada untuk menggunakan peluang yang muncul atau tidak.
Ini bermaksud anda perlu keluar dari zon selesa anda/ meluaskan zon selesa anda, melakukan analisis, meminta pertolongan, menanam benih-benih kejayaan anda dan menjadi lebih proaktif untuk mencapai matlamat anda.
Ianya merupakan satu langkah yang penting untuk membantu anda menggunakan Hukum Tarikan secara maksimum. Apabila peluang telah muncul dalam bentuk cabaran, dengarlah kata hati anda.
Peluang mungkin muncul selepas sehari, seminggu, sebulan, setahun atau lebih lama lagi. Ianya bergantung kepada tindakan anda apabila peluang telah muncul.
Setelah anda dapat melihat satu peluang sahaja, anda akan mencipta peluang yang lain.

Kunci ke-5: Cipta Kehidupan Anda

Anda bebas untuk menentukan kehidupan anda dengan harapan anda. Minda sedar dan minda separa sedar yang membentuk dunia anda. Anda sendiri yang membentuk kehidupan anda.
Andalah yang membentuk hidup anda. Bagaimana untuk mencipta kehidupan anda?
Dengan meminta dan menerima. Dengan membuat keputusan dan mengambil tindakan. Tanamkan apa yang anda inginkan (kemahuan anda merupakan cara anda menggunakan Hukum Tarikan) dengan hati yang terbuka serta sanggup menerima hasilnya dalam dunia kehidupan anda sendiri.
Ianya bukanlah satu kerja yang susah walaupun ianya memerlukan anda mengetahui apa yang anda inginkan dengan sejelas-jelasnya. Anda tahu apa yang anda inginkan, perasaan anda harmoni dengan apa yang anda inginkan dan anda menghargainya dengan mengambil tindakan yang perlu.
Anda merupakan halangan terbesar dalam hidup anda. Alam semesta sentiasa menurut kemahuan anda. Dunia anda ialah hasil daripada minda anda dan petunjuk kepada kesedaran anda mengenai kehidupan.
Minda anda merupakan platform dan pintu gerbang untuk alam semesta mengenal pasti apa yang anda mahukan dengan signal, isyarat dan suara hati anda dalam setiap saat kehidupan anda.
Alam semesta akan menghasilkan situasi yang terhasil daripada minda anda.
Semakin banyak anda menghargai apa yang diberikan oleh alam semesta kepada anda, semakin banyak bantuan yang anda terima.
Berhati-hati dengan sebarang perasaan negatif disekeliling anda. Sentiasa menghargai perkara yang baik dalam kehidupan anda. Ianya menjadi masalah utama kepada orang yang mula menggunakan Hukum Tarikan tanpa menghilangkan perasaan negatif dalam diri masing-masing.
Apa yang kita benci tidak akan hilang sebaliknya melemahkan getaran kita sendiri.
Terdapat beberapa cara untuk mehilangkan perasaan negatif. Ianya terbahagi kepada dua iaitu dari sudut luaran dan dalaman diri anda sendiri.
Dari segi luaran ialah dengan mendengar muzik, menonton filem, bersukan, membaca dan lain-lain lagi. Dari segi dalaman ialah mengalihkan fokus pada perkara yang anda suka dan mencipta imaginasi anda sendiri. Perasaan anda merupakan petunjuk yang jelas mengenai apa yang berlaku pada kehidupan anda.

Realiti dan Mindset

Realiti merupakan permulaan bagaimana minda kita terbentuk ketika kita membesar. Kita membesar sebagai manusia normal dengan menerokai realiti yang baru mengenai diri kita dan dunia kehidupan. Anda sudah pasti belajar mengenai beberapa realiti yang mengubah persepsi anda terhadap sesuatu perkara tanpa mengira di mana anda tinggal.
Anda akan lebih cepat belajar dan matang dengan menyedari sesuatu realiti dan menolak maklumat yang tidak benar. Perkembangan persepsi anda merupakan perkembangan yang sebenar. Anda tidak boleh berpura-pura mengenai keyakinan anda.
Permulaan anda untuk mengubah hidup anda ialah dengan berpijak dibumi yang nyata dan menerima realiti yang baru tanpa mengira betapa sukarnya untuk anda menerima kebenaran bagi realiti kehidupan anda. Apabila anda bertindak selari dengan realiti hidup anda, masalah anda tidak akan selesai dengan serta-merta. Namun ianya akan memberikan anda arah yang tepat untuk mengubah hidup anda.
Sekiranya anda menafikan / melarikan diri dari masalah, anda menolak realiti hidup anda. Ianya seperti anda menipu diri anda sendiri. Sekali anda menipu diri anda, ianya akan membuatkan anda menipu diri anda dengan lebih banyak lagi.
Ianya juga akan membuatkan anda minda sedar anda terputus hubungan dengan minda separa sedar anda. Hasilnya ialah anda tidak dapat menggunakan potensi diri anda sepenuhnya. Anda tidak perlu untuk terus hidup dengan menipu diri anda sendiri buat selama-lamanya.
Kuasa mutlak setiap manusia ialah kuasa untuk memilih tindakan. Anda boleh memilih untuk terus menipu diri anda atau memilih untuk mengubah hidup anda. Dalam keseluruhan artikel ini, saya akan menghuraikan mengenai realiti.
Ini akan membantu anda untuk lebih memahami bagaimana untuk membezakan dan menerima realiti kehidupan anda. Perlu saya ingatkan bahawa ini adalah sesuatu perkara yang subjektif. Jadi ianya akan membantu anda untuk lebih memahami mengenai Hukum Tarikan.
Cara anda memandang sesuatu perkara merupakan asas utama realiti anda. Sekiranya anda ingin mengubah hidup anda, anda perlu membuat keputusan bahagian mana yang anda ingin ubah.
Contohnya, sekiranya anda ingin mengetahui sejauh mana kemahiran anda berkomunikasi, tempat terbaik yang boleh anda bermula ialah dengan diri anda.
Contoh soalan yang boleh anda tanya kepada diri anda ialah:
  • Bagaimanakah perasaan anda ketika berkomunikasi?
  • Bahagian apakah yang berfungsi dengan baik?
  • Bahagian apakah yang perlu ditingkatkan?
  • Adakah audiens memahami mesej yang anda sampaikan?
Kemudian, tanya kepada orang-orang yang rapat dengan anda. Teliti setiap pandangan orang lain dan ianya akan membantu anda untuk mengenalpasti apakah perubahan yang perlu anda ubah.
Sudut pandang anda terhadap sesuatu perkara merupakan kunci untuk mengubah hidup anda sepertimana anda meanggap sesuatu realiti sebagai satu kebenaran. Apabila anda tidak menerima realiti mengenai sesuatu situasi, ianya akan membuatkan anda menghasilkan keinginan yang baru.
Contohnya ialah anda inginkan berat badan yang ideal dengan susuk tubuh anda. Kemudian anda mendapati berat badan anda melebihi dari yang anda jangkakan. Seterusnya anda mengurangkan berat badan dan anda melupakan bahawa anda inginkan berat badan yang ideal.
Keinginan baru ini mungkin membantu anda untuk mencapai matlamat yang baru tetapi ianya tidak akan mengubah apa-apa kerana tiada apa yang akan berubah selagi mana anda tidak menerima realiti yang anda hadapi. Permulaan untuk mengubah hidup anda ialah menghargai kehidupan anda pada hari ini.
Bukanlah satu kesalahan sekiranya anda inginkan sesuatu dalam hidup anda walaupun anda tidak mempunyai petunjuk untuk mendapatkan apa yang anda inginkan.
Namun bukanlah sesuatu yang elok sekiranya anda menipu diri anda sendiri dan mempunyai keyakinan palsu bahawa kehidupan anda pada hari ini sudah sempurna apabila jauh di dalam sudut hati anda menyedari terdapat kekurangan dalam hidup anda.
Adalah sesuatu yang mudah untuk saya memberitahu anda supaya berdepan dengan realiti hidup anda namun ianya sesuatu yang sukar untuk anda lakukan. Adalah sukar untuk menerima kenyataan bahawa anda tidak bahagia dengan pasangan anda.
Bukan satu perkara yang senang untuk anda menerima kebenaran bahawa anda memilih kerjaya yang salah. Adalah payah untuk anda menerima kenyataan bahawa anda tidak suka melihat diri anda ketika anda memandang cermin.
Namun demikian, ianya adalah satu perkara asas untuk menerima realiti sekiranya anda ingin berubah. Adalah mustahil untuk anda mengubah hidup anda sekiranya anda sering menafikan ada aspek-aspek tertentu dalam hidup anda perlu diubah.

Apa perubahan yang anda inginkan dalam hidup anda?

Lihat di sekeliling anda dan temui apa yang anda suka dan yang anda tidak suka dalam hidup anda. Anda tidak perlu tergesa-gesa membuat matlamat yang spesifik.
Buat masa sekarang, anda hanya perlu menyedari realiti hidup anda dan bagaimana anda bertindakbalas. Sekiranya anda gagal menerima sesuatu realiti, anda akan menyalahkan orang lain terhadap apa yang berlaku dalam hidup anda.
Hanya anda yang dapat mengubah hidup anda dan bukannya orang lain. Anda mungkin mempunyai harapan sendiri terhadap hidup anda. Harapan ialah cara anda belajar dari pengalaman anda dan menemui satu kebenaran.
Kemudian apabila berlaku satu situasi / peristiwa yang baru, harapan anda mungkin akan bertambah kuat atau musnah buat selama-lamanya. Apabila pengalaman anda memenuhi harapan anda, apa yang anda yakin akan bertambah kukuh.
Namun begitu apabila pengalaman anda bertentangan dengan harapan anda, minda anda akan di "update" dengan realiti yang baru. Inilah cara anda belajar membina realiti yang baru daripada pengalaman anda. Perkara yang anda jangkakan adalah sangat fleksibel.
Apabila anda mendapat maklumat yang baru, minda sedar anda akan berhubung dengan mengaitkan maklumat baru itu dengan pengalaman anda. Ianya adalah secara umum dan bukannya secara spesifik. Contohnya anda boleh membaca apa yang saya tulis dalam blog ini tetapi anda tidak ingat dimana dan bila anda belajar membaca setiap patah perkataan dalam blog ini.
Anda juga mengetahui macam mana rasa manis, masin, pahit, dan masam tetapi anda tidak mengingati setiap makanan yang pernah anda makan. Minda sedar anda sentiasa membuat jangkaan mengenai masa yang akan datang sama ada anda menyedari atau tidak.
Contohnya terdapat satu jug air yang kelihatan seperti air Nescafe di atas meja rumah anda. Apabila anda menuangkannya ke dalam gelas lalu meminumnya, apakah perasaan anda apabila mendapati air yang berada di atas meja itu rupa-rupanya air teh dan bukannya Nescafe?
Beginilah contoh mudah bagaimana minda sedar anda sentiasa membuat jangkaan melalui 5 deria anda. Selagimana jangkaan minda sedar anda dipenuhi, ianya akan membentuk corak mental anda.
Perlu diingatkan bahawa minda manusia tidak pernah rehat dan bekerja 24 jam sehari. Tubuh badan merupakan satu instrumen daripada minda anda. Minda anda akan sentiasa berkembang daripada pengalaman anda yang lepas dan membentuk patern mental anda.
Kemudian minda anda menjadikannya sebagai panduan untuk membina jangkaan bagi satu situasi yang baru dalam hidup anda. Ianya berlaku tanpa anda menyedari secara lansung.
Bagaimanapun, apabila anda menyedari bagaimana minda anda berfungsi, anda akan dapat menggunakan kuasa Hukum Tarikan.

Cara Menggunakan Hukum Tarikan

Menerima Realiti yang Baru

Pertama ialah dengan cara menerima realiti baru yang berbeza dengan pengalaman anda yang lepas. Apabila anda menerima realiti baru,anda menggunakan "mode" belajar pada minda sedar anda yang seterusnya akan membentuk corak baru bagi minda anda. Semakin banyak corak mental anda, semakin luas minda sedar anda dapat menjangka masa depan anda.
Antara cara untuk anda menerima realiti yang baru ialah dengan membaca buku-buku yang tidak anda pernah baca, bercakap dengan orang yang anda tidak kenal, ataupun pergi ke tempat-tempat yang anda tidak pernah pergi.
Ini akan membantu anda membentuk corak mental yang baru. Dalam usaha untuk berubah, anda perlu mengambil tindakan yang anda tidak pernah buat selama ini. Ianya akan memberi idea baru kepada anda.
Selain itu, ianya akan meningkat kemahiran anda untuk belajar sesuatu perkara yang baru. Apa yang anda temui dalam sesuatu situasi biasanya akan diaplikasikan dalam situasi yang lain. Secara tidak lansung, ianya akan meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah anda.
Sekiranya anda tidak melakukan sesuatu yang baru, minda sedar anda akan "tua" dan tidak membantu anda untuk terus maju. Gaya hidup yang sama hanya membuatkan minda sedar anda sudah dapat menjangkakan apa yang akan berlaku dalam hidup anda dan tidak membantu anda untuk mengubah hidup anda.

Menggunakan Minda Sedar Untuk Membuat Jangkaan

Cara ke-2 ialah anda menggunakan minda sedar anda untuk membuat jangkaan. Anda menjangka apa yang akan berlaku dalam hidup anda secara rasional. Sebagai permulaan, anda boleh menjangka apa yang akan berlaku pada anda hari ini.
Pada permulaan, anda tentukan sahaja ke mana anda ingin pergi pada hari ini. Setelah anda sudah biasa membuat jangkaan untuk satu hari, anda boleh memanjangkan tempoh masa anda membuat jangkaan secara perlahan-lahan.
Kemudian anda menjangka apa yang berlaku dalam masa 2 hari sehinggalah anda berumur 80 tahun. (Purata jangka hayat rakyat Malaysia pada tahun 2008: Lelaki - 78 tahun dan Perempuan - 83 tahun)
Sekiranya anda bersungguh-sungguh untuk mengubah hidup anda, tanyalah kepada kawan-kawan terdekat dengan anda untuk memberikan pandangan masing-masing tentang diri anda dan apakah jangkaan mereka terhadap anda untuk 20 tahun yang akan datang.
Jawapan mereka mungkin membuatkan anda terkejut.
Apabila minda sedar anda telah membuat jangkaan untuk jangka masa yang panjang, anda akan melihat realiti sebenar yang berlaku dalam hidup anda sekarang.
Ini akan membantu anda untuk menghapuskan keyakinan palsu anda dan membuatkan anda mencegah jangkaan-jangkaan yang berunsur negatif berlaku dalam hidup anda kerana anda tidak lagi membuang masa mencari kesalahan orang lain.
Emosi anda merupakan komponen yang menghasilkan jangkaan minda sedar anda. Perasaan gembira terhasil daripada jangkaan yang anda harapkan. Perasaan negatif terhasil apabila realiti tidak seperti yang anda harapkan.
Pertama sekali untuk mengubah hidup anda, anda hendaklah menerima realiti hidup anda pada masa sekarang. Elakkan "berperang" dengan realiti hidup anda atau menafikan realiti hidup anda. Ianya merupakan langkah pertama untuk anda mengubah hidup anda.
Realiti hidup anda yang saya maksudkan ialah dari aspek hubungan dengan orang lain, keluarga, kewangan, kesihatan,keselamatan, dan lain-lain lagi. Apabila jangkaan anda menghasilkan keputusan yang negatif (tidak dinginkan), anda perlu mengenalpasti apakah yang menyebabkan ianya menjadi negatif dan terus lakukan perubahan sama ada secara perlahan-lahan atau drastik.
Apabila jangkaan anda positif (diinginkan), kenal pasti apakah faktor yang menyebabkannya positif dan terus lakukannya dengan konsisten atau menjadikannya lebih baik (sekiranya mempunyai ruang). Semakin minda sedar anda dapat menerima realiti sebenar, semakin banyak peluang untuk anda mengubah hidup anda.
Anda akan dapat membuat keputusan untuk mengambil tindakan yang tepat mencapai apa yang anda inginkan. Sekiranya minda sedar anda samar-samar untuk menerima realiti, anda akan menghasilkan situasi yang sama. Adalah sukar untuk menerima realiti yang jelas dan terang.
Contohnya, anda sudah berkahwin. Adalah sukar untuk anda memastikan tiada orang lain yang lebih sesuai untuk menjadi pasangan anda selain daripada pasangan anda sekarang ini. Adalah sukar untuk menerima kenyataan kerja anda adalah kerja yang terbaik untuk anda sedangkan anda tidak pernah bertukar kerja.
Sekiranya anda sudah membuat satu keputusan, anda tidak akan tahu apakah yang akan berlaku sekiranya anda membuat pilihan yang lain.
Anda mungkin dapat mencuba untuk memahami sesuatu situasi dengan mendalam tetapi ianya tidak dapat membantu anda untuk membuang rasa ragu-ragu dalam diri anda.
Jadi, anda mempunyai 2 pilihan iaitu menafikan anda mempunyai masalah atau belajar untuk menyelesaikan masalah anda.
Pilihan yang pertama membuatkan anda mencipta realiti seperti yang anda harapkan - tanpa mengira situasi sebenar hidup anda dengan menipu diri sendiri. Bagi pilihan yang ke-2, anda melakukan sesuatu yang tepat walaupun anda mungkin tidak menyukainya.
Pilihan yang ke-2 lebih banyak mendatangkan manfaat kepada anda kerana tidak menjadikan kehidupan anda menjadi bertambah teruk. Apabila anda hidup dengan cara semulajadi dengan kehidupan yang tidak pasti, pilihan yang anda buat akan lebih tepat.
Anda mendapati adalah lebih mudah untuk mengelakkan kesilapan. Anda tidak takut untuk menharungi kehidupan yang tidak menentu. Anda menjadi lebih bijaksana untuk menguruskan risiko berbanding menafikan ianya wujud. Persolan yang mungkin timbul ialah jangkaan anda mungkin silap.
Sebahagian kesilapan mungkin dapat diselesaikan dengan mempunyai pengalaman namun ianya mungkin menyebabkan anda melakukan kesilapan dengan lebih banyak dan merosakkan diri anda.

Bagaimana Minda Sedar Merosakkan Hidup Anda

Berikut merupakan cara bagaimana jangkaan minda sedar anda boleh merosakkan anda:

Membuat jangkaan terlalu umum

Contoh:
Anda pernah berkali-kali putus cinta. Minda anda telah di bentuk untuk meanggap percintaan adalah sesuatu yang buruk. Ianya akan membuatkan anda untuk mengelak dari bercinta lagi.
Anda tidak akan merasakan nikmat bercinta kerana minda anda telah dibentuk untuk menjadikan percintaan sebagai sesuatu yang menyedihkan.

Membuat jangkaan anda akan gagal

Contoh:
Beberapa rakan anda telah memulakan perniagaan sendiri dan semuanya gagal. Mereka telah menjadi model kepada minda anda. Minda anda telah membentuk corak bahawa perniagaan merupakan sesuatu yang sukar dan membawa kepada kegagalan.
Kemudian anda memulakan perniagaan anda sendiri. Minda separa sedar anda akan membuatkan anda melakukan kesilapan yang sering anda elakkan. Akhirnya, anda turut berhenti berniaga.
Minda terbentuk seperti ini berlaku kerana jangkaan minda sedar yang negatif. Bagaimanapun, terlalu positif juga mendatangkan masalah yang anda tidak sangka. Jangkaan yang terbaik ialah dengan bersikap realistik iaitu boleh diukur dengan standard yang tertentu.
Contohnya dari segi kewangan, ianya diukur dengan nombor-nombor dalam akaun bank anda. Dari sudut hubungan dengan pasangan anda, berapa lama anda berkomunikasi dengan pasangan anda dalam satu hari dan sebagainya.
Apabila sesuatu situasi berlaku dengan jangkaan anda ,anda akan dapat menerima realiti hidup anda yang seterusnya dijadikan langkah pertama untuk anda mengubah hidup anda.
Fikirkan mengenai tubuh badan anda:
  • Adakah anda sihat dan kuat atau sebaliknya?
  • Apakah jangkaan anda sekiranya anda meneruskan gaya hidup anda kepada badan anda?
  • Adakah anda menerima realiti bahawa kesihatan anda akan merosot?
  • Adakah anda boleh menerima realiti yang anda sendiri jangkakan?
Secara natural, pelbagai situasi yang tidak anda jangka boleh berlaku dalam hidup anda. Namun demikian anda masih boleh membuat jangkaan yang rasional melalui bukti yang dapat anda temui. Anda boleh melihat orang yang mempunyai kualiti yang sama dengan anda dan membuat jangkaan mengenai masa depan orang itu.

Apakah yang dapat anda lihat?

Apabila anda berhadapan dengan realiti yang tidak anda inginkan, mungkin anda tidak dapat menerima realiti tersebut. Cara yang mungkin anda lakukan ialah menjauhkan diri, keluar dari masalah, menafikan, atau berhenti berfikir mengenai perkara tersebut. Anda perlu berdepan dengan realiti tersebut untuk mengeluarkan potensi anda sepenuhnya untuk mengatasi situasi tersebut.
Sekiranya anda tidak dapat mengubah situasi tersebut, anda hendaklah menerima realiti tersebut. Katakan pada diri anda,"Situasi ini buruk untuk saya, saya kurang kemampuan untuk mengubahnya pada hari ini,".
Walaupun anda tidak mampu lagi untuk menghadapi sesuatu situasi, sekurang-kurangnya anda dapat menerima dengan hati yang terbuka apa yang berlaku dalam hidup anda.
Ini dapat menjadikan anda bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku dalam hidup anda. Anda mungkin tidak mampu untuk berbuat apa-apa untuk masa ini iaitu sekarang dan elakkan untuk menafikan realiti sesuatu situasi.
Elakkan untuk berpura-pura tiada masalah yang berlaku. Sekiranya anda inginkan realiti anda berubah, pertama sekali anda perlu lakukan ialah menerima seluruh kebenaran mengenai kehidupan anda pada hari ini.
Apabila anda menerima sepenuhnya sesuatu realiti, anda akan membuat pilihan yang lebih baik berasaskan realiti sebenar dan bukannya khayalan anda.
Contohnya anda menerima realiti bahawa anda perlu bersukan. Anda tidak perlu berpura-pura tubuh anda sihat dan cergas. Anda akan mula memilih makanan anda dan jenis sukan yang sesuai dengan anda.
Anda akan mula membuat pilihan yang berbeza berbanding sebelum ini sekiranya anda ingin mengubah realiti hidup anda. Hidup anda tidak akan berubah tanpa anda mengambil tindakan.
Apabila anda mengakui kelemahan diri anda dan menerima sepenuhnya realiti hidup anda, anda akan dapat menggunakan Hukum Tarikan secara optimum - mencapai apa yang anda inginkan dengan mengambil tindakan.
Dalam usaha untuk membawa lebih banyak realiti dalam hidup anda, anda perlu meningkatkan tahap kesedaran diri anda dengan mengenalpasti kekuatan, kelemahan, bakat, pengetahuan, percapaian, keinginan, emosi, tabiat, dan kerangka anda berfikir.
Sebagai manusia, anda mungkin mempunyai keinginan yang saling bertentangan. Sebahagian keinginan anda mempunyai unsur yang membuatkan anda sihat, gembira, dan bahagia. Sebahagian lagi hanyalah untuk makan, rehat,memuaskan nafsu seks dan berseronok.
Tanpa memiliki kesedaran, kita akan terjerumus kepada formula yang telah dibentuk oleh minda kita secara semulajadi. Lebih buruk lagi kita menjadi seolah-olah haiwan tanpa kita sedari berbanding menggunakan sepenuhnya potensi kita.
Berita baiknya ialah tahap kesedaran manusia tidak tetap seperti haiwan dan boleh di tingkatkan. Kadang-kadang kita akan bertindak dengan logik akal.
Di masa yang lain diri kita diselubungi dengan rasa takut terhadap sesuatu realiti. Kadang-kadang anda merasakan wang tidak penting. Di masa yang lain anda risau tentang kewangan anda.
Di satu masa anda memilih makanan yang berkhasiat dan memberikan tenaga. Di masa yang lain anda memakan makanan yang merosakkan kesihatan anda.
Apabila anda membuat pilihan ianya akan membentuk minda anda dan anda akan bertindak mengikut mindset anda. Ianya akan terus berlaku dimana anda melakukan sesuatu yang serupa iaitu menetapkan satu matlamat tetapi tindakan anda akan menjauhkan anda dari mencapai matlamat anda.
Sebagai contoh, apabila anda dalam keadaan tenang, anda akan membentuk "kubu" pada minda anda untuk mencegah rasa marah. Sebarang tahap kesedaran dalam diri anda akan berulang-ulang berlaku sehingga membentuk tabiat anda.
Jadi untuk meningkatkan tahap kesedaran anda, anda hendaklah membentuk tabiat yang membantu anda untuk mencapai keinginan anda. Sebagai seorang manusia, anda mempunyai hati dan perasaan. Anda mungkin tahu apa yang perlu anda lakukan untuk mencapai keinginan anda namun tindakan yang anda perlu buat mungkin mempengaruhi perasaan anda.
Contohnya:
Anda sudah bekerja dan mempunyai isteri dan anak-anak. Anda menetapkan matlamat untuk dinaikkan pangkat dan anda tahu anda perlu membuktikan kepada syarikat anda dengan bekerja lebih cekap dan lebih lama berbanding dengan rakan-rakan sekerja anda.
Tindakan anda mungkin akan mengurangkan masa anda bersama-sama dengan keluarga anda. Ianya mungkin membuatkan anda berasa sedih. Di sinilah anda dapat memahami kuasa Hukum Tarikan iaitu menarik apa yang anda mahu dalam hidup anda dengan meningkatkan tahap kesedaran anda mengenai realiti hidup anda pada hari ini.
Cara yang baik untuk meningkatkan tahap kesedaran anda ialah membuat pilihan yang kritikal berbanding cara biasa anda berfikir. Dalam contoh tadi, pilihan yang anda buat ialah ingin dinaikkan pangkat tetapi anda tidak sanggup mengurangkan masa bersama-sama dengan keluarga anda.
Untuk meningkatkan tahap kesedaran anda, anda perlu bertanya kembali kepada diri anda:

Kenapa saya ingin ...?

Dalam contoh tadi saya menggunakan contoh anda ingin dinaikkan pangkat tetapi anda tidak sanggup mengurangkan masa bersama keluarga.
Anda boleh bertanya kepada diri anda,"Kenapa saya ingin dinaikkan pangkat?"
Saya memberikan contoh jawapan dan pilihan yang anda boleh buat:

Ingin gaji yang lebih tinggi

Contoh pilihan yang anda boleh buat:
  • Anda boleh memilih untuk bertukar tempat kerja
  • Anda boleh minta kenaikkan gaji pada majikan anda
  • Anda boleh memilih untuk memulakan perniagaan part-time di rumah anda
  • Anda boleh memilih untuk bekerja part-time di tempat lain
  • Anda boleh memilih untuk meningkatkan kemahiran anda dan bertukar tempat kerja

Untuk dihormati oleh orang lain

Anda boleh memilih:
  • Anda boleh memilih untuk meningkatkan kemahiran berkomunikasi anda
  • Anda boleh memulakan syarikat sendiri dan mengajak rakan-rakan anda bekerja dengan anda
  • Anda boleh memilih untuk mengadakan majlis makan dirumah anda setiap minggu/bulan/tahun
  • Anda boleh memilih untuk mengucapkan "Happy Birthday" kepada ahli keluarga dan rakan-rakan anda setiap tahun.
Kemudian, anda bertanya kepada diri anda,"Kenapa saya ingin meluangkan masa bersama keluarga saya?"
Anda boleh menjawab soalan mengikut kesesuaian anda.
Ini hanyalah contoh soalan dan pilihan yang anda boleh buat. Masa terbaik untuk menjawab soalan ini ialah ketika anda bangun tidur pada hari cuti. Minda anda berada dalam keadaan tenang.
Ianya merupakan masa dan tindakan yang kritikal untuk anda mengubah hidup anda. Teknik efektif untuk menggunakan cara ini ialah sebelum anda tidur, anda tulis dahulu soalan-soalan yang relevan pada kertas dengan tanda soal dan terus masuk tidur.
Apabila anda bangun tidur, anda dapat menjawab soalan-soalan yang anda tulis dengan mudah dan lancar. Anda boleh mencubanya sendiri.
Anda perlu belajar untuk percaya kepada tahap kesedaran anda. Tuliskan soalan-soalan dan jawapan anda pada kertas. Jadikannya sebagai satu tabiat.
Ianya akan memberikan keyakinan kepada anda untuk mengambil tindakan yang tepat seterusnya memberikan faedah kepada anda. Realiti hidup anda hanya akan berubah selepas anda membuat tindakan yang tepat. Selagi anda tidak bertindak, tiada apa yang akan berubah.
Tindakan yang anda rasa sukar untuk anda ambil akan menjadi mudah selepas anda bertindak. Anda boleh mencubanya sendiri. Kemudian hargai tindakan yang anda ambil.
Pilihan yang anda buat (tulis pada kertas) pada awalnya mungkin tidak sempurna. Anda hendaklah menulis proses-proses yang terlibat. Sekurang-kurangya anda memiliki pilihan yang tepat dan berasaskan realiti.
Apabila anda menjadikannya sebagai tabiat, tahap kesedaran anda terhadap realiti hidup anda akan semakin meningkat. Andaikan pilihan yang anda ada membuatkan anda rasa takut, bersalah, atau lain-lain mungkin kerana anda tidak dapat melihat realiti sebenar hidup anda.
Apabila anda tidak dapat melihat realiti sebenar hidup anda, tindakan yang anda ambil akan menghasilkan keputusan yang tidak mengubah hidup anda. Tindakan yang diambil berasaskan realiti adalah lebih tepat dan anda cenderung untuk bertindak dengan sepenuh hati.
Kuncinya ialah anda melihat sesuatu realiti dengan kesedaran diri anda sendiri. Tiada siapa yang dapat membantu anda dalam soal ini. Kepentingan untuk anda hidup dalam realiti yang sebenar tidak boleh dipandang rendah.
Ianya akan mencegah anda untuk menipu diri-sendiri. Jujur kepada diri sendiri boleh menakutkan diri anda buat sementara. Kita tidak merancang untuk menipu diri sendiri namun atas sebab-sebab tertentu kita terpaksa menipu diri sendiri untuk menipu orang lain.
Kita menerima realiti yang kita suka dan menafikan realiti yang kita tidak suka. Kita membahagikan kehidupan kita kepada dua bahagian. Ianya mempengaruhi tabiat dan keyakinan kita.
Untuk mengubahnya, kita boleh menerima realiti hidup kita secara perlahan-lahan. Semakin cepat anda menerima realiti hidup anda, semakin cepat anda dapat mengubah hidup anda. Apabila anda tidak dapat menerima kebenaran sesuatu realiti, anda tidak dapat menjadi realistik iaitu membuat keputusan berdasarkan fakta dan angka.
Teruskan bertanya soalan ,"Kenapa saya....?" kepada diri anda bagi menjadikan impian anda menjadi realiti.
Ianya akan membantu anda memahami realiti hidup anda.

Bagaimana Minda Separa Sedar Menjahanamkan Hidup Anda

Setiap orang pernah melalui beberapa siri kejayaan dan kegagalan sepanjang hidup ini. Anda mungkin pernah mencapai kejayaan yang besar satu ketika dahulu tetapi sekarang ianya sudah berlalu. Anda kembali seperti asal dan mungkin juga menjadi jauh lebih teruk dari masa dahulu.
Maksud saya kejayaan yang anda raih satu ketika dahulu ialah anda mendapat apa yang anda inginkan. Tidak mengira sama ada dari sudut perkahwinan, kesihatan, kewangan, perniagaan, pendidikan, status sosial, atau lain-lain. Saya harap anda faham maksud saya.
Sekali lagi saya ulang, kejayaan yang saya maksudkan ialah anda mendapat apa yang anda inginkan.

Kenapa kejayaan yang anda raih satu ketika dahulu kini telah hilang?

Cuba anda renungkan kembali keadaan diri anda sebelum anda meraih kejayaan satu ketika dahulu.
  • Apa yang anda lakukan untuk mencapainya?
  • Apakah fokus anda setiap hari untuk mencapainya?
  • Apa yang membuatkan anda mengambil tindakan untuk anda meraih kejayaan itu?
  • Adakah anda membuat keputusan yang jelas untuk mencapai kejayaan yang anda raih itu?
  • Bagaimana dengan emosi, fizikal, kewangan, dan semangat anda sebelum meraih kejayaan itu?
  • Apakah yang mendorong anda untuk mencapainya?
Ini hanya untuk membantu anda untuk merenung kembali masa silam anda. Berikut merupakan beberapa contoh "kejayaan" yang saya maksudkan:
  • Anda dapat berkahwin dengan orang yang anda idamkan.
  • Anda mendapat berat badan yang anda idamkan.
  • Anda berjaya mendapat keuntungan dari perniagaan anda.
  • Anda mendapat kenaikkan pangkat.
  • Mencapai apa sahaja yang menjadi matlamat anda.
Saya merumuskan secara kasar bahawa ianya telah menjadi sejarah hidup anda. Sekarang semuanya telah berlalu. Anda telah mendapat apa yang tidak pernah anda dapat.
Pada ketika itu,ianya merupakan pengalaman yang baru dalam hidup anda. Minda separa sedar anda tanpa anda sedari telah merosakkan diri anda sendiri. Ini kerana anda telah menetapkan satu "standard" kepada diri anda tanpa anda sedari.
Anda telah menghantar arahan kepada minda separa sedar bahawa apa yang anda dapat telah cukup dan anda tidak dapat menerima hakikat anda sudah berjaya. Kesan daripada minda separa sedar ini juga mendatangkan kesan kepada orang di sekeliling anda.
Contohnya:
  • Anda membenci orang yang rapat dengan anda.
  • Hubungan anda dengan orang lain menjadi rosak.
  • Suara anda berubah apabila bercakap.
  • Anda menjadi tidak neutral apabila menilai orang lain.
  • Anda menjadi sensitif.
  • Anda berasa curiga dengan orang yang rapat dengan anda.
Perkara seperti ini cukup mudah kenapa ianya terjadi. Minda separa sedar anda tidak dapat menerima perubahan dalam hidup anda. Apabila anda sudah mencapai apa yang anda inginkan, anda mungkin:
  • Tidak konsisten dengan tindakan yang anda ambil sebelum ini.
  • Fokus anda pada setiap hari telah berubah.
  • Semangat anda menjadi luntur.
  • Perasaan takut menyelubungi diri anda kerana anda takut kejayaan yang anda raih akan hilang.
  • Bertangguh untuk bertindak.
  • Mula merokok.
  • Tidak menjaga makan.
Cara untuk mengatasi masalah ini daripada berulang juga mudah. Anda perlu membuat keputusan untuk kembali mencapai apa yang anda telah anda dapat satu ketika dahulu. Ambil tindakan yang telah anda buat dahulu.
Kemudian anda nilai apa hasil yang anda dapat. Sekiranya gagal, anda ubah pendekatan untuk mencapainya kembali.
Anda telah meraih apa yang anda dapat dahulu. Anda tahu apa yang perlu anda lakukan. Sekarang terserah kepada anda bagaimana untuk mendapatkannya kembali.
Setiap pengakhiran merupakan satu permulaan. Teruskan berusaha. Hanya orang mati yang tidak berusaha.
Buktikan kepada diri anda sendiri bahawa anda masih hidup di dalam dunia ini.

Halangan Menerima Realiti

Terdapat banyak halangan yang menyekat kita untuk melihat suatu realiti dengan sepenuhnya. Ianya akan membentuk corak minda kita dengan tidak tepat. Apabila keadaan seperti ini berlaku, ianya akan merosakkan diri kita dan sukar untuk di pulihkan.
Apabila anda memahami apakah halangan realiti anda, sekurang-kurangnya anda menyedari apakah halangan anda walaupun anda sukar untuk mengubahnya.
Syarikat-syarikat perniagaan mendapat keuntungan sebahagian besarnya daripada pengiklanan. Pengiklanan yang efektif akan mempengaruhi anda untuk membeli barangan mereka-tidak kira kenderaan, makanan, dan lain-lain.
Orang yang melihat realiti dengan tepat hanya akan membeli apa yang mereka inginkan atau perlukan. Jadi, pereka iklan sering membuat iklan yang "separuh-benar" atau lebih teruk dengan membuat kenyataan palsu atau tidak tepat sepenuhnya untuk meningkatkan jualan.
Contohnya, sekiranya penjual minuman mempengaruhi anda dengan mengatakan minuman mereka akan menjadikan anda bertenaga dan cantik, ianya akan meningkatkan jualan mereka berbanding dengan memberitahu anda jumlah tenaga dan nutrien yang anda dapat dengan tepat.
Dalam soal untuk percaya kepada info yang anda dapat daripada media, anda perlu mendapat info daripada sumber yang tidak mengabaikan kebenaran. Ini merupakan contoh perbezaan diantara keuntungan peniaga dan realiti sebenar.
Ini hanyalah contoh sahaja.
Hasil pengiklanan daripada media mendedahkan anda untuk minda anda membentuk sudut pandang yang palsu terhadap sesuatu realiti - rahsia pengiklan mendapat keuntungan.
Semakin banyak anda mendedahkan diri anda kepada sumber iklan seperti TV, semakin anda cenderung memandang suatu realiti berdasarkan sumber iklan.
Ianya akan mengurangkan masa anda untuk belajar daripada pengalaman anda. Ianya mungkin disebabkan anda malas, tidak ingin berbeza dengan orang lain, atau menolak realiti hidup anda.
Anda mampu untuk membuang halangan minda anda dengan membentuk realiti yang baru iaitu menikmati pengalaman anda sendiri berbanding dengan sumber daripada media. Sekiranya anda terdedah kepada pengaruh media, anda perlu sentiasa berwaspada terhadap individu yang mendapat keuntungan kerana berjaya mempengaruhi anda dengan realiti yang palsu.
Ini seterusnya menyebabkan anda mengalami konflik dengan diri anda sendiri. Persekitaran anda merupakan permulaan persepsi anda dibentuk. Keadaan anda hidup - termasuk orang yang anda sayang, pengetahuan, rakan sekerja,dan rakan-rakan menghasilkan kesan yang besar untuk anda memahami kebenaran.
Persepsi anda adalah hasil daripada sosial, persekitaran, pendidikan, dan agama. Dalam jangka masa yang panjang, ianya mungkin boleh menjauhkan anda daripada realiti sebenar hidup anda dan membuatkan anda hilang keyakinan.
Lebih teruk lagi ianya menyebabkan anda keliru dan berputus asa. Dengan melihat kepada realiti hidup anda dengan jujur, ianya akan memberikan anda kuasa untuk mengubah hidup anda. Ini bukan bermakna persekitaran anda hidup adalah teruk.
Sebagai contoh, cara anda belajar bahasa / loghat di tempat anda membantu anda untuk berkomunikasi dan berhubung dengan orang lain. Di masa yang lain, ianya memberikan anda kepercayaan palsu yang merosakkan anda seperti pandangan satu masa dahulu bahawa kapal terbang menggunakan kuasa sihir.
Adalah sesuatu yang penting untuk anda menyedari sesuatu pandangan daripada persekitaran sosial anda dan meyelidiki dahulu pandangan tersebut dari sumber yang sahih. Apabila terdapat konflik di dalam diri anda antara apa yang anda tahu, perasaan, dan kelakuan anda, tanyalah diri anda apakah anda yakin dengan apa yang anda fikirkan.
  • Apakah pandangan anda selama ini realistik dan tepat?
  • Adakah ianya sama dengan apa yang anda yakin?
Untuk menyeimbangkan persepsi anda dengan realiti hidup anda, anda perlu membuang pandangan yang tidak tepat, silap, dan salah. Khayalan terjadi apabila sebahagian atau keseluruhan keyakinan adalah palsu.
Sebahagiannya terjadi dengan tiba-tiba atau berlaku kerana anda mengikuti pandangan orang lain. Kesannya ialah cara anda untuk mengubah hidup anda mungkin silap dan hasilnya akan menurunkan keyakinan anda secara perlahan-lahan.

Adakah realiti orang yang makan gaji sama dengan orang yang berniaga?

Sebgai contohnya, orang yang makan gaji memulakan perniagaan secara sambilan. Ini kerana mungkin disebabkan oleh minat atau ingin menambahkan pendapatan. Perbezaan realiti akan berlaku disini dimana orang yang makan gaji akan menyelesaikan masalah perniagaan dengan realiti orang yang makan gaji.
Pada pandangan anda secara umumnya:
  • Adakah orang yang mempunyai realiti orang yang makan gaji akan berjaya dalam perniagaan?
  • Adakah orang yang berniaga tetapi mempunyai realiti orang yang makan gaji mampu menjadikan perniagaan mereka bertaraf global?
Secara faktanya, majoriti komunikasi yang berlaku pada orang yang makan gaji berkenaan untuk menyiapkan kerja mereka. Orang yang berniaga akan berurusan dengan orang yang berniaga juga, golongan pekerja, dan pelabur (sekiranya ada).
Orang yang makan gaji mempunyai hari cuti manakala orang yang berniaga tidak mempunyai hari cuti. Setiap bulan,orang yang makan gaji menerima gaji manakala orang yang berniaga bergantung kepada hasil jualan produk / servis. Ini tidak termasuk lagi dengan aspek-aspek sosial, keluarga, kesihatan, agama, dan lain-lain yang relevan.
Ini hanyalah contoh perbezaan realiti dalam kehidupan sahaja. Lakukan yang terbaik sama ada anda orang yang makan gaji atau mempunyai perniagaan sendiri. Sentiasa terbuka untuk menerima idea dan pengetahuan baru.
Sentiasa kembangkan realiti anda dengan membuang realiti yang palsu. Realiti yang merosakkan anda ialah dengan melihat sesuatu dengan emosi. Perasaan seperti takut, bimbang, ragu-ragu, bersalah, malu, dan sebagainya akan mencegah anda daripada berfikir dengan jelas yang seterusnya menyebabkan anda membuat kesilapan untuk menerima realiti.
Begitu juga dengan perasaan terlalu positif akan membuatkan anda terlebih optimis yang membawa anda untuk mengambil risiko dan membuat jangkaan yang tidak masuk akal. Dengan meningkatkan kesedaran anda mengenai sesuatu realiti, anda akan mampu untuk menilai sesuatu realiti sama ada penilaian anda dipengaruhi oleh emosi atau tidak.
Perasaan anda mungkin dapat mencegah anda untuk menerima sesuatu realiti dengan tepat. Dengan meningkatkan kesedaran anda akan mengurangkan persepsi yang salah. Untuk membuat keputusan / pilihan yang kritikal, anda hendaklah berada dalam keadaan yang tenang dan rasional, bukan dalam keadaan yang anda terlalu optimis atau pesimis.
Namun demikian perasaan anda mempunyai kelebihan yang tersendiri untuk membantu anda membuat keputusan / pilihan yang terbaik untuk anda. Ketagihan seperti merokok, arak, atau melayari internet tanpa sebarang sebab membuatkan seseorang semakin sukar untuk menerima realiti.
Sebagai contohnya, sekiranya anda merokok pada setiap hari, corak minda anda yang membentuk tabiat anda untuk merokok membuatkan anda sukar untuk menerima bukti bahawa merokok membahayakan kesihatan.
Sekiranya anda berasa sukar untuk berhenti merokok, minda anda akan tertutup untuk menerima realiti mengenai bahaya merokok sebagaimana anda memaksa diri anda untuk menangani rasa takut terhadap sesuatu realiti.
Dengan bergantung kepada pihak lain akan menambahkan realiti yang palsu untuk anda. Ramai individu yang merasa malu mengenai mereka perlu berharap bantuan daripada pihak lain dan mereka lakukan yang terbaik untuk menyembunyikannya daripada pengetahuan orang lain.
Dengan menyembunyikan kebenaran menjadikan hidup mereka lebih bahaya daripada realiti asal. Ianya menyebabkan individu tersebut berbohong dan berahsia. Seseorang yang berahsia dalam perhubungan akan merosakkan hubungan tersebut.
Langkah pertama untuk mengatasi masalah bergantung pada pihak lain ialah dengan menerima realiti anda bergantung pada pihak lain.
Contohnya:
"Ya saya ketagih merokok."
Walaupun untuk berhenti merokok adalah sukar, anda menerima dan mengakui realiti yang sedang anda lalui. Sekurang-kurangnya ia akan membantu anda membuang persepsi yang tidak tepat.
Adalah sangat bagus untuk anda berkata kepada diri anda:
"Ya,saya menerima dan mengakui realiti _________ dan ingin berhenti / menukar tetapi pada hari ini saya tidak mampu untuk berhenti / menukar_______."
Dengan jujur sepenuhnya pada diri anda akan memberikan anda kekuatan untuk bertanggungjawab kepada diri anda sendiri. Anda akan mendapati apabila anda menerima realiti hidup anda, sumber dalaman dan luaran yang tidak anda jangka akan muncul dalam hidup anda untuk membantu anda.
Ini kerana minda anda terbuka untuk membantu anda. Apabila minda sedar menghantar "arahan" kepada minda separa sedar, minda separa sedar akan menjawab "Ya" 24 jam sehari. Anda boleh mencubanya sendiri sekiranya anda tidak percaya.
Kuncinya ialah anda jujur sepenuhnya terhadap realiti hidup anda pada masa sekarang.
Kematangan ialah anda menerima sepenuhnya realiti hidup anda dan ianya datang melalui pengalaman. Semakin banyak pengalaman baru yang anda dapat, semakin cepat kemahiran berfikir anda meningkat.
Semakin lama anda bergantung kepada pihak lain, mencari ketenangan dengan melarikan diri dari realiti, dan hidup dalam khayalan, semakin lama anda menderita dalam dunia anda sendiri. Anda mencipta penjara untuk anda sendiri sekiranya anda tidak menerima realiti.
Kanak-kanak memiliki realiti yang palsu kerana kurang pengalaman. Jadi minda mereka kurang "tajam" untuk membuat jangkaan yang tepat. Adalah lebih mudah untuk menipu kanak-kanak berbanding orang dewasa.
Ini kerana orang dewasa memiliki pengalaman yang lebih luas untuk membuat jangkaan. Anda tidak dapat menerima realiti hidup anda sepenuhnya dan dalam jangka masa yang sama anda melarikan diri daripada realiti hidup anda.
Sekiranya anda ingin menikmati hidup dengan potensi anda sepenuhnya, anda perlu menerima realiti hidup anda sepenuhnya.
Menjauhkan diri daripada realiti hidup anda bukanlah satu langkah yang tepat untuk jangka masa yang panjang. Ia merupakan cabang daripada kekurangan kekuatan anda untuk membuat jangkaan dan menguruskan realiti anda secara terbuka dan jujur.
Apabila anda melihat keseluruhan realiti, anda akan mendapati kepalsuan realiti anda yang selama ini anda nafikan. Anda menolak untuk menerima realiti anda dan mengekalkannya sehingga kehidupan anda tidak berubah dan mungkin menjadikan hidup anda lebih teruk lagi.
Melihat keuntungan jangka masa pendek dan menukarkannya dengan keuntungan jangka panjang, menjadikan anda hidup dalam keadaan tertekan dan anda gelisah sepanjang masa. Apabila anda terjebak dengan realiti yang palsu, besar kemungkinan anda tidak dapat menggunakan sepenuhnya potensi anda.
Sebagai contoh, andaikan anda bekerja dalam sektor tertentu, gerak hati anda telah merasakan bahawa kerjaya yang anda ceburi sekarang tidak sesuai dengan anda. Anda merasa tidak dapat berbuat apa-apa lagi sekarang dan terpaksa meneruskan kerja anda seperti biasa untuk hari-hari yang mendatang.
Apabila anda merenung masa depan anda, anda tidak dapat melihat apa-apa. Ini kerana anda tidak menerima realiti hidup anda dan anda gelisah sepanjang masa. Anda berpura-pura bahawa semua perkara dalam hidup anda akan berubah satu masa nanti.
Sekiranya anda tidak dapat menerima realiti hidup anda pada hari ini, anda akan mencari jalan untuk mengisi kekosongan hati anda. Seterusnya anda mungkin melakukan perkara yang membuatkan hidup anda tidak berubah atau menjadi lebih teruk lagi.
Berbanding dengan keinginan anda yang sebenar, anda menjadikan duit, pujian, atau keselesaan sebagai tujuan utama anda. Berbanding dengan menerima cabaran, anda akhirnya menetapkan zon selesa hidup anda lebih penting berbanding mendapatkan apa yang anda benar-benar inginkan.
Dalam melakukan perkara yang tidak anda sukai, ianya membuatkan anda tidak berpuas hati, kosong, dan berada dalam kesedihan. Ianya merupakan "dadah" sementara yang tidak pernah membuatkan anda berpuas hati.
Sekiranya anda mendapati terperangkap dalam situasi ini, luangkan sedikit masa anda untuk menyemak diri anda sendiri dengan terperinci. Walaupun anda belum bersedia untuk menyelesaikannya dalam jangka masa panjang lagi, sekurang-kurangnya anda menerima realiti hidup anda.
Elakkan untuk merosakkan hidup anda dengan mempertahankan khayalan anda. Adalah satu perkara yang normal sekiranya anda mendapati banyak kepalsuan dan penafian realiti dalam hidup anda. Anda mungkin risau untuk menerima realiti hidup anda sekarang kerana ianya satu perkara yang sukar untuk dilakukan.
Ianya perlu dilakukan secara perlahan-lahan. Setiap langkah yang anda ambil untuk menerima realiti akan menjadi mudah sekiranya anda jujur, mempunyai kesedaran diri, dan terbuka. Anda tidak perlu menerima semua realiti hidup anda dalam satu hari.
Berikut merupakan beberapa panduan yang praktikal untuk membantu anda menerima realiti hidup anda. Cara terbaik ialah anda menyemaknya sendiri.
Letakkan skala 1-10. Skala 1 membawa kepada makna anda tidak mendapat apa yang anda inginkan dan 10 membawa kepada makna anda mendapat apa yang anda mahukan.
Anda tentukan sendiri untuk perkara berikut:
  • Tabiat dan rutin harian
  • Kerja
  • Kewangan dan Pendapatan
  • Kesihatan
  • Perkembangan Mental dan Latihan
  • Sosial dan Perhubungan
  • Rumah dan orang tersayang
  • Emosi
  • Integriti (melakukan apa yang anda cakap)
  • Gaya Hidup dan Sumbangan kepada masyarakat
  • Perkembangan Spiritual
Jawapan anda merupakan gambaran yang baik mengenai apa yang anda lakukan dalam hidup anda sekarang. Anda mungkin juga mendapati dalam beberapa aspek terdapat jurang perbezaan dengan aspek yang lain.
Ianya merupakan aspek yang membuatkan anda sering menyerah kepada realiti yang palsu iaitu situasi yang tidak dapat diterima oleh anda sepenuhnya.
Aspek ini tidak akan menjadi bertambah baik sehinggalah anda menerima realiti sepenuhnya. Sekarang, anda tengok balik skala yang anda berikan daripada sudut pandang yang berbeza. Sekiranya skala yang anda beri bukan 9 atau 10, gantikannya dengan nombor 1.
Jadi anda hanya mempunyai nombor 1, 9, dan 10. Anda lihat sendiri realiti hidup anda.
Sekiranya anda tidak dapat memberi skala 9 atau 10 dalam aspek kehidupan anda, ini menunjukkan anda tidak memiliki apa yang anda inginkan dalam kehidupan anda.
Ianya sukar untuk menerima kenyataan apabila anda percaya anda memiliki skala 7 atau 8. Pada pandangan awal, skala 7 dan 8 kelihatan menarik tetapi realitinya, skala 9 dan 10 adalah lebih baik dari skala 7 dan 8.
Skala 10 adalah jauh daripada apa yang anda boleh jangka dan anda tidak dapat melihatnya dari skala 7 dan 8. Skala 7 menunjukkan anda membiarkan terlalu banyak keyakinan palsu dalam hidup anda.
Skala 1 menunjukkan anda tidak tahu apa yang anda inginkan. Skala 6,7, dan 8 adalah jawapan yang anda berikan bahawa anda tahu apa yang anda inginkan tetapi belum memilikinya lagi kerana anda belum bersedia menerima realiti hidup anda.
Apabila anda memberikan skala 7 pada komponen-komponen hidup anda, ini menunjukkan anda melakukan tindakan yang salah tetapi anda tidak menerima realiti sebenar. Skala 7 biasanya diberikan oleh individu yang memisahkan kehidupan mereka dengan realiti sebenar hidup mereka. Skala 7 turut menunjukkan anda buntu kerana tidak tahu cara untuk mendapatkan apa yang anda inginkan.
Anda tidak perlu risau walau apa skala yang anda berikan dalam aspek-aspek kehidupan anda. Anda boleh bermula dari awal. Sekarang, anda perlu putuskan apa yang anda benar-benar mahu dalam kehidupan anda.
Terima dengan hati yang terbuka untuk mendapatkan apa yang anda benar-benar mahukan. Berhenti dari terus menipu diri-sendiri. Anda akan dapat menggunakan kuasa Hukum Tarikan apabila anda menerima realiti hidup anda.
Untuk menemui realiti yang baru dalam hidup anda, anda perlu menulis di atas kertas. Dengan mengeluarkan fikiran anda dan meletakkannya di atas kertas, anda dapat memahami apa yang berlaku dalam hidup anda.
Terdapat orang yang suka menulis untuk merekodkan pemikiran dan pengalaman. Kuasa sebenar dari menulis ialah ianya dapat membantu anda maju dengan lebih cepat kerana ianya merupakan rangkaian fikiran anda.
Anda dapat melihat keseluruhan fikiran anda dari semua sudut. Dengan menulis, anda dapat mencari idea baru, membuatkan fikiran anda lebih tenang, dan membantu anda mencapai matlamat dengan lebih cepat.

Kasih Sayang

Biasanya kasih sayang dikaitkan dengan emosi. Namun ianya jauh daripada itu. Di antara pilihan yang anda hadapi di setiap hari ialah memilih untuk mendekati atau menjauhkan diri daripada seseorang.
Anda mampu untuk membina hubungan atau anda mampu mendapatkan layanan yang sewajarnya dari seseorang. Tidak mengira layanan daripada ahli keluarga anda, rakan sekerja, atau pekerja kaunter di supermarket. Anda boleh membiasakan diri di tempat kerja anda sendiri.
Anda boleh mendekati semua individu, tempat, atau perkara yang anda perlukan atau kekal tersisih. Keputusan untuk membina hubungan adalah asas kasih sayang. Setiap hari anda didorong untuk memilih hubungan yang anda inginkan.
Anda memilih tindakan yang anda perlukan untuk membina hubungan. Sekiranya anda peka terhadap tindakan yang anda ambil, anda akan memberi perhatian untuk mengambil tindakan yang membantu anda dan mengelakkan tindakan yang boleh merosakkan anda untuk membina hubungan. Pilihan seperti ini membentuk kehidupan anda.
Dalam jangka masa yang panjang, kehidupan anda menggambarkan apakah bentuk hubungan yang anda pilih. Untuk mengubah kehidupan anda, anda perlu menguasai seni untuk membina hubungan dengan orang lain. Kenyataan ini tidak terpakai sekiranya anda memilih untuk hidup secara bersendirian.
Membina hubungan menandakan perkara yang anda berikan perhatian, pilihan yang anda buat, dan perkara yang disenangi oleh anda. Sebagaimana anda dapat berhubung secara individu, anda juga boleh berhubung dengan kumpulan, tempat, pemikiran, nilai, hobi, dan tindakan-tindakan yang anda ambil.
Apabila anda menumpukan perhatian terhadap sesuatu perkara, ini menunjukkan kecenderungan anda terhadap sesuatu perkara. Bayangkan anda mendengar lagu kesukaan anda. Apakah yang anda bayangkan?

Kenangan Terindah

Adakah anda mengingati zaman ketika anda masih kanak-kanak?
Anda melihat persekitaran di sekeliling anda dengan penuh minat. Kemudian anda mendapatkan apa yang menarik perhatian anda. Apabila anda mendapatkan apa yang anda inginkan, anda pun bermain-main dengan apa yang anda dapat.
Anda menemui realiti anda dengan pengalaman anda sendiri. Sekiranya perkara yang anda temui tidak seperti yang anda harapkan, anda akan mengelakkannya pada masa akan datang. Sekiranya anda mendapatkan sesuatu yang yang mengembirakan anda, anda akan memberikan sepenuh perhatian untuk menghargainya.
Inilah contoh bagaimana anda membina hubungan dengan sesuatu perkara. Apabila kita semakin dewasa, kita biasanya akan hilang arah dan mudah melatah apabila mendapat halangan untuk mencapai keinginan kita. Ia seterusnya menhalang kita untuk mendapatkan apa yang kita mahu.
Apabila dibiarkan, ia kekal sebagai halangan yang mencegah untuk mendapatkan apa yang kita mahu. Kemudian anda membuat kesimpulan yang memberi kesan negatif kepada potensi anda untuk mendapatkan apa yang anda mahu.
Contohnya anda tidak boleh memulakan perniagaan kerana ianya berisiko atau pun contoh lain seperti anda akan kekal gemuk kerana anda dilahirkan untuk menjadi gemuk (seandainya anda fikir anda gemuk dan ingin kurus).
Lebih banyak kesimpulan yang anda boleh buat untuk mencegah anda daripada mendapatkan apa yang anda mahu. Kesimpulan seperti ini timbul kerana anda diselubungi oleh ketakutan dan tiada hubungan dengan perkara-perkara yang anda mahu.
Apabila anda mahu mendapatkan apa yang anda inginkan, anda perlu membuat komitmen untuk mencapainya. Sekiranya anda ingin disayangi, anda perlu membuat keputusan untuk membina hubungan.
Dalam usaha untuk mendapatkan apa yang anda mahu, anda perlu membebaskan pemikiran anda dan membina hubungan dengan sesuatu perkara. Apabila anda membebaskan pemikiran anda, anda akan membuang perkara-perkara yang mencegah anda untuk membina hubungan.
Tiada orang yang dapat membantu anda. Anda tidak memerlukan keizinan daripada orang lain untuk membina hubungan dengan perkara yang anda mahukan.
Ia hanya bergantung kepada anda bagaimana untuk memilih bentuk hubungan yang anda inginkan dan bagaimana untuk mencegah dan membuang hubungan dengan perkara yang tidak anda mahukan.

Tujuan Komunikasi

Dengan menjadi lebih sensitif untuk memilih bentuk hubungan yang anda mahukan, anda mengarahkan diri anda kepada titik yang betul dalam hidup anda dengan lebih rasional. Cara anda berkomunikasi menentukan tahap kasih sayang yang anda terima.
Apabila anda berkomunikasi dengan seseorang, anda mungkin mencari sesuatu yang biasa kita temui daripada orang lain. Dengan mengetahui perkara "biasa", anda akan mengetahui cara untuk membina hubungan dengan perkara yang anda inginkan. Contoh perkara "biasa" yang saya maksudkan seperti keadaan cuaca, makanan, hobi dan sebagainya.
Anda berkomunikasi dengan efektif dengan perkara yang biasa dan kemudiannya pergi ke arah yang lebih spesifik. Apabila anda berjumpa dengan orang yang baru anda kenal, biasanya anda mungkin bercakap tentang apa yang anda berikan perhatian dan nilai yang anda percaya.
Cara ini sedikit sebanyak membentuk kepercayaan dan persahabatan. Perkara berikutnya yang anda lakukan ialah mengetahui apakah perkara yang berbeza dengan anda. Individu yang berbeza pendapat dengan anda akan menjadikan anda sukar untuk terus berhubung.
Perhubungan yang bermakna ialah perhubungan yang saling memberikan ikatan yang kuat untuk menuju arah yang sama. Bentuk komunikasi yang kuat ialah apabila anda bersemuka secara lansung. Ini bukan sahaja membantu anda memahami isi perbualan tetapi juga body language seseorang.
Anda sudah pasti memiliki banyak pengalaman berkomunikasi secara lansung berbanding melalui telefon dan e-mail. Komunikasi yang baik memerlukan masa untuk dicapai. Semakin banyak teknik yang anda ketahui, semakin baik tahap komunikasi anda.
Kaedah biasa yang sering ditemui ialah dengan senyuman, body posture, dan eye contact. Walau apa teknik yang anda gunakan, jangan lupa objektif anda ialah untuk membina hubungan dengan orang lain. Walaupun anda mempunyai agenda yang tersendiri seperti untuk mempengaruhi, berlatih komunikasi, atau berseronok, langkah pertama yang perlu anda ambil ialah membina hubungan terlebih dahulu.
Penceramah, instruktor, dan selebriti cenderung untuk mencari persamaan dengan audiens terlebih dahulu. Apabila persamaan telah wujud, mereka akan menyampaikan perkara yang mereka ingin sampaikan. Komunikasi yang berkesan wujud apabila kedua-dua pihak saling memahami antara satu sama lain.
Sekiranya tidak memahami orang lain, akan timbul rasa ragu-ragu pada satu pihak. Ianya akan menjadi lebih buruk sekiranya anda menyentuh soal agama, politik, mistik, atau pun memburukkan orang lain. Adalah tidak cukup dengan hanya mengeluarkan pendapat anda dan membuat andaian orang lain akan memahami dan bersetuju dengan pandangan anda.
Begitu juga dengan pihak yang lain. Tidak cukup dengan mendapati anda mendengar sepenuh perhatian dan membuat andaian bahawa anda telah memahami apa yang mereka sampaikan. Untuk membina hubungan yang efektif, anda perlu mencipta persamaan sekurang-kurangnya dari satu aspek terlebih dahulu dengan orang lain.

Perhubungan dengan Orang Lain

Fikirkan hubungan anda dengan orang lain. Di manakah ianya wujud?
Ianya tiada di dalam dunia ini. Perhubungan hanya wujud di dalam pemikiran anda. Hubungan anda dengan individu yang berbeza kerana kepercayaan yang sama pada aspek yang berbeza.
Anggapan anda yang membuatkan satu perhubungan menjadi semakin kuat atau lemah. Sekiranya anda hilang keyakinan terhadap suatu perhubungan, ianya tidak lagi akan wujud.
Di dunia nyata mungkin kelihatan sama, seperti hubungan di tempat kerja, namun pada hubungan sebenar sebagai seorang manusia mungkin telah hilang.
Apabila anda memahami bahawa tiada perhubungan yang kekal dan ianya hanya wujud dalam pemikiran anda, anda akan menjadi lebih sensitif terhadap perhubungan anda dengan orang lain. Ianya hanya wujud dalam pemikiran anda.
Sekiranya anda berkomunikasi dengan gaya yang berbeza-beza, kebenarannya ialah anda mencari aspek-aspek yang berbeza dalam diri anda. Sekiranya anda berasa lega kerana berkongsi sesuatu dengan orang lain, realitinya anda berhubung dengan aspek yang penting dalam hidup anda.
Dengan berkongsi dengan orang lain, anda menemui cara bagaimana untuk menyayangi diri anda dengan sepenuhnya. Apabila anda memahami semua perhubungan hanya berlaku dalam fikiran anda, anda mampu mengubah bagaimana anda melihat sesuatu perhubungan dan mengubahnya untuk menjadi lebih baik.

Menyayangi Diri Sendri

Sekiranya anda merasa jauh dengan diri anda sendiri, anda boleh menjangka perhubungan peribadi anda turut menurun. Sekiranya anda inginkan perhubungan yang lebih bermakna dan diri anda diterima, anda perlu menyedari bagaimana untuk mengubah lebih banyak aspek dalam kehidupan anda.
Menyayangi diri anda sendiri dengan sepenuhnya dan tanpa syarat adalah pilihan yang anda boleh buat. Anda boleh membuat pilihan ini pada setiap saat di setiap hari. Anda tidak memerlukan sebarang syarat atau mematuhi sebarang peraturan.
Walau bagaimanapun, bagi membuat pilihan ini, anda perlu mengenal diri anda terlebih dahulu. Tanpa mengira kualiti yang tersembunyi dalam diri anda, anda masih mempunyai nilai kasih sayang.
Biasanya kita sentiasa diberi nasihat agar berbuat baik kepada orang lain. Anda mungkin tidak pernah membuat keputusan untuk menyayangi diri anda sendiri.
Ini mungkin membuat anda terfikir bagaimana untuk menyayangi diri sendiri. Hati anda mungkin tersentuh apabila seseorang berbuat baik kepada anda. Anda memahami perasaan anda ketika seseorang berbuat baik kepada anda.
Ianya membuatkan anda merasa nyaman dan selesa. Perasaan seperti ini hanya dapat anda rasa apabila orang lain berbuat baik kepada anda. Namun demikian, anda mungkin tidak mempunyai perasaan seperti ini apabila anda berbuat baik kepada diri anda sendiri.
Bagaimana kehidupan anda berubah sekiranya anda memberi sedikit perhatian yang spesifik kepada diri anda sendiri?
Perkara yang paling penting untuk anda menyayangi diri anda sendiri ialah anda bersabar sekiranya anda sedang berusaha untuk mendapatkan sesuatu. Anda tidak perlu bersaing dengan orang lain untuk mendapatkan sesuatu. Apa yang anda perlu lakukan ialah bersabar dengan keupayaan anda sendiri.
Ini bermaksud anda hidup untuk masa sekarang dan bukannya dalam masa lalu anda. Sekiranya anda tidak mempunyai kesabaran, ini akan menyebabkan anda tidak memberi perhatian kepada diri anda sendiri seterusnya membuatkan anda emosional.
Anda perlu ingat, setiap pokok yang tumbuh pada hari ini bermula dengan sebiji benih dan memerlukan masa untuk membesar. Setiap orang mempunyai suara hati masing-masing.
Kadangkala ianya membantu anda dan kadangkala ia boleh merosakkan anda. Sekiranya anda menerima realiti kehidupan anda,ianya akan membantu anda.
Apabila anda sedang menghadapi cabaran dalam hidup, sokongan yang anda terima daripada suara hati anda akan membantu memberikan kekuatan yang tersendiri. Suara hati yang saya maksudkan ialah keyakinan anda mengenai sesuatu yang anda jangkakan.

Memberi Kemaafan

Memberi kemaafan bukan suatu yang mudah. Permulaan untuk memberi kemaafan kepada orang lain bermula dengan anda memaafkan diri anda sendiri terlebih dahulu. Memaafkan diri sendiri merupakan satu kebaikkan.
Memaafkan orang lain juga satu kebaikkan. Setiap orang dicipta secara semulajadi untuk memberi dan menerima. Semua orang lahir hasil daripada kasih sayang ibu dan bapa.
Kasih sayang merupakan bahasa alam semesta yang membantu anda untuk terus hidup. Menyayangi diri sendiri akan membantu anda menggunakan kuasa Hukum Tarikan.

Halangan Kasih Sayang

Perkara utama yang mungkin mencegah anda untuk membina hubungan dan menguatkan hubungan yang telah anda bina ialah anda tidak berhenti-henti memutuskan hubungan yang sedia ada. Dalam bahagian ini, saya akan menulis perkara-perkara biasa yang dilakukan untuk memutuskan hubungan. Ini akan membantu anda menarik apa yang anda mahu dengan menggunakan kuasa Hukum Tarikan.

Mentaliti Untuk Memutuskan Hubungan

Kesedaran anda untuk menerima realiti menjadi sukar apabila fikiran anda berserabut yang seterusnya menyekat anda untuk membina hubungan. Ini menyebabkan anda membuat anggapan bahawa sesuatu perkara adalah perkara yang teruk. Anda mempunyai keyakinan bahawa dengan melarikan diri dari satu masalah menjadi satu kemestian.
Minda anda akan membentuk sikap anda iaitu anda suka menyendiri. Sebagai contohnya, apabila anda memulakan komunikasi, anda membiarkan individu lain yang memulakan perbualan terlebih dahulu.
Adalah sesuatu yang kritikal untuk mengakui bahawa diri anda bersatu dengan orang lain dan alam semesta. Apabila anda tidur dan bermimpi apa yang anda inginkan, adakah ianya mustahil untuk mendapatkan apa yang anda inginkan?
Bagaimanapun apabila anda terjaga, anda mengetahui ianya hanya mimpi. Mimpi hanyalah bayang kepada fikiran anda. Ianya wujud didalam fikiran anda dan tidak terpisah dengan anda.
Apakah yang terjadi sekiranya anda memisahkan diri anda dengan realiti kehidupan anda?
Tiada peraturan yang memaksa anda untuk meanggap semua orang dan alam semesta ini adalah sebahagian daripada anda. Keajaiban diperlukan untuk membuktikan bahawa anda dan orang lain serta alam semesta adalah satu.
Contoh mudahnya ialah seperti mimpi-mimpi anda selama ini. Untuk membina hubungan dengan orang lain, anda perlu mengambil berat tentang orang lain. Sekiranya orang yang anda kenali merasa gembira, anda perlu turut merasa gembira.
Elakkan perasaan iri hati dan cemburu kerana anda dan orang lain kerana anda dan orang lain adalah satu.
Menyayangi orang lain dan diri sendiri akan menghasilkan sesuatu yang istimewa. Anda boleh memulakannya dengan hanya memberikan senyuman pada orang lain. Untuk menghasilkan hubungan yang erat memerlukan masa, minat yang sama, peribadi, dan mungkin juga nasib.
Anda mampu membina hubungan dengan orang lain dengan mudah menggunakan minda anda. Berbanding dengan membina halangan pada minda anda untuk berhubung dengan orang lain, anggaplah tiada halangan untuk anda membina hubungan dengan orang lain.
Sekiranya anda menukar realiti anda untuk berhubung dengan orang lain, anda akan mendapati akan ada individu yang tidak anda kenali ingin membina hubungan dengan anda. Apabila anda merasakan anda mempunyai hubungan dengan orang lain, anda akan melihat bagaimana orang lain mengambil berat mengenai anda.
Ini adalah teknik yang boleh dipelajari dan di praktikkan. Anda tidak perlu menerima idea ini dengan membuta tuli untuk mendapatkan faedah daripadanya. Anda hanya perlu mencubanya sendiri dan ianya bergantung kepada imaginasi anda.
Anda boleh mencubanya dengan berjumpa dengan sekumpulan orang sama ada yang anda kenali atau tidak. Bayangkan anda mempunyai hubungan yang telah terjalin dengan erat. Perhatikan apa yang berlaku.

Takut Kehilangan

Takut kehilangan membuatkan interaksi yang kecil kelihatan seperti ancaman yang menakutkan. Kesan daripada takut kehilangan membuatkan anda berasa kesunyian dan kesepian. Ianya akan mencegah anda untuk membina hubungan dengan orang lain.
Apabila anda memutuskan hubungan dengan orang lain, anda memisahkan sebahagian daripada diri anda dengan bahagian diri anda yang lain. Apabila anda mengelakkan diri untuk berhubung dengan orang lain, anda merosakkan peluang untuk orang lain memahami anda.
Setiap orang ingin difahami. Apabila anda membina hubungan dengan orang lain, anda mengingatkan mereka bahawa mereka tidak berseorangan.

Tidak Serasi dengan Orang Lain

Adalah mudah untuk anda membina hubungan dengan orang lain apabila anda mempunyai minat yang sama. Dengan cara anda berkongsi mengenai cara anda hidup, hobi, atau kepercayaan anda akan mempercepatkan masa untuk anda membina hubungan.
Sekiranya anda ingin mengubah hidup anda dengan membina hubungan yang baru, adalah penting untuk anda mencari individu yang serasi dengan anda. Anda boleh mencari aspek-aspek tertentu dalam diri seseorang yang sama dengan anda.
Adakah anda pernah meanggukkan kepala apabila seseorang bercakap mengenai sesuatu yang tidak anda bersetuju lansung?
Anda mungkin menyedari sekiranya anda mengeluarkan pendapat anda, ianya mungkin akan menyebabkan pertengkaran. Sekiranya anda tidak mendengar terlebih dahulu pandangan orang lain, komunikasi anda mungkin akan menjadi sukar, silap faham mungkin terjadi dan ianya sukar untuk anda menerima realiti bagi membina hubungan.
Sekiranya anda dapat menjadikan diri anda serasi dengan orang lain, anda akan dapat mencipta lebih banyak peluang untuk mengubah hidup anda. Apabila anda tidak dapat menyesuaikan diri dengan orang lain, anda mencegah diri anda untuk membina hubungan dengan orang lain sekaligus membuatkan anda sukar untuk mengubah hidup anda.
Lebih buruk lagi, ianya membuatkan anda sukar untuk memahami realiti hidup anda. Perkara yang menarik akan berlaku dalam hidup anda apabila anda membina hubungan dengan orang yang serasi dengan anda.
Pertama sekali, anda akan berasa disokong dan menerima galakkan dengan ikhlas dari orang lain. Kedua, ianya akan membuatkan anda lebih mudah untuk membina hubungan dengan orang yang tidak serasi dengan anda.
Ini kerana anda tahu bahawa terdapat orang yang menyokong anda. Ini merupakan sebab bagaimana hubungan kekeluargaan boleh menjadi sangat erat atau menjadi sangat rapuh.

Teknik Komunikasi

Sekiranya anda merasa kekok dan segan untuk berhubung dengan orang lain, ianya mungkin disebabkan anda kurang berpengalaman. Seperti mana-mana teknik, teknik komunikasi yang baik memerlukan masa untuk dikuasai.
Dengan berlatih, anda akan menjadi lebih selesa untuk berrsosial. Apabila anda berasa selesa, anda akan mempunyai identiti yang tersendiri. Asas untuk berkomunikasi ialah berada dalam keadaan tenang.
Apabila anda selesa dengan diri anda, anda akan meletakkan kepentingan diri anda apabila anda mula berkomunikasi. Anda tidak terlalu berfikir mengenai bagaimana penampilan anda, bagaimana dengan suara anda, ataupun apa yang orang lain fikir mengenai diri anda. Anda menjadi pusat kepada komunikasi yang berlaku dan dapat fokus kepada individu yang bercakap dengan anda.
Untuk meningkatkan tahap komunikasi anda, anda perlu mengawal keadaan agar anda dapat berkomunikasi dengan cara anda sendiri. Cara yang paling baik untuk berlatih teknik ini ialah dengan memulakan dengan orang-orang yang serasi dengan anda.
Tingkatkan kemahiran anda dengan perlahan-lahan dan akhirnya anda akan selesa untuk membina hubungan dengan orang yang tidak serasi dengan anda. Ini kerana anda mempunyai keyakinan kerana anda tahu di belakang anda terdapat orang-orang yang sentiasa menyokong anda.
Sebenarnya, anda boleh membina hubungan dengan sesiapa yang anda mahu. Hubungan yang anda bina dengan orang lain selama ini bukanlah terjadi secara kebetulan. Ini kerana anda dapat mengenalpasti persamaan antara diri anda dan orang lain.
Adalah lebih mudah untuk anda mengenalpasti persamaan anda dengan orang lain terlebih dahulu untuk membina hubungan berbanding dengan cara membuta tuli. Anda boleh mencari persamaan dengan pengalaman anda,hobi,makanan atau lain-lain yang sesuai.
Elakkan rasa takut untuk memulakan komunikasi. Anda boleh melibatkan diri dengan melakukan aktiviti yang anda lakukan bersama-sama. Hubungan yang anda bina dengan orang lain adalah cara untuk anda mengenal diri anda sendiri.
Ini akan membantu anda memahami realiti hidup anda. Kepercayaan bahawa anda terpisah dengan orang lain adalah ilusi semata-mata. Apabila anda belajar untuk menyayangi orang lain, anda akan dapat menyayangi diri anda.

Hukum Tarikan Law of Attraction (LOA) : Menggunakan Kuasa Anda Sepenuhnya

Menggunakan Potensi Anda Sepenuhnya

Potensi untuk bertindak merupakan sesuatu yang kritikal untuk anda mengubah hidup anda. Ianya merupakan kebolehan anda secara semulajadi dan anda menggunakannya untuk membentuk dunia kehidupan anda.
Apabila anda tidak dapat menggunakan potensi anda sepenuhnya, anda tidak dapat menggunakannya untuk memenuhi keperluan dan keinginan anda. Apabila anda menggunakan potensi anda sepenuhnya, anda dapat memilih kehidupan yang anda inginkan.
Bagi beberapa individu, mengeluarkan potensi merupakan perkataan yang membawa maksud yang negatif yang membawa maksud kepada sifat tamak dan rasuah. Hakikatnya tiada apa kaitan di antara potensi anda dan maksud negatif yang lain.
Sekiranya anda seorang yang baik ketika anda masih tidak menggunakan potensi anda, anda tetap akan menjadi baik selepas anda dapat mengeluarkan potensi anda sepenuhnya. Begitulah sebaliknya.
Potensi yang anda miliki akan selari dengan keadaan anda menerima realiti dan hubungan yang anda bina dengan orang lain. Potensi anda juga boleh merosot sekiranya anda memiliki realiti yang palsu. Potensi yang anda miliki boleh menjadi sesuatu yang baik atau buruk bergantung kepada cara anda berfikir.
Gabungan diantara realiti, hubungan, dan potensi akan menjadi daya yang sangat kuat sekiranya digunakan untuk tujuan kebaikkan. Secara jujurnya, individu yang tidak jujur kepada diri sendiri tidak dapat mengubah hidup masing-masing dan akan menjadi mangsa terhadap persekitarannya.
Apabila anda menggunakan potensi anda, anda akan dapat memenuhi keperluan anda dan mencapai keinginan anda dengan senang. Bagi menggunakan dan berlatih untuk menggunakan potensi yang ada pada anda bukanlah merupakan sesuatu yang mudah.
Anda akan mengetahui cara bagaimana untuk meningkatkan dan menggunakan potensi anda dalam artikel ini. Teruskan bacaan anda perkataan demi perkataan.
Perkara pertama yang perlu anda lakukan untuk menggunakan potensi anda ialah anda bertanggungjawab kepada diri sendiri. Anda hendaklah menerima sepenuhnya tanggungjawab
terhadap apa yang berlaku dalam hidup anda selama ini.
Adalah satu perkara yang mudah untuk anda memindahkan tanggungjawab dan menyalahkan pihak lain namun pada akhirnya ianya tidak akan mengubah hidup anda. Apa yang anda perlukan ialah anda mengetahui apa yang anda inginkan.
Mungkin ada orang lain yang boleh memahami situasi anda namun tidak dapat berbuat apa-apa untuk mambantu anda. Akhirnya orang yang memahami situasi anda akan melupakan anda dan meneruskan kehidupan mereka. Anda tidak boleh memaksa orang lain untuk mengubah hidup anda.
Sekiranya anda menafikan atau melarikan diri dari tanggungjawab anda, ianya tetap akan menghantui hidup anda. Semakin awal anda menyedari tanggungjawab anda dan bersedia memikulnya, semakin cepat anda dapat mencapai apa yang anda mahu.
Ketika anda masih berada di zaman kanak-kanak, mungkin anda mempunyai ibu bapa yang penyayang untuk menjaga kebajikan anda. Namun anda tetap mempunyai tanggungjawab untuk
mengikut nasihat dan arahan ibubapa anda.
Apabila anda sudah dewasa, anda sepenuhnya memikul tanggungjawab hidup anda. Ianya mungkin tidak adil kerana setiap orang mempunyai ibubapa yang berbeza-beza sama ada dari segi kewangan dan pangkat ibubapa. Namun inilah yang dikatakan kehidupan.
Tiada gunanya sekiranya anda menyalahkan ibubapa, kerajaan, atau orang lain mengenai kehidupan anda. Ini akan membuatkan anda menjadi semakin lemah.
Tanpa mengira siapa yang bertanggungjawab terhadap hidup anda pada masa sekarang, semuanya bergantung kepada anda. Hanya anda yang dapat mengubah hidup anda.
Anda perlu sedar tiada orang berlumba-lumba untuk memenuhi keperluan dan keinginan anda. Sekiranya anda mengelakkan diri dari berhadapan dengan masalah anda, ianya tidak akan selesai selama-lamanya.
Sekiranya anda ingin mengubah hidup anda, anda perlu mengambil tindakan sehingga menghasilkan apa yang anda mahu. Setiap tindakan akan menghasilkan keputusan.
Dengan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap hidup anda, anda akan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk mendapat apa yang anda inginkan. Setiap sesuatu ada harganya.
Bagi mendapatkan apa yang anda mahu, anda perlu berkorban sama ada dari segi masa, wang, hubungan, atau lain-lain perkara yang relevan. Anda mungkin juga melakukan kesilapan dalam proses mendapatkan apa yang anda mahu.
Namun ianya akan memberikan pelajaran kepada anda dan sekurang-kurangnya anda tidak lari dari tanggungjawab anda. Sekarang ini anda mungkin tidak mempunyai sumber yang anda perlukan untuk mencapai keinginan anda.
Namun anda mempunyai komitmen untuk meningkatkan potensi anda bagi mencipta peluang untuk memenuhi keinginan anda. Sekiranya anda konsisten untuk mencapai keinginan anda, hanya masa yang menentukan bila impian anda menjadi realiti.
Potensi yang terdapat pada anda akan menjadi berkobar-kobar sekiranya anda mempunyai keinginan. Ianya akan memberikan nikmat kepada anda apabila anda menggunakan potensi anda sepanjang perjalanan anda mencapai keinginan anda.
Langkah pertama ialah anda mengetahui apa yang anda inginkan:
  1. Apakah kemahuan anda?
  2. Apakah impian anda?
Biarkan diri anda mencipta impian anda. Sentiasa kembangkan kemahuan anda walaupun ianya tidak logik. Tiada salahnya sekiranya anda inginkan sesuatu yang tidak masuk akal.
Elakkan untuk anda menafikan apa yang anda benar-benar mahu. Apabila anda menafikan kemahuan anda, anda mengelakkan diri daripada menerima realiti dan potensi anda. Anda menjauhkan diri daripada realiti hidup anda dengan menipu diri sendiri.
Sekiranya anda ingin meningkatkan potensi anda, anda perlu menerima keinginan anda walaupun ianya muncul dalam keadaan yang tidak anda sangka. Kebanyakkan individu berada jauh daripada apa yang mereka benar-benar mahu.
Mereka membiarkan orang lain yang menentukan apa yang perlu mereka miliki dan membentuk apa yang perlu mereka percaya. Ini akan membuatkan mereka lemah dan tertekan sepanjang hidup.
Elakkan diri anda berada dalam khayalan orang lain. Hanya keinginan yang anda benar-benar mahu dapat membantu anda menggunakan Hukum Tarikan / Law of Atrraction (LOA).
Dengan mengenal pasti apa yang anda benar-benar mahu ialah anda bebas sepenuhnya untuk memutuskan apa yang anda perlukan. Anda tidak memerlukan keizinan daripada orang lain.
Pilihan anda ialah memutuskan apa yang anda mahu dan ianya tidak perlu memberitahu pada orang lain. Anda tidak perlu rasa bersalah mengenai apa yang anda inginkan.
Kemahuan anda merupakan kemahuan anda dan bukannya kemahuan orang lain. Anda perlu sedar tiada peraturan yang mewajibkan anda betul sepanjang masa.
Peraturan yang ada ialah dalam sebarang situasi hidup anda, anda bertanggungjawab sepenuhnya. Anda tidak boleh melanggar peraturan ini dan anda dapat membuat keputusan yang tepat untuk menghasilkan kehidupan yang anda inginkan.
Apabila anda berdepan dengan masa yang penting dalam hidup anda, gunakan potensi anda sepenuhnya. Putuskan sama ada keputusan anda "Ya" atau "Tidak". Elakkan berpeluk tubuh dan memutuskan "Ya" dalam keadaan diam.
Anda perlu membuat keputusan yang anda benar-benar mahu. Anda memiliki kebebasan untuk memilih apa yang anda benar-benar inginkan.
Kemahuan anda akan membantu anda memahami realiti hidup anda dan anda perlu sedar tiada jawapan "Betul" atau "Salah" mengenai apa yang anda mahukan.
Anda perlu keluar dari pandangan orang disekeliling anda bahawa hidup anda hendaklah mengikuti peraturan dan pandangan orang lain. Anda tidak perlu melaksanakan tugas untuk memenuhi keinginan orang lain.
Anda hanya perlu memaksa diri anda mengetahui apa keinginan anda dan hasil yang anda terima. Bagaimana cara anda menafsirkan maksud kebebasan bergantung kepada anda.
Potensi yang ada pada anda hanya dapat digunakan pada masa sekarang. Tiada tindakan yang dapat anda lakukan pada masa lepas. Tiada tindakan juga pada masa depan.
Masa depan hanya wujud dalam imaginasi anda. Anda tidak boleh mengeluarkan potensi anda pada hari semalam atau hari esok.
Sekiranya anda hidup pada masa depan, anda hanya melemahkan diri anda dan anda hidup dalam ilusi anda sendiri. Ianya akan memberikan realiti yang palsu pada diri anda.
Anda perlu memusatkan perhatian anda mengenai kehidupan anda pada masa sekarang. Kita akan cenderung untuk menggunakan masa yang kita lalui setiap saat seperti kita menggunakan wang.
Bagi menyiapkan kerja yang memerlukan masa selama satu jam, kita perlu meluangkan masa kita selama satu jam. Berapa lama anda meluangkan masa untuk mendapatkan apa yang anda inginkan dalam satu hari?
Istilah "pengurusan masa" atau yang membawa maksud kepadanya adalah sesuatu yang biasa kita dengar. Hakikatnya setiap orang mempunyai masa 24 jam dalam satu hari.
Sama ada anda menguruskan masa dengan baik atau tidak bukanlah merupakan satu persoalan. Persoalan yang perlu anda fikir ialah bagaimana anda menguruskan hidup anda pada setiap saat?
Masa merupakan sumber yang tidak boleh di simpan. Anda tidak boleh membeli masa. Tanpa mengira apa yang anda lakukan atau tidak anda lakukan, masa akan terus berlalu.
Anda tidak memiliki pilihan sama ada ingin menggunakan masa anda ataupun tidak. Pilihan yang anda ada ialah menumpukan perhatian pada masa sekarang.
Walaupun anda mungkin terkenang pada kenangan anda pada masa lalu atau menggunakan imaginasi tentang masa depan anda, diri anda dan fikiran anda berada pada masa sekarang. Apa yang anda miliki ialah masa pada hari ini dan hanya hari ini yang anda miliki.
  • Sekiranya semua matlamat anda wujud pada masa sekarang, apa gunanya anda untuk membuat matlamat jangka panjang?
  • Bagaimana untuk mencapai semua perkara yang anda inginkan?
Apa yang anda perlu faham ialah anda hanya boleh mengambil tindakan pada masa sekarang dan anda boleh mendapat keputusan daripada tindakan anda pada masa sekarang juga.
Anda tidak boleh mencapai apa yang anda mahukan pada masa lepas atau hidup pada masa depan kerana anda tidak pernah berada di masa depan.
Anda mungkin mengetahui cara untuk menetapkan matlamat. Apabila anda menetapkan matlamat, berapa banyakkah matlamat yang telah anda capai?
Matlamat yang tidak di capai biasanya ditetapkan dengan cara yang salah. Adalah sukar untuk mencapai matlamat berasaskan realiti yang palsu dan hanya bersandar kepada harapan semata-mata.
Ianya akan menjadi halangan yang paling kuat menentang anda untuk mendapatkan apa yang anda mahu. Tujuan menetapkan matlamat bukanlah untuk memastikan masa depan anda terbentuk mengikut apa yang anda mahu.
Sekali lagi,masa depan hanya wujud dalam imaginasi anda. Tujuan menetapkan matlamat ialah meningkatkan kualiti diri dan realiti hidup anda pada masa sekarang. Menetapkan matlamat akan membuatkan anda lebih jelas dan perhatian anda pada masa sekarang.
Apabila anda telah mencapai salah satu matlamat anda, tanyalah kepada diri anda sendiri, "Bagaimana matlamat ini membuatkan realiti saya bertambah baik?".
Sekiranya matlamat anda tidak membawa apa-apa kebaikkan kepada realiti hidup anda, matlamat anda tidak mendatangkan apa-apa manfaat kepada anda.
Sekiranya ianya membuatkan anda lebih jelas, fokus, dan memberikan motivasi kepada anda, ianya adalah sesuatu yang hebat. Teruskan mencapai matlamat anda.
Kebanyakkan orang menetapkan matlamat dan kemudiannya membuat anggapan proses untuk mencapai matlamat akan membuatkan mereka menderita dan kesusahan. Ini merupakan cara yang pasti untuk gagal mencapai matlamat.
Sekiranya anda menetapkan matlamat yang baru, berikan sepenuh perhatian untuk mencapainya berdasarkan realiti hidup anda sekarang. Kemudian susun tindakan-tindakan yang perlu anda lakukan untuk mencapai matlamat anda yang membuatkan anda bersemangat, berkeyakinan,dan dapat memberi sepenuh perhatian untuk mencapai matlamat anda sebelum anda benar-benar dapat mencapai matlamat anda.
Elakkan membuat matlamat yang membuatkan anda merasa lemah, tidak berdaya, dan berputus asa. Ini merupakan cara untuk menggunakan Hukum Tarikan agar anda dapat memberikan sepenuh perhatian untuk mencapai matlamat anda.
Andaikan anda membuat matlamat untuk memulakan perniagaan anda sendiri. Anda membayangkan beberapa situasi pada masa depan anda di mana anda menjadi bos, melakukan apa yang anda suka, dan menjana pendapatan yang lumayan.
Sekiranya ini yang anda bayangkan, anda tidak melakukan sebarang kesalahan.
Kemudian anda menyusun strategi bagaimana anda melakukan kerja-kerja untuk memastikan perniagaan anda berkembang maju, mengira risiko yang anda hadapi, dan lain-lain idea yang membuatkan anda berfikir berkali-kali untuk menjalankan perniagaan.
Apabila fikiran anda sudah mencapai tahap ini, anda tidak berada dalam realiti anda dan anda berada dalam fantasi masa depan anda.
Apa yang anda perlukan ialah kembali pada masa sekarang dan menjadi realistik bahawa apa yang berlaku dalam fantasi anda tidak berlaku lagi dalam realiti anda. Anda yang menjadikan ianya wujud.
Anda sudah mencipta dalam imaginasi anda sesuatu yang tidak anda inginkan. Sekarang, andaikan sekali lagi anda membuat matlamat untuk memulakan perniagaan anda.
Kembalikan fokus anda kepada realiti hidup anda sekarang. Renungkan bagaimana matlamat anda dapat meningkatkan kualiti hidup anda pada setiap minit, bukannya 5 tahun dari sekarang ataupun 1 minggu dari sekarang.
  • Apakah matlamat anda untuk memulakan perniagaan untuk anda pada hari ini?
  • Adakah ianya memberi harapan?
  • Adakah anda mahukan segera?
  • Adakah ianya memenuhi keinginan anda?
Fikirkan bagaimana matlamat anda untuk memulakan perniagaan anda dapat meningkatkan kualiti hidup anda pada masa sekarang. Sekiranya anda tidak nampak sebarang kebaikkan kepada anda, fikirkan untuk mencapai matlamat yang lain.
  • Adakah anda ingin mengurangkan berat badan?
  • Adakah anda ingin mencari jodoh?
  • Adakah anda inginkan pekerjaan yang lebih baik?
Walaupun apa jua matlamat yang anda ingin capai, anda perlu fikirkan bagaimana realiti hidup anda akan berubah menjadi lebih baik. Matlamat yang meningkatkan kualiti hidup anda akan memberikan anda motivasi dan keyakinan untuk mengambil tindakan yang tepat dan cepat.
Apabila anda menetapkan matlamat yang dapat meningkatkan realiti hidup anda pada masa sekarang, anda tidak perlu mengira tempoh masa untuk mencapainya. Sama ada ianya mengambil masa 5 hari atau 5 tahun, ianya tidak berkaitan.
Proses anda untuk mencapai matlamat anda akan membuatkan anda tetap yakin dan gembira. Lebih mudahnya, anda akan berasa gembira setelah menetapkan matlamat anda.
Apabila matlamat anda menjadikan anda gembira, anda akan menjadi lebih produktif. Berbanding merasa gembira pada masa depan yang hanya wujud dalam imaginasi anda, anda boleh merasa gembira setelah menetapkan matlamat anda pada hari ini.
Sekiranya anda telah memahami cara untuk menetapkan matlamat dengan menggunakan Hukum Tarikan, anda akan mengetahui cara yang berbeza untuk mencapai matlamat. Setelah anda mencipta matlamat dan mengetahui bagaimana kesannya terhadap hidup anda, minda anda akan membentuk corak untuk mencapainya.
Sekiranya anda mempunyai banyak matlamat, anda akan mempunyai dorongan yang datang dari diri anda sendiri untuk mencapai salah satu matlamat anda berbanding dengan matlamat yang lain. Anda boleh mencubanya sendiri.
Apabila anda menyedari arah tuju hidup anda, anda akan menjadi lebih bersemangat dan berkeyakinan apabila anda menumpukan perhatian untuk mencapai apa yang anda inginkan.
Matlamat anda tidak perlu menjadi terlalu spesifik, jelas, atau boleh di ukur.
Anda tidak memerlukan sebarang "deadline" dan anda tidak perlukan rancangan yang sangat sempurna untuk mencapainya. Anda hanya perlukan semangat yang menyala-nyala untuk mengambil tindakan.
Hanya matlamat yang anda benar-benar mahu dan keinginan yang benar-benar kuat akan mengeluarkan potensi anda untuk mencapainya. Anda akan mengetahui lebih banyak tentang diri anda apabila anda membuat matlamat kerana anda akan mengetahui apakah yang menjadi arah tuju anda selama ini.
Sekiranya matlamat anda kelihatan bagus apabila anda menulisnya tetapi tidak memberikan anda motivasi dan keyakinan apabila anda memberikan perhatian, matlamat itu tidak berguna untuk anda. Elakkan untuk mencapai matlamat yang tidak memberikan anda keghairahan untuk mencapainya.
Walaupun ia kelihatan sangat baik dan orang lain memberikan dorongan kepada anda untuk mencapainya, anda tidak akan dapat mencapainya sekiranya anda tidak mahu.
Anda hanya perlu memberikan perhatian kepada matlamat yang memberikan anda keyakinan dan motivasi untuk mencapainya pada hari ini kerana hanya pada masa sekarang anda dapat menggunakan potensi anda - bukannya semalam atau hari esok.
Sekiranya anda ingin menukar keinginan anda menjadi realiti, anda perlu mengambil tindakan yang tepat. Apabila anda telah mempunyai matlamat yang membuatkan anda bersemangat untuk mencapainya, anda akan terdorong secara semulajadi untuk mengambil tindakan.
Anda akan sanggup bekerja keras namun anda mungkin tidak bekerja keras setinggi keinginan anda. Dalam kebanyakkan tindakan yang perlu anda ambil, anda mungkin melakukan tindakan yang anda selesa sahaja.

Salah faham Hukum Tarikan / Law of Attraction (LOA)

  • Bagaimana pula dengan Hukum Tarikan?
  • Bukankah Hukum Tarikan akan dapat memberikan apa yang anda mahu dengan menggunakan kuasa minda?
Ini merupakan salah faham yang biasa berlaku mengenai bagaimana Hukum Tarikan berfungsi.
Apabila anda memberikan sepenuh perhatian kepada apa yang anda inginkan, anda akan mendapati sumber-sumber yang baru muncul dalam hidup anda untuk membantu anda mendapatkan apa yang anda mahu.
Sekiranya anda tidak mengambil tindakan, sumber-sumber yang muncul akan pergi jauh dari anda. Kehidupan anda pula tidak akan berubah sekiranya tidak mengambil tindakan. Lebih teruk lagi sekiranya kehidupan anda menjadi lebih teruk.
Tubuh badan anda merupakan tempat kemahuan anda diterjemahkan. Keinginan yang jitu akan memaksa anda mengambil tindakan dan memberikan motivasi.
Sekiranya anda tidak mengambil tindakan, ini bermakna kemahuan dan keinginan anda sangat lemah. Anda mencuba untuk mendapatkan apa yang anda mahu untuk mengisi masa lapang sahaja.
Apabila peluang telah muncul, anda biarkan ianya berlalu.
Sekiranya anda mendapati diri anda tidak bermotivasi untuk mengambil tindakan untuk mencapai matlamat anda, ini menunjukkan anda mempunyai matlamat yang salah.
Anda perlu mempunyai matlamat yang dapat memaksa anda dan anda sendiri tidak sabar-sabar untuk mengambil tindakan dan tubuh badan anda mengambil tindakan secara drastik.
Keinginan merupakan sumber kepada tindakan. Sekiranya anda menjadikan matlamat yang palsu sebagai sumber tindakan anda, ianya tidak akan membawa anda ke mana-mana. Tiada tindakan, tiada motivasi untuk mencapai matlamat anda.
Mencapai matlamat yang bermakna dalam hidup memerlukan kerja keras. Apabila matlamat anda memang tepat untuk anda, kerja keras ini tidak akan menhalang anda untuk mencapainya.
Anda tetap akan berhadapan dengan cabaran dan rintangan. Namun anda masih memiliki keyakinan, motivasi, ketabahan, dan potensi untuk mengatasinya.
Anda perlu menetapkan matlamat yang membangkitkan semangat anda dan anda akan mendapati tindakan yang perlu diambil terasa mudah walaupun sukar mengikut pandangan orang lain.
Disiplin merupakan asas penting untuk mencapai matlamat. Walaupun semangat anda berkobar-kobar untuk mencapai matlamat anda, dalam beberapa keadaan ianya akan merosot dan anda memerlukan kekuatan untuk meneruskan apa yang sedang anda lakukan.
Disiplin ialah keupayaan untuk anda melakukan sesuatu yang perlu anda lakukan tanpa mengira "mood" anda. Sekiranya anda berasa tidak bersemangat, malas, atau bosan, disiplin memberikan petunjuk apa yang anda perlu lakukan dan membuatkan anda terus maju.
Menjadi sangat bermotivasi merupakan satu perkara yang menakjubkan. Namun tenaga anda yang terhasil akan menjadi berbahaya kerana ianya berubah-rubah.
Walaupun anda melakukan apa yang anda suka, anda tetap akan berhadapan dengan rasa bosan apabila berdepan dengan situasi yang tidak anda suka.
Contohnya seorang bapa menyayangi anaknya dan suka meluangkan masa bersama anaknya. Bapa tersebut bekerja keras untuk membelikan permainan yang di minta oleh anaknya.
Pada suatu hari, beliau mendapati barang mainan yang diberi kepada anaknya tidak dihargai oleh anaknya. Perasaan beliau terhadap anaknya tidak perlu di ceritakan. Ini hanyalah contoh sahaja.
Moral dari cerita ini ialah akan timbul situasi anda ysng membuatkan anda tidak bermotivasi untuk mengambil tindakan yang anda perlukan untuk mencapai keinginan anda.
Di sinilah disiplin memainkan peranannya. Motivasi dan disiplin merupakan alat kepada potensi anda.
Motivasi biasanya menjadi penting apabila anda memulakan matlamat / kerja / projek yang baru. Matlamat anda akan menjadi keutamaan kepada anda.
Contohnya anda membuat matlamat untuk mengurangkan berat badan anda. Tindakan yang anda ambil mungkin menukar diet anda atau mengikuti program tertentu.
Pada awalnya anda bersemangat mengikut perancangan anda. Setelah beberapa minggu, motivasi anda telah hilang.
Sekarang kerja anda menjadi semakin sukar. Persoalan yang timbul difikiran anda ialah adakah berbaloi untuk anda mengurangkan berat badan anda?
Sekiranya anda mempunyai disiplin, ianya akan mencegah anda untuk melarikan diri dari perancangan anda dan memaksa anda untuk mengikuti perancangan asal.
Motivasi menjadi tinggi apabila anda mengambil tindakan. Apabila anda berhenti bertindak, motivasi anda akan menurun.
Anda perlua mengeluarkan potensi anda untuk mengambil tindakan untuk mencapai matlamat. Apabila anda mengambil tindakan, ianya akan menjadi mudah untuk anda mencapai keinginan anda.
Masalah dan cabaran tidak menjadi halangan kepada orang yang mempunyai disiplin. Disiplin yang di latih sedikit demi sedikit akan menghasilkan keajaiban. Semakin tinggi disiplin anda, semakin tabah anda menghadapi cabaran.
Lakukan apa yang perlu anda lakukan walaupun anda tidak menyukainya. Perkara ini merupakan perkara yang paling sukar untuk anda lakukan untuk mencapai kemahuan anda.
Tanpa halangan dan cabaran, anda tidak dapat menggunakan sepenuhnya potensi yang terdapat pada diri anda. Yakinlah dengan diri anda sendiri bahawa anda mampu mengambil tindakan yang perlu anda lakukan untuk menukar impian anda menjadi realiti.

Mengatasi Halangan

Pelbagai bentuk halangan akan muncul apabila anda ingin menukarkan impian anda menjadi realiti. Halangan yang muncul mungkin disedari oleh anda ataupun tidak. Ianya datang dengan tiba-tiba dan tidak dijangka oleh anda.
Halangan yang wujud mungkin dalam bentuk wang, masa, tenaga, orang lain, dan yang seumpamanya.
Apabila anda menyedari halangan-halangan yang muncul, anda akan dapat mengatasinya dengan menggunakan potensi anda secara bijaksana.
Tanpa mengira betapa lemahnya anda pada masa lalu, potensi anda masih terpendam di dalam diri anda dan menunggu masa anda menggunakannya dengan sepenuhnya.
Halangan yang timbul bermula dari minda anda sendiri. Anda merasa diri anda terlalu kerdil dan lemah untuk menggunakan sepenuhnya potensi anda.
Anda mempunyai kuasa mutlak untuk memilih tindakan yang anda inginkan. Kurang keyakinan membuatkan anda menentang diri anda sendiri untuk menukar impian anda menjadi realiti. Anda membiarkan diri anda menjadi lemah untuk menentukan arah tuju hidup anda.
Perasaan takut membuatkan anda lemah dan tidak berani untuk menetapkan matlamat hidup anda.
Anda mengambil tindakan yang tidak bermakna kerana tindakan yang perlu anda lakukan tidak menarik minat anda untuk mengambil tindakan yang sewajarnya, hidup dalam keadaan yang tidak anda suka, dan membina hubungan dengan orang yang mempunyai keadaan yang sama dengan anda.
Anda sedar apabila anda mengambil tindakan yang salah tapi tidak mengambil peduli. Apabila memiliki waktu terluang, anda mensia-siakannya untuk mengambil tindakan yang anda perlukan.

Anda tidak hidup di dalam gua. Anda selesa di kediaman anda. Maksud saya anda memandang rendah kepada diri anda sendiri.
Kehidupan anda merupakan tanggungjawab anda sepenuhnya. Elakkan untuk menafikan realiti hidup anda dan terimalah realiti kehidupan anda sekarang.
Anda tidak perlu membazirkan masa dengan menyelesaikan hal-hal yang remeh-temeh. Apabila anda hilang fokus, tanya kembali kepada diri anda, "Apa yang saya inginkan?"
Apabila fikiran negatif mula timbul, katakan kepada diri anda sendiri, "Ini semua merepek. Saya boleh melakukan dengan lebih baik,".
Ini sedikit sebanyak akan membantu untuk anda tetap fokus pada arah tuju menukar impian anda menjadi realiti.
Apabila anda takut untuk mengambil tindakan, anda akan memberikan perhatian terhadap perkara yang tidak anda inginkan. Ini akan menghasilkan sesuatu yang tidak anda inginkan.
Sekiranya anda takut untuk mengambil tindakan kerana anda takut gagal, anda memberikan perhatian kepada kegagalan.
Realiti ini akan menjadi penhalang kepada anda untuk mengambil tindakan. Kegagalan yang mungkin pernah anda lalui sebelum ini mungkin terjadi kerana tindakan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh anda.
Walau bagaimanapun, anda masih boleh terus mencuba.
Adalah penting untuk anda hidup dengan potensi anda dan berdepan dengan realiti berbanding hidup dalam ketakutan - sehingga anda takut untuk menulis matlamat anda.
Apabila anda mengelakkan diri dari kegagalan, anda hanya merosakkan diri anda sendiri. Apabila anda melakukan kesilapan dan mengambil pelajaran di atas apa yang berlaku, potensi anda akan terus berkembang.
Sekiranya anda risau dengan mengeluarkan potensi anda sepenuhnya akan membuatkan anda menjadi tidak bermoral, anda mencipta realiti takut kepada kejayaan.
Hakikatnya anda akan sentiasa bertanggungjawab sepenuhnya terhadap hidup anda. Anda tiada pilihan selain dari memikul tanggungjawab hidup anda kepada diri anda sendiri.
Anda juga tidak boleh melarikan diri dari menerima realiti hidup anda sekarang kerana kehidupan anda pada hari ini merupakan hasil dari tindakan anda pada masa lalu.
Memikul tanggungjawab terhadap hidup anda sendiri merupakan satu perkara yang tidak boleh anda tolak.
Pilihan yang terbaik yang anda miliki sekarang ialah menggunakan potensi anda sepenuhnya dan mengambil tindakan yang boleh anda lakukan dengan sebaik-baiknya. Tumpukan perhatian terhadap apa yang anda mahukan dan bertanggungjawab dengan hasil yang anda terima dari tindakan yang anda ambil sepenuhnya.
Elakkan untuk membiarkan potensi yang ada pada anda menjadi sia-sia kerana terdapat orang dalam hidup anda beranggapan anda melakukan kesalahan sekiranya anda ingin menukar impian anda menjadi realiti.
Sekiranya anda yakin bahawa kelemahan yang terdapat pada diri anda adalah lebih baik berbanding dengan potensi yang ada pada diri anda, teruskan dengan pilihan anda untuk terus membuat pilihan yang menjauhkan anda daripada mencapai impian yang boleh dibayangkan dalam imaginasi anda.
Tidak salah untuk anda berasa tidak bahagia, terus hidup dengan menderita, dan sentiasa gelisah sepanjang masa. Jadikan diri anda selemah yang mungkin dan lihatlah diri anda secara jujur.
Sudah tentu ini bertentangan dengan apa yang anda mahu dan saya pasti anda tidak akan mengambil tindakan yang sia-sia sekiranya anda merenung kehidupan anda dengan jujur.
Adalah lebih baik anda buang semua kepercayaan palsu anda terhadap realiti hidup anda. Anda boleh memilih sama ada untuk mengubah realiti anda atau kekal dengan realiti anda sekarang.
Hapuskan semua kepercayaan anda yang tidak mendatangkan manfaat sekiranya anda ingin mengubah kehidupan anda.
Seperti mana otot-otot badan anda yang akan menjadi semakin kuat sekiranya sering dilatih, begitu juga dengan potensi yang terdapat dalam diri anda.
Semakin banyak anda mengeluarkan potensi yang terdapat dalam diri anda, semakin banyak potensi anda dapat dikeluarkan. Setiap orang mempunyai potensi yang tersendiri namun tidak menggunakan dengan skala yang sama dengan orang lain.
Anda boleh menggunakan beberapa kaedah untuk terus mengeluarkan potensi anda.
Cara yang terbaik untuk mengeluarkan potensi anda ialah dengan memiliki disiplin bagi mengatasi cabaran dam halangan yang timbul. Apabila anda melatih otot-otot anda, anda menggunakan "dumbell" yang beratnya sesuai dengan kemampuan anda.
Anda sedaya upaya menggunakan otot-otot anda sehingga anda keletihan. Namun anda perlu sedar, anda berlatih bagi menjadi lebih sihat dan kuat bukan untuk mendapat kecederaan ketika sedang berlatih.
Begitu juga dengan mengatasi cabaran yang sedang anda hadapi. Anda mencuba dengan sedaya upaya untuk berjaya walaupun ianya memerlukan anda menggunakan seluruh potensi anda.
Ini tidak bermakna anda perlu mengatasi cabaran yang melangkau keupayaan anda dan terus mencuba. Cabaran yang perlu anda atasi ialah sesuai dengan keupayaan anda dan memerlukan anda menggunakan sepenuhnya potensi anda.
Anda tidak akan tahu sejauh mana potensi anda pada hari ini sekiranya anda tidak bertindak.
Mengeluarkan potensi anda membuatkan anda semakin banyak anda menyedari kebolehan yang anda miliki. Namun demikian, sekiranya anda hanya mengatasi cabaran yang sama, ianya tidak lagi akan membuatkan anda semakin bermotivasi.
Adalah satu kesilapan sekiranya anda terburu-buru untuk menggunakan potensi anda. Sekiranya anda ingin mengubah seluruh hidup anda dalam masa satu hari, ianya adalah kesilapan.
Ianya seperti orang yang pertama kali masuk ke dalam gymnasium dan terus mengangkat besi yang seberat 300 kg. Sekali lagi, anda perlu sedar sekiranya anda masuk ke gymnasium, anda ingin menjadi lebih sihat dan kuat dan bukannya untuk mendapat kecederaan.
Anda perlu menerima realiti hidup anda sekarang dan mulakan tindakan untuk menukar realiti anda menjadi seperti yang anda inginkan.
Sekiranya anda berada pada keadaan yang sangat sukar pada masa sekarang, anda boleh mengambil tindakan yang kecil dahulu.
Contohnya anda bangun tidur lebih awal dahulu - sekurang-kurangnya 5 minit lebih awal daripada biasa. Setidak-tidaknya anda mengubah tindakan yang berbeza berbanding dengan rutin harian anda.
Kemudian anda menukar diet anda atau meluangkan lebih banyak masa untuk bersenam.
Matlamat yang besar adalah gabungan daripada matlamat-matlamat yang kecil. Anda tetapkan impian anda dan pecahkannya kepada matlamat-matlamat yang kecil.
Perjalanan seribu batu bermula daripada langkah yang pertama.
Elakkan untuk menyamakan diri anda dengan orang lain. Sekiranya anda memandang rendah terhadap diri anda sendiri, anda akan beranggapan orang lain lebih baik daripada anda.
Sekiranya anda beranggapan diri anda kuat pula, anda akan memandang rendah pada orang lain.
Tiada guna sekiranya anda membandingkan diri anda dengan orang lain dalam konteks ini. Apa yang anda perlukan ialah menerima realiti hidup anda pada hari ini dan tetapkan arah tuju anda sendiri.
Anda hanya perlu membandingkan kehidupan anda pada hari ini dengan kehidupan anda pada masa lalu.
Andaikan anda ingin meluangkan masa selama 7 jam setiap hujung minggu untuk meningkatkan kemahiran anda bagi mencapai matlamat anda pada setiap hujung minggu.
Barangkali anda juga membuat keputusan untuk terus meluangkan masa selama 7 jam setiap hujung minggu tanpa sebarang gangguan dan anda ingin melakukannya sekaligus.
Tidak salah sekiranya anda ingin melakukannya sekaligus. Masalahnya, bolehkah anda melakukannya secara konsisten?
Anda boleh mencuba untuk mencapai matlamat ini dengan hanya menggunakan masa selama satu jam setiap hari dengan aktiviti yang sama. Apabila anda telah berjaya, anda boleh meluangkan lebih banyak masa pada minggu berikutnya.
Sekiranya anda tidak mempunyai selama 1 jam pada setiap hari, kurangkan masa 1 jam kepada 5 minit pada setiap hari. Anda boleh meluangkan masa selama 5 minit pada setiap hari dengan melakukannya sebanyak 12 kali pada setiap hari.
Selain daripada dapat membuatkan anda berasa yakin dan bersemangat, ianya turut dapat membuatkan anda lebih fokus. Teruskan berlatih sehingga anda berjaya mencapai matlamat anda untuk meluangkan masa selama 7 jam setiap hujung minggu.
Bagi menjadi lebih efektif, anda boleh menetapkan jadual anda setiap kali anda bangun tidur. Ia biasanya tidak mengambil masa selama lebih 30 minit.
Apabila anda telah menetapkan jadual harian anda, anda akan dapat menikmati hari yang produktif kerana anda telah mempunyai jadual sendiri dan dapat mengukur tindakan yang anda ambil untuk mencapai matlamat anda.
Anda perlu ingat bahawa masa merupakan sumber yang tidak boleh di kitar semula. Gunakan secara bijaksana untuk mencapai matlamat anda.
Tabiat ini akan membantu anda untuk membuat jadual untuk hari esok. Selain itu juga, ianya akan membantu anda untuk membuang sikap bertangguh kerana anda sudah tahu apa yang perlu dilakukan.
Biasanya sikap bertangguh berpunca daripada melakukan sesuatu yang tidak kita suka. Apabila kita sudah mempunyai jadual, kita akan tahu kesan buruk pada hari esok akibat sikap bertangguh pada hari ini.
Perkara yang selalu kita bertangguh untuk dilakukan biasanya memberikan kesan baik sekiranya dilakukan. Sekiranya anda hilang motivasi untuk mengambil tindakan untuk mencapai matlamat anda, ini mungkin anda memaksa diri anda melebihi kemampuan anda.
Mulakan dengan tindakan yang kecil dahulu. Tindakan yang kecil secara konsisten lebih baik dari tindakan besar yang dilakukan mengikut "mood".
Apabila anda ingin mengukur keberkesanan tindakan yang anda ambil untuk mencapai matlamat anda, catatkan dahulu dalam buka nota anda bahagian-bahagian yang boleh di ukur.
Contohnya matlamat anda ialah mengurangkan berat badan, catat dahulu berat badan anda, ukur lilit pinggang anda dan sebagainya sebelum, semasa, dan selepas anda mengambil tindakan.
Ianya akan membantu anda untuk memberikan keyakinan dan mengenalpasti kesilapan tindakan yang anda ambil dalam proses anda mencapai matlamat anda. Anda tidak berada di blog ini untuk menjadi lemah dan pasif.
Anda terus membaca kerana ingin tahu rahsia bagaimana untuk menukar impian anda menjadi realiti. Bagi meningkatkan potensi anda sepenuhnya memerlukan kerja keras.
Namun ianya menjadi sangat berbaloi apabila anda telah mendapat apa yang anda inginkan. Semakin banyak anda mengeluarkan potensi daripada diri anda, semakin besar kejayaan yang anda akan terima.
Semakin dalam potensi anda yang dapat anda gali, semakin banyak harta karun yang dapat anda temui.
Anda perlu memikul sepenuhnya tanggungjawab untuk mengubah hidup anda. Masalah anda pada hari ini untuk memberi peluang kepada anda menggunakan potensi anda sepenuhnya dan bukannya untuk membuatkan anda menderita.
Sekali lagi, anda akan dapat mengeluarkan potensi lebih banyak sekiranya anda menerima realiti hidup anda pada masa sekarang.

Hukum Tarikan / Law of Attraction (LOA) Kesatuan Yang Harmoni
Setakat ini, saya sudah menulis mengenai realiti, kasih sayang, dan potensi.Sudah tiba masanya untuk anda menggabungkan semuanya menjadi kesatuan yang harmoni.
Kesatuan merupakan gabungan diantara realiti dan kasih sayang. Ianya merupakan satu kebenaran mengenai hidup anda selama ini. Kesatuan ini lahir daripada gerak hati anda.
Gerak hati anda tidak mempunyai tempat yang khusus. Ianya membentuk perasaan anda apabila ianya berkaitan dengan semua orang dan perkara dalam hidup anda dalam satu-satu masa.
Ianya merupakan kesan daripada bagaimana tahap kasih sayang tanpa syarat kepada diri anda sendiri. Apabila realiti hidup anda selari dengan gerak hati anda, hidup anda akan dapat menukar impian anda menjadi realiti kerana anda tahu tindakan yang perlu anda lakukan.
Kesatuan membuatkan anda memahami hubungan di antara diri anda dan orang lain. Kesatuan juga membuatkan hidup anda menjadi lebih baik dan turut boleh membuatkan hidup anda menjadi semakin makin buruk.
Memahami kesatuan yang harmoni akan membuatkan anda berasa gembira apabila berhubung dengan orang lain. Gerak hati anda memberikan anda perasaan tentang realiti anda dan melepasi kesedaran anda mengenai realiti anda.
Bagi memudahkan anda memahaminya, ianya merupakan perasaan anda mengenai sesuatu perkara. Pandangan anda mengenai sesuatu perkara mungkin akan merosakkan diri anda sendiri tetapi anda berasa selesa dengan perkara tersebut.
Contohnya seperti merokok, mengkritik orang lain, memandang rendah terhadap keupayaan anda sendiri dan lain-lain lagi.
Begitu juga sebaliknya sekiranya anda menerima realiti sesuatu perkara itu patut anda lakukan, ianya membuatkan anda tidak selesa untuk melakukannya. Inilah kepentingan anda menyatukan realiti, kasih sayang, dan potensi anda.
Anda mungkin pernah mengambil tindakan untuk mendapatkan apa yang anda mahu namun apa yang anda jangkakan lansung tidak berlaku dan membuatkan keadaan anda menjadi lebih teruk.
Ianya membuatkan anda merasa sedih. Begitu juga dengan orang lain. Anda tidak boleh menjadi seperti robot iaitu tidak mempunyai gerak hati.
Sepanjang hidup anda, anda telah melalui pelbagai realiti.
Contohnya realiti daripada anda masih di zaman kanak-kanak sehingga sekarang. Pengalaman yang anda lalui merupakan kunci untuk mencapai kesatuan.
Sedikit sebanyak ianya membantu anda untuk memahami orang lain. Tindakan yang anda ambil untuk terus mengubah realiti hidup anda akan terus berlaku selagi mana anda tidak berputus asa.
Anda akan mengetahui orang lain tidak berbeza dengan anda. Tetap merupakan seorang manusia biasa dan mempunyai hati dan perasaan.
Keadaan orang lain mungkin lebih teruk daripada anda atau sebaliknya. Tidak salah sekiranya anda memberikan senyuman kepada orang lain. Ianya akan membantu anda memahami bahawa diri anda dan orang lain adalah sama.
Apabila kita telah mempunyai kesatuan yang harmoni, sikap menipu diri kita sendiri akan hilang sepertimana ketidakjujuran memutuskan hubungan kita dengan orang lain.
Kebenaran akan timbul apabila kita jujur kepada diri kita sendiri dengan cara yang semulajadi. Menipu orang lain tidak berbeza dengan menipu diri kita sendiri.
Cuba anda fikirkan apakah yang akan berlaku pada diri anda sekiranya salah satu organ dalam badan anda menipu organ yang lain - ataupun memberi isyarat yang tidak tepat kepada organ yang lain?
Adakah tahap kesihatan anda sentiasa dalam keadaan yang baik?
Apabila anda berkomunikasi dengan orang lain, usahakan untuk berterus terang dan tidak berselindung. Elakkan untuk menipu atau memperdaya orang lain.
Berterus terang akan membuatkan anda seperti menerangi tempat yang gelap.
Mungkin dengan berterus terang membuatkan anda rasa takut atau malu, keadaan anda mungkin menjadi lebih teruk dengan berselindung. Orang lain juga mungkin mempunyai perkara yang disembunyikan.
Apabila anda berterus terang, sekurang-kurangnya anda tidak menipu diri anda sendiri. Sekali anda menipu diri anda sendiri, ianya akan membuatkan anda menipu dengan lebih banyak lagi.
Tahap kesatuan yang baik membuatkan anda untuk terus berbakti kepada orang lain. Ianya tidak mudah untuk dilakukan.
Sekiranya anda berada di bawah potensi sebenar anda, anda menolak tanggungjawab anda dalam kehidupan anda.
Anda menyembunyikan nilai sebenar diri anda kepada anda sendiri dan orang lain. Orang lain adalah sebahagian daripada diri anda.
Adakah anda pernah merasa benar-benar gembira dengan kejayaan orang lain?
Apa yang memisahkan diri anda dan orang lain ialah terdapat aras yang ditetapkan tanpa kawalan anda. Ianya termasuk kerakyatan, bangsa, agama,jantina, dan lain-lain yang membuatkan anda merasa orang lain tidak penting dalam hidup anda.
Bagi memiliki tahap kesatuan yang baik, anda perlu berbuat baik kepada sesiapa sahaja tanpa mengira bangsa, agama,dan budaya. Tiada seorang pun yang dapat memaksa anda untuk merasa kesatuan.
Ia hanya dapat dibuat oleh minda sedar dan separa sedar anda. Anda memilih untuk melihat dunia anda melalui perspektif kesatuan iaitu anda merupakan serpihan dari satu tubuh badan yang satu dan memikul satu tanggungjawab yang baru.
Anda dan orang lain umpama sepertu bahagian dari satu tubuh. Minda sedar dan minda separa anda hendaklah bergerak selari apabila anda berhubung dengan orang lain.
Sekiranya hanya minda separa sedar anda sahaja yang mengakui kesatuan ini, anda tidak dapat memahami realiti kehidupan anda dengan jujur.
Anda akan gagal untuk menterjemahkan kesatuan ini dalam tindakan yang akan anda ambil. Anda akan berasa bahawa orang lain merupakan pecahan daripada diri anda, anda akan mengalami kesukaran untuk menggabungkan keseluruhan serpihan diri tubuh anda.
Mungkin sukar bagi anda untuk menerima kenyataan bahawa setiap orang merupakan serpihan daripada diri anda. Adalah elok sekiranya anda mulakan secara perlahan-lahan.
Anda boleh bermula dengan logik dan gerak hati anda terlebih dahulu.
Mulakan dengan seorang individu di sekeliling anda terlebih dahulu. Kemudian anda perhatikan individu yang anda pilih dahulu.
Terdapat beberapa latihan yang boleh anda ikuti untuk mencapai kesatuan yang harmoni. Latihan yang paling mudah ialah anda luangkan sedikit masa mungkin dalam 5 atau 10 minit.
Anda bayangkan apa yang akan berlaku dalam hidup anda apabila setiap orang memiliki pemikiran yang sama dengan anda.
Bagaimana anda bertindak sekiranya anda hidup dalam dunia yang mana perkataan "saya" digantikan dengan "kita" dimana setiap tindakan yang diambil tidak akan merugikan mana-mana pihak atau tidak hanya menguntungkan satu pihak sahaja?
Bayangkan setiap orang menerima dan melakukan tanggungjawab sepenuhnya untuk memastikan setiap orang berasa gembira dan bahagia. Dunia di mana setiap orang tidak dipisahkan oleh perbezaan warna kulit , jantina, bangsa, dan pangkat.
Sekiranya anda memerlukan bantuan, akan ada individu yang memberikan bantuan dengan ikhlas. Luangkan sedikit masa untuk membiarkan minda sedar dan minda separa sedar anda untuk membina imaginasi mengenai dunia yang akan wujud.
Fikirkan bagaimana anda hidup dalam dunia yang baru anda cipta. Tumpukan perhatian bagaimana kehidupan anda berubah sekiranya setiap orang menerima dan melakukan tanggungjawab masing-masing.
Tiada orang sibuk bergosip, tiada politik pejabat, tiada orang yang menjadi batu api, dan yang membawa maksud kepadanya. Walaupun ini hanya fantasi semata-mata, ia akan membantu anda untuk memahami apakah yang dimaksudkan dengan kesatuan.
Dalam realiti hidup, ianya sedikit sebanyak akan membantu anda untuk mengubah hidup anda. Apabila anda berinteraksi dengan orang lain dengan memberikan kerjasama, tulus, dan bertolak ansur, anda kemungkinan besar akan mendapat layanan yang sama.
Apabila anda melayan orang lain sebagai seorang kawan anda atau orang yang anda sayangi, anda akan mendapati mereka bertindakbalas dengan cara yang sama.
Cara yang mudah untuk merasa perasaan kesatuan ialah meluangkan sedikit masa dengan alam semesta. Anda boleh cuba untuk duduk di tepi laut, sungai, hutan, atau sebagainya.
Walaupun anda mempunyai masa yang sedikit, ianya akan membantu anda keluar dari menenangkan fikiran anda dan membantu untuk membina hubungan dengan diri anda sendiri. Perhatikan mata haiwan yang anda nampak, sentuh pokok atau air dan rasakan tiupan angin yang menyentuh muka anda.
Ini untuk membantu anda merasakan anda dan alam semesta saling berhubungan. Apa yang anda fikirkan akan menghasilkan gelombang kepada alam semesta. Kemudian alam semesta akan
menghasilkan apa yang anda fikirkan ke dalam realiti hidup anda.
Bagi mengalami perasaan kesatuan di dalam diri anda, lakukan sentuhan fizikal dengan orang yang "halal" bagi anda.
Contohnya dengan bersalaman dengan sesiapa sahaja atau memeluk kanak-kanak. Anda tidak perlu katakan apa-apa.
Cuma katakan di dalam hati, "Saya dan awak adalah satu". Tiada perbezaan di antara anda dan orang lain.
Rasakan perasaan ini dengan sepenuhnya, tidak terhalang oleh sebarang perasaan terpisah. Hubungan fizikal yang terhasil akan meningkatkan potensi anda.
Ikatan yang terhasil akan membantu anda untuk berhubung dengan oranG lain pula. Sekiranya anda memiliki perasaan kasih sayang yang semulajadi, anda akan memahami realiti hidup anda dengan lebih baik.
Sekarang cuba anda ambil sehelai kertas A4. Kemudian buat satu garisan di tengah-tengah kertas.
Di sebelah kiri letakkan simbol positif (+) dan disebelah kanan letakkan tanda negatif (-).
Dibahagian sebelah kiri letakkan nama orang-orang yang anda rasa selesa apabila anda berjumpa dan letakkan sebab kenapa anda rasa selesa.
Manakala di sebelah kanan pula letakkan nama orang-orang yang anda tidak suka apabila anda berjumpa dan letakkan sebab kenapa anda tidak menyukai orang tersebut.
Kemudian baca senarai yang baru anda tulis dan bandingkan dengan diri anda. Kali ini bayangkan semua faktor positif dan negatif tersebut terdapat pada diri anda. Anda akan mendapat pengetahuan baru mengenai diri anda sendiri.
Ianya mungkin mengambil sedikit masa namun ianya sangat membantu anda untuk memahami bahawa orang lain tidak jauh berbeza dengan anda.
Kita biasanya cenderung untuk menceritakan apa yang kita suka mengenai diri kita kepada orang lain dan menyimpan rahsia diri kita daripada pengetahuan orang lain.
Adakah ini membantu anda untuk mengetahui tahap kasih sayang anda kepada diri sendiri?
Kesatuan dengan orang lain dan alam semesta merupakan satu perkara yang penting untuk anda kekalkan secara konsisten kerana ianya membantu anda menyedari kepentingan diri anda di dalam dunia ini.
Orang yang mempunyai kesedaran yang baik mengenai realiti kehidupan sendiri mempunyai matlamat yang jelas serta visi (melihat sesuatu yang masih tiada) dan kekal konsisten untuk menjadikan impian mereka menjadi realiti.
Orang seperti ini melatih diri mereka untuk menjadi efektif apabila berkomunikasi dan memiliki keupayaan untuk mempengaruhi orang lain melalui perkataan dan tindakan mereka.
Melalui sikap yang terbentuk, mereka dapat menukarkan impian mereka menjadi realiti dengan bantuan orang lain dan dalam jangka masa yang sama turut meningkatkan keyakinan mereka sedikit demi sedikit.
Anda turut dapat menjadikan impian anda menjadi realiti. Ianya mengambil masa bergantung kepada tingginya tahap impian anda.
Anda tidak dilahirkan dengan semua sumber yang anda perlukan. Anda memerlukan pengetahuan, pengalaman, tindakan, dan visi yang jelas untuk menjadikan impian anda menjadi realiti.
Tanpa mengira di mana kedudukan anda sekarang, anda perlu mempunyai visi yang jelas.
Sekiranya anda sentiasa melatih minda anda dengan memiliki visi, ianya akan menjadi hala tuju hidup anda.
Bukti anda memiliki visi yang jelas ialah dengan cara anda mengawal tindakan anda dan pengorbanan anda untuk sentiasa berusaha bagi menjadikan impian anda menjadi realiti.
Tindakan anda pada setiap hari akan menggambarkan keadaan hidup anda pada setiap minggu.
Sekiranya tindakan yang anda ambil pada setiap minggu mendekatkan anda untuk menukarkan impian anda menjadi realiti, ini menggambarkan anda mengambil tindakan yang betul.
Ini menunjukkan anda sentiasa fokus untuk menjadi lebih produktif dan mencari penyelesaian untuk mengubah realiti anda pada masa sekarang.
Penggunaan kata-kata ketika berkomunikasi sangat kritikal. Cara anda menyampaikan mesej anda menggambarkan kepada orang lain siapa diri anda.
Belajarlah cara untuk memberi inspirasi kepada orang lain. Perkataan merupakan satu senjata yang menghasilkan emosi dan membuatkan individu mengambil tindakan. Ini juga berlaku ketika anda bercakap dengan diri anda sendiri.
Sentiasa jujur dengan realiti anda ketika berkomunikasi namun anda juga perlu memberikan perhatian kepada hati dan perasaan orang lain.
Jadikan ini tabiat anda dalam kehidupan seharian. Anda perlu juga sentiasa mempunyai jadual sendiri dan sedia mengubah jadual anda tanpa berkompromi dengan prinsip dan nilai anda.
Situasi yang tidak anda jangka mungkin akan berlaku dan memerlukan anda mengambil tindakan yang berbeza. Anda tidak perlu memaksa diri anda untuk memiliki kesatuan yang harmoni.
Perkara yang penting ialah anda sudah mengetahui perkara mengenai kesatuan ini. Apabila anda merasakan masanya sudah tiba, anda boleh mengambil tindakan sedikit demi sedikit untuk bersatu dengan serpihan-serpihan badan anda yng lain.

Hukum Tarikan / Law of Attraction (LOA) Potensi dan Realiti

Mengeluarkan Potensi

Potensi anda sepenuhnya akan keluar sepenuhnya apabila anda menggabungkannya dengan realiti anda. Realiti tanpa potensi tidak akan mencapai apa-apa.
Manakala potensi tanpa realiti akan menghasilkan tindakan yang sia-sia. Anda akan dapat mencapai apa-apa yang anda inginkan dengan menggabungkan realiti dan potensi anda.
Sekiranya anda tidak menggunakan sepenuhnya potensi anda, anda hanya mensia-siakan hidup anda.
Anda mungkin memiliki pengetahuan untuk mengambil tindakan untuk mengubah hidup anda tetapi anda tidak melakukannya dengan bersungguh-sungguh. Anda mempunyai potensi untuk mengubah hidup anda namun hanya tinggal ilusi selagi anda tidak menggunakan sepenuhnya potensi anda.
Setiap orang mempunyai batasan namun selagi anda tidak mencuba, anda tidak akan mengetahui batasan anda.
Dengan mengeluarkan potensi anda sepenuhnya, anda bukan sahaja menerima tanggungjawab terhadap diri anda sendiri, malahan anda memikul sepenuhnya tanggungjawab untuk mengubah hidup anda.
Anda mempunyai keinginan yang jelas untuk memilih kehidupan yang anda inginkan dan anda mempunyai potensi untuk menukarkan impian anda menjadi realiti.
Hanya terdapat seorang sahaja yang mempunyai dapat mengeluarkan potensi anda iaitu diri anda sendiri. Halangan terbesar dalam kehidupan anda ialah minda anda sendiri.
Anda mempunyai kuasa mutlak untuk membuat semua pilihan dalam hidup anda.
Anda juga menentukan tindakan yang anda ambil. Anda membuat kesilapan sekiranya anda mencari orang lain untuk memikul tanggungjawab untuk mengubah hidup anda.
Orang yang bertanggungjawab untuk mengubah impian anda menjadi realiti ialah diri anda sendiri. Sama ada anda bersedia atau tidak, anda perlu bertanggungjawab.
Dalam hidup anda, tiada orang yang lebih berkuasa melainkan diri anda sendiri. Berhentilah berharap ibubapa, pasangan, rakan-rakan, dan orang lain.
Tuhan juga tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu yang berubah.
Sekiranya anda percaya orang lain yang menentukan kehidupan anda, ini bermakna anda menyerahkan tanggungjawab yang anda pikul kepada orang lain.
Setiap tindakan yang anda ambil mempunyai tujuan yang tersendiri. Setiap tindakan akan menghasilkan sesuatu realiti berdasarkan tindakan yang anda lakukan. Tidak mengambil tindakan juga merupakan satu tindakan.
Walaupun anda tidak mempunyai segala sumber untuk menukar impian anda menjadi realiti, anda tidak boleh lari dari tanggungjawab anda kepada diri anda sendiri.
Ini tidak bermakna anda perlu bertindak secara memuta tuli. Potensi yang ada dalam diri anda perlu disandarkan kepada realiti kehidupan anda sekarang.
Orang yang benar-benar memahami situasi hidup anda sekarang hanyalah diri anda sendiri. Anda boleh memilih tindakan yang boleh anda ambil berdasarkan persepsi anda mengenai sesuatu realiti.
Bagaimana anda menerima maklumat daripada 5 deria anda bergantung sepenuhnya kepada anda dan situasi anda pada masa sekarang merupakan hasilnya.
Anda mungkin mempunyai keyakinan untuk mendapatkan apa yang anda mahu atau anda juga mungkin belum bersedia untuk mendapatkan apa yang anda mahu.
Tindakan yang anda ambil sama ada menjadikan kehidupan anda menjadi bertambah baik atau buruk, membantu anda menjadi lebih realistik tentang diri anda.
Berbanding dengan hanya anda berdoa dan tidak mengambil apa-apa tindakan, anda mengambil tindakan yang sedikit sebanyak mengeluarkan potensi yang terpendam di dalam diri anda. Tidak bertindak menjadikan anda lebih mahir untuk mencipta alasan.

Anda akan mengetahui apa yang perlu anda lakukan untuk mengubah hidup anda berbanding dengan membuat keputusan untuk memuaskan hati orang lain.
Sekiranya anda tidak bersedia untuk menggunakan potensi sepenuhnya anda, anda tidak akan tahu kekuatan anda selama ini.
Sekiranya anda ragu-ragu dengan potensi anda sendiri, akan muncul orang lain dalam hidup anda yang menggunakan potensi anda untuk mengubah impian mereka menjadi realiti.
Impian anda hanya tinggal impian semata-mata dan impian orang lain bertukar menjadi realiti dengan menggunakan potensi anda. Mereka tidak bertanggungjawab untuk menjadikan impian anda menjadi realiti.
Ini untuk menunjukkan bahawa anda mempunyai potensi untuk mengubah hidup anda sendiri. Tiada sebab untuk anda mensia-siakan potensi anda. Hanya masa yang menentukan waktu untuk potensi anda keluar sepenuhnya.
Terdapat individu yang membiarkan pasangan, ibubapa, atau majikan mereka mengubah kehidupan mereka. Tugas majikan ialah membayar gaji pekerja dan bukannya membuatkan pekerja mereka bertambah kaya.
Sekiranya anda membiarkan orang lain yang bertanggungjawab untuk mengubah hidup anda, ini menunjukkan anda lari daripada realiti hidup anda dan memandang rendah terhadap potensi anda sendiri.
Ini juga akan menyebabkan minda anda berada dalam keadaan ketakutan untuk menggunakan potensi anda sepenuhnya.
Semakin banyak bantuan yang anda terima, semakin jauh anda daripada realiti hidup anda sendiri. Anda boleh hidup tanpa bergantung kepada orang lain sekiranya anda mengeluarkan potensi anda sepenuhnya.
Anda boleh luangkan masa untuk melihat kehidupan anda sendiri. Sejak dari anda bangun tidur sehingga anda bangun kembali.
Adakah kehidupan yang anda jalani sekarang merupakan apa yang anda impikan?
Sekiranya anda ingin mengubah kehidupan anda, anda perlu mengambil tindakan yang berbeza.
Cara yang sama akan menghasilkan sesuatu yang sama. Hanya orang gila yang mengharapkan hasil yang berbeza daripada tindakan yang sama.
Anda mempunyai kuasa mutlak untuk menentukan tindakan yang perlu anda ambil. Tiada orang yang boleh memaksa anda untuk mengambil tindakan.
Sekiranya anda mengambil tindakan yang berbeza, hasil yang anda dapat akan berbeza.
Sekiranya anda tidak mengambil tindakan untuk mengubah hidup anda, impian anda hanya akan tinggal impian. Potensi anda akan terpendam buat selama-lamanya.
Potensi yang digunakan berdasarkan kepada realiti adalah paling praktikal. Impian yang anda cipta akan bertukar menjadi realiti sekiranya anda mengambil tindakan yang tepat pada masa yang tepat.
Bagi mengeluarkan potensi anda, anda perlu bertanya 2 soalan kepada diri anda sendiri:
  1. Adakah pilihan yang anda buat merupakan pilihan yang betul?
  2. Adakah tindakan yang anda ambil merupakan tindakan yang tepat?
Bagi mengetahuinya jawapannya, perhatikan realiti yang anda terima setelah anda mengambil tindakan. Adakah hasil yang anda terima selari dengan keinginan anda?
Belajarlah daripada kejayaan anda dan juga kesilapan anda. Minda anda akan semakin kuat apabila berdepan dengan situasi yang sama pada masa akan datang.
Pengalaman merupakan guru yang terbaik ada kebenarannya. Potensi anda akan keluar apabila anda mempunyai realiti dan mengambil tindakan yang tepat.
Masa yang sesuai untuk mengeluarkan potensi anda adalah sekarang. Pertama, anda jelas mengenai apa yang anda mahu. Kemudian anda mengambil tindakan untuk mendapatkannya.
Apabila anda mengambil tindakan, anda akan mengetahui sejauh mana potensi yang anda miliki untuk memilih tindakan yang tepat.
Semakin hampir anda dengan matlamat anda, semakin jelas tindakan yang perlu anda ambil. Lakukan langkah demi langkah.
Walaupun anda mengambil tindakan yang kecil, minda anda akan sentiasa bekerja untuk memastikan anda mendapat apa yang anda mahu. Apabila anda konsisten dengan tindakan anda, minda anda akan semakin jelas mengetahui apa yang anda inginkan.
Anda mungkin berjaya mencapai matlamat anda dan barangkali anda juga akan gagal. Walau bagaimanapun, potensi anda semakin meningkat.
Apabila anda berjaya, anda mengetahui pilihan dan tindakan yang anda perlu ambil.
Sekiranya anda gagal, anda akan mengetahui jangkaan anda salah dan membuatkan anda lebih memahami batasan anda dengan lebih tepat untuk mencegah anda melakukan tindakan yang serupa pada masa akan datang.
Dalam keadaan normal, semua orang membenci kegagalan dan lebih teruk lagi takut untuk gagal. Cuba anda jadikan kegagalan sebagai sahabat anda.
Apabila anda gagal mendapatkan sesuatu yang anda inginkan, ianya boleh dijadikan "hasil yang tidak dijangka". Apabila anda tersalah langkah, ianya akan membuatkan anda menjadi lebih matang dan realistik.
Ia juga akan menghasilkan sesuatu yang melebihi apa yang anda jangkakan apabila anda tidak berputus asa. Adalah satu perkara yang hampir mustahil apabila anda menjadi efektif ketika anda mencuba sesuatu yang baru.
Tindakan yang anda lakukan membuatkan anda lebih berjaya atau anda mendapat pelajaran daripada kegagalan anda. Secara mudahnya, anda memerlukan persediaan untuk berjaya.
Apabila minda anda berada pada tempat yang betul, segala sumber yang anda perlukan akan muncul pada masa yang tepat.
Sekiranya anda ingin mendapatkan sesuatu yang tidak pernah anda miliki, anda perlu melakukan tindakan yang tidak pernah anda ambil.
Apabila anda menetapkan matlamat yang baru, anda perlu melaburkan masa anda yang mungkin mengambil masa bertahun-tahun untuk dicapai.
Adalah sesuatu yang kritikal untuk anda meluangkan masa yang cukup untuk diri anda sendiri bagi mendapatkan apa yang anda impikan. Minda anda memerlukan masa untuk menukar impian anda menjadi realiti.
Sekiranya anda berputus asa terlalu awal, anda tidak akan dapat menggunakan Hukum Tarikan / Law of Attraction (LOA) untuk mendapatkan apa yang anda inginkan kerana anda perlu mengeluarkan seluruh potensi anda sekiranya anda ingin menggunakan Hukum Tarikan / Law of Attraction (LOA).
Jarang orang yang dapat menggunakan Hukum Tarikan / Law of Attraction (LOA) dan hanya sedikit yang menguasai Hukum Tarikan / Law of Attraction (LOA) kerana ia hanya terhasil apabila potensi anda telah dikeluarkan sepenuhnya.
Sekiranya anda mendengar mencapai kejayaan adalah semudah ABC, larikan diri anda sepertimana anda menjauhkan diri daripada ular tedung sejauh yang boleh.
Kata-kata ini adalah lahir daripada orang yang tidak ingin anda berjaya atau ingin memperalatkan anda untuk menjadikan impian mereka menjadi realiti.
Memahami erti kejayaan dan kegagalan adalah sesuatu yang sama. Sekiranya anda gagal, ini menunjukkan anda telah mengambil tindakan dan melakukan kesilapan serta melatih diri anda sendiri.
Kejayaan akan muncul secara semulajadi apabila anda telah mengetahui cara yang salah untuk mendapatkan apa yang anda mahu.
Anda perlu bersabar apabila berdepan dengan kegagalan. Anggaplah ianya sebagai cabaran. Tidak kira walau sesukar mana pun situasi yang anda hadapi, elakkan untuk berputus asa.
Anda perlu tekun untuk mendapatkan apa yang anda mahu. Elakkan memaksa diri anda untuk mencapai kejayaan yang drastik pada peringkat permulaan. Lakukan yang terbaik apa yang boleh anda lakukan sekarang.
Ianya akan membuatkan anda memahami realiti hidup anda dengan lebih baik. Peluang untuk melakukan tindakan yang lebih baik akan muncul apabila minda anda berada di landasan yang tepat.
Anda mungkin pernah melihat atau mendengar cerita mengenai individu yang sentiasa gagal apa jua yang dilakukan tetapi masih tidak berputus asa.
Dari sudut luaran individu tersebut mungkin kelihatan sangat mustahil untuk berjaya tetapi individu tersebut masih belum menyerah. Akhirnya individu tersebut belajar apa yang perlu mereka ketahui.
Kejayaan terbesar ialah apabila individu tersebut memahami realiti hidup mereka. Apabila mereka telah menyedari realiti hidup mereka, tindakan yang mereka ambil menghasilkan sesuatu yang mereka inginkan sama ada secara perlahan-lahan atau sekaligus.
Beginilah caranya alam semesta memberikan anda isyarat apa yang perlu anda lakukan untuk mencapai apa yang anda inginkan. Alam semesta tidak akan memaafkan anda sekiranya anda tidak berubah dan berulang-ulang memberi pelajaran yang sama sehingga anda memahami pelajaran yang diberikan.
Sekiranya anda tahu apa yang anda inginkan, terimalah kenyataan bahawa apa yang anda impikan mengambil masa dan mungkin lebih lama daripada jangkaan anda.
Bebaskan diri anda daripada mentaliti bahawa keinginan anda akan datang bergolek tanpa anda mengambil tindakan yang diperlukan.
Ini juga mencerminkan anda menipu diri sendiri kerana anda tidak menerima realiti hidup anda pada masa sekarang. Semuanya bermula dengan minda anda sendiri.
Bak kata pepatah Melayu, "Jikalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya".
Apa yang perlu anda lakukan ialah elakkan membuang masa dengan perkara yang sia-sia, mengambil tindakan dengan bersungguh-sungguh, dan memahami semua pengorbanan anda akan terbayar apabila tiba saatnya. Teruskan belajar dan kembangkan potensi anda.

Keyakinan Diri

Apabila anda mula untuk menggunakan potensi anda, anda akan mendapat satu keyakinan yang baru. Anda tidak perlu memaksa diri anda sehingga menyusahkan anda untuk mengambil tindakan.
Ini bermakna anda mengeluarkan potensi yang terdapat dalam diri anda dan sesuai dengan kemampuan anda pada masa sekarang. Keyakinan anda yang terbentuk hasil daripada pengalaman anda dan bersandarkan kepada realiti anda sepenuhnya.
Keyakinan yang timbul bukanlah keyakinan yang palsu. Keyakinan diri yang tulen tidak membuatkan anda sombong atau mementingkan diri sendiri. Ianya tidak akan membuatkan anda memandang rendah terhadap keupayaan orang lain.
Apabila anda menggunakan potensi anda berasaskan realiti yang tepat, keyakinan akan muncul secara semulajadi.
Bukanlah satu perkara yang mudah untuk anda menerima realiti hidup anda sekarang berdasarkan potensi anda sekarang. Seringkali kita akan memandang rendah terhadap keupayaan kita sendiri. Akibatnya kita akan lari daripada memikul tanggungjawab terhadap diri kita sendiri.
Sudut pandang anda terhadap realiti hidup anda sekarang mungkin membuatkan anda menafikan potensi yang terpendam dalam diri anda. Namun ianya tidak dapat membuatkan anda lari dari kewajiban anda untuk memikul tanggungjawab terhadap diri anda sendiri.
Sekiranya kita menafikan realiti hidup kita, kita mencegah diri kita daripada memiliki keyakinan terhadap diri sendiri.
Keyakinan diri bermula dengan anda menerima realiti hidup anda sekarang. Bagi membina keyakinan diri, anda perlu berusaha untuk bersikap jujur terhadap diri anda dan orang lain.
Semakin anda jujur terhadap diri sendiri, semakin tepat persepsi anda mengenai realiti hidup anda. Anda berasa yakin apabila anda mampu menjangka hasil yang anda bakal terima daripada tindakan yang anda ambil.
Keyakinan diri terbentuk dalam jangka masa yang pendek dan jangka masa yang panjang. Keyakinan untuk jangka masa yang pendek untuk kejayaan yang memerlukan jangka masa yang singkat.
Contohnya ketika anda memandu kereta. Anda berasa yakin untuk memandu kereta pada hari ini kerana anda telah berulang kali memandunya.
Keyakinan untuk jangka masa yang panjang memerlukan masa yang lama untuk anda mencapai apa yang anda inginkan walaupun anda mungkin berdepan dengan kegagalan.
Keyakinan yang terbentuk dalam jangka masa yang panjang lahir apabila anda mengenal pasti bahawa kegagalan yang anda terima adalah pengalaman yang kritikal untuk anda mencapai matlamat anda.
Walaupun anda masih tidak berjaya mencapai apa yang anda inginkan, anda berasa sangat yakin bahawa anda mampu mendapatkan apa yang anda mahu selagi mana anda tidak berputus asa.
Elakkan berpura-pura anda memiliki keyakinan. Keyakinan yang terhasil ialah keyakinan palsu dan anda lansung tidak memerlukannya.
Anda tidak perlu menipu diri anda sendiri dengan keyakinan palsu walau hakikatnya anda dipenuhi dengan rasa ragu-ragu. Tiada salahnya sekiranya anda masih bersikap ragu-ragu pada mulanya dan terus mengambil tindakan mengubahnya.
Anda akan cuma dapat mehilangkan rasa ragu-ragu apabila anda mempunyai pengalaman dan keyakinan pada diri sendiri akan muncul.
Sekiranya anda perlu mengambil tindakan yang baru bagi anda dan sukar untuk dilakukan, anda seharusnya menerima kenyataan bahawa ianya satu tindakan yang sukar dilakukan.
Kemudian anda harus memahaminya ianya merupakan satu proses yang kritikal untuk anda mencapai apa yang anda inginkan.
Apabila anda menggunakan potensi anda sepenuhnya, anda akan memberikan tumpuan kepada apa yang perlu anda lakukan. Anda tidak akan membuang masa dan tenaga kepada hal yang remeh-temeh.
Ini kerana anda akan terus berusaha dan terus berusaha untuk mendapatkan apa yang anda mahu. Hanya masa yang anda perlukan untuk menukar impian anda menjadi realiti.
  1. Apakah perkara yang paling penting untuk anda?
  2. Apakah perkara yang membuang masa anda dengan sia-sia?
Kehidupan anda pada hari ini adalah hasil tindakan yang anda ambil pada masa lepas. Dalam usaha untuk mengeluatkan seluruh potensi anda, anda perlu menggunakan seluruh masa anda dengan tindakan yang dapat membantu anda mencapai apa yang anda inginkan.
Potensi yang terdapat dalam diri anda mungkin tidak dapat membantu anda mencapai apa yang anda inginkan dengan sempurna dalam jangka masa yang singkat. Namun anda dapat menjauhkan diri daripada membuang masa anda dengan tindakan yang bermakna pada anda sendiri.
  1. Apakah aktiviti yang anda lakukan setiap hari namun tidak memberi sebarang kesan positif?
  2. Apakah tindakan yang anda ambil setiap hari dan mampu mengubah hidup anda?
Apabila anda menggunakan sepenuhnya potensi anda, anda akan mampu menjadi realistik iaitu anda berpijak di bumi yang nyata dengan keadaan hidup anda sekarang.
Sekiranya tindakan anda pada hari ini tidak membantu anda untuk mendapatkan apa yang anda inginkan, anda perlu menerima kenyataan bahawa anda hanya membuang masa dan tenaga.
Anda mungkin tidak mempunyai matlamat atau mempunyai matlamat yang bermakna kepada anda. Anda hanya perlu membuat matlamat baru yang memberi makna kepada anda. Kemudian ambil tindakan yang perlu dilakukan.
Hanya dengan tindakan yang tepat secara konsisten dapat mengubah hidup anda. Tiada pilihan yang lain.
Hanya diri anda sendiri yang boleh memutuskan sama ada tindakan anda pada masa sekarang merupakan tindakan yang penting atau lansung tidak diperlukan. Anda yang membuat keputusan. Dengarlah kata hati anda.
Adakah anda merasakan satu perasaan yang memberi anda semangat untuk mendapatkan apa yang anda mahu?
Atau anda hanya berasa kosong dan merasakan potensi anda telah habis dikeluarkan?
Apakah realiti anda mengenai situasi hidup anda sekarang?
Adakah realiti hidup anda sekarang seperti yang anda mahukan atau lansung tidak seperti yang anda impikan satu ketika dahulu?
Hukum Tarikan / Law of Attraction (LOA)

Mengeluarkan Potensi Sepenuhnya

Potensi anda hanya dapat dikeluarkan sepenuhnya apabila anda memahami realiti dan keupayaan anda buat masa sekarang. Potensi anda juga akan dapat dikeluarkan secara semulajadi apabila anda jujur terhadap diri anda sendiri.
Potensi anda terbahagi kepada beberapa bahagian. Saya akan menerangkan bagaimana anda dapat mengeluarkan sepenuhnya potensi anda.
Anda hanya dapat mengubah hidup anda dengan menggunakan Hukum Tarikan / Law of Attraction (LOA) apabila anda telah jelas mengenai apa yang anda mahu tanpa mengira sama ada orang lain bersetuju ataupun tidak dengan keinginan anda.
Anda tidak dapat menarik apa yang anda mahu ke dalam hidup anda melainkan anda telah bebas dari pengaruh dari orang lain. Cara yang terbaik ialah mengabaikan keinginan yang ditetapkan oleh orang lain terhadap diri anda dengan memahami realiti hidup anda dengan jujur.
Ini akan membuatkan anda mengambil tindakan dan mengurangkan risiko dalam usaha untuk mendapatkan apa yang anda inginkan. Anda hanya dapat menggunakan kebebasan yang anda miliki dengan mengabaikan pandangan orang lain mengenai diri anda.
Contoh mudahnya seperti cara anda berpakaian, menyikat rambut dan lain-lain lagi mengenai hidup anda. Anda tidak melakukan sebarang kesalahan dengan mendengar pandangan orang lain dan anda boleh meminta pendapat orang lain mengenai diri anda.
Elakkan untuk memberi alasan atau penjelasan sekiranya anda membuat apa yang anda suka selagi mana anda tidak melanggar undang-undang. Sekiranya ada orang yang bertanya apabila anda berubah, anda hanya perlu menjawab anda suka untuk melakukannya.
Sekiranya mereka soalan mereka membuatkan anda tertekan, anda hanya perlu menjawab, "Saya menghargai perhatian awak, tetapi saya lebih suka untuk tidak menjelaskan tindakan
saya buat masa sekarang,"
atau jawapan yang membawa maksud kepada ayat ini.
Prinsip kebebasan di sini tidaklah bermaksud anda boleh melanggar undang-undang yang memberi kesan buruk terhadap anda.
Kebebasan yang dimaksudkan ialah anda bebas membuat hala tuju anda sendiri dan tidak terikat dengan mana-mana peraturan yang tidak bertulis seperti budaya tempat tinggal anda, persekitaran tempat kerja dan yang seumpamanya.
Ini sedikit sebanyak dapat memberikan anda pilihan untuk hidup bebas dengan cara yang anda mahu.
Dalam bidang ketenteraan, prinsip yang digunakan dalam bahagian perubatan ialah membahagikan pesakit kepada 3 kumpulan:
  1. Pesakit yang tetap akan meninggal dunia sama ada mendapat rawatan ataupun tidak.
  2. Pesakit yang akan tetap sembuh sama ada mendapat rawatan ataupun tidak.
  3. Pesakit yang akan sembuh sekiranya mendapat rawatan secara konsisten.
Sekiranya bekalan perubatan terhad, pegawai perubatan hanya akan memberi rawatan kepada kumpulan ke-3 terlebih dahulu dan barulah rawatan akan diberikan kepada kumpulan yang pertama dan kedua.
Prinsip perubatan ini dapat di aplikasikan oleh anda untuk menggunakan Hukum Tarikan / Law of Attraction (LOA) dengan memberikan sepenuh perhatian terhadap apa yang anda mahukan dengan mengambil tindakan yang tepat.
Dalam situasi hidup anda, anda boleh membahagikan aktiviti harian anda kepada 3 kumpulan:
  1. Tindakan yang gagal memberi kesan positif untuk mendapatkan apa yang anda mahu sama ada anda melakukannya atau tidak.
  2. Tindakan yang anda perlu lakukan setiap hari untuk hidup seperti makan, mandi dan sebagainya.
  3. Tindakan yang memberi kesan yang besar terhadap hidup anda sekiranya dilakukan secara konsisten.
Sekiranya aktiviti harian anda tertumpu anda pada kumpulan yang pertama, anda hanya berangan-angan untuk mendapatkan apa yang anda mahu kerana lebih banyak tindakan yang perlu anda ambil belum dilakukan oleh anda.
Sekiranya aktiviti anda tertumpu pada kumpulan yang ke-2, anda menghabiskan tenaga anda pada tindakan yang tidak bermakna.
Bagaimanapun, sekiranya anda menumpukan aktiviti anda pada kumpulan yang ke-3, anda akan menggunakan seluruh masa dan tenaga anda pada tindakan yang memberi kesan positif untuk mendapatkan apa yang anda mahu.
Bagi memberikan tumpuan pada tindakan yang perlu anda ambil, ianya memerlukan anda menguruskan diri anda terlebih dahulu. Ianya seperti menguruskan masa dan aktiviti harian anda.
Sekiranya anda gagal, impian anda hanya tetap tinggal impian semata-mata. Kaedah ini memerlukan anda untuk menyedari realiti situasi anda pada masa sekarang.
Adalah mudah untuk anda hilang fokus pada matlamat anda untuk jangka masa yang panjang. Anda hanya perlu bertanya pada diri anda sendiri, "Apakah tindakan yang perlu saya ambil untuk masa sekarang?" sekiranya anda mula hilang fokus.
Buatlah senarai aktiviti harian anda dan letakkan kepada 3 kumpulan aktiviti seperti diatas. Anda tahu apa yang perlu anda lakukan untuk mencapai matlamat anda. Lihat setiap hari aktiviti dan matlamat anda.
Sekiranya aktiviti anda selari dengan matlamat anda, teruskan aktiviti anda. Sekiranya anda melihat keseluruhan aktiviti hidup anda pada setiap hari, anda akan tahu hala tuju hidup anda setiap hari.
Ianya membantu untuk memudahkan anda mengurangkan masa untuk aktiviti pada kumpulan pertama (sekiranya ada) dan ke-2.
Cara yang terbaik untuk mengetahui kesan tindakan yang anda ambil ialah situasi anda pada masa sekarang.
Berbanding dengan mengikut cakap daripada orang lain atau mana-mana sumber, situasi anda pada masa sekarang merupakan bukti yang nyata mengenai tindakan yang telah anda ambil.
Sama ada hasil yang anda dapat membuatkan anda menjadi semakin baik atau sebaliknya, anda perlu jujur terhadap diri anda sendiri.
Elakkan untuk patuh kepada pendapat orang lain yang anda anggap "pakar". Anda tahu tindakan apa yang berkesan untuk anda setelah anda mengambil tindakan.
Setiap orang berbeza mengenai pengetahuan, latar belakang, dan lain-lain. Apa yang berkesan untuk orang lain mungkin tidak berkesan untuk anda dan sebaliknya.
Sekiranya anda mempunyai idea yang baru yang dapat meningkatkan kualiti hidup anda, anda boleh terus mencuba dengan mengambil tindakan mengikut idea anda sendiri.
Proses ini akan membantu anda lebih memahami realiti hidup anda. Elakkan untuk membiarkan idea baru yang datang ke dalam fikiran anda berlalu dengan sia-sia.
Anda mungkin memerlukan masa yang banyak untuk mencuba idea yang diberikan oleh orang lain. Anda boleh melaksanakan idea anda sendiri dalam masa yang singkat.
Setiap idea yang anda terima daripada orang lain, katakan daripada si A mungkin bertentangan dengan idea yang anda dapat daripada si B. Ini boleh menyebabkan anda keliru.
Dengan mencuba idea anda sendiri akan menyebabkan anda menjimatkan masa dan memahami realiti hidup anda dengan lebih tepat. Anda perlu memilih pilihan yang terbaik untuk diri anda sendiri.
Tidak menjadi satu kesalahan sekiranya anda meminta pandangan daripada orang lain. Pada akhirnya, anda sendiri yang membuat pilihan dan kesannya hanya ditanggung oleh anda sendiri.
Minda anda merupakan enjin kepada tubuh badan anda dan setiap budaya di seluruh dunia mempunyai cara yang tersendiri untuk menggunakan setiap fungsi anggota tubuh badan. Sekiranya anda mampu untuk menggunakan minda anda untuk menyembuhkan tubuh badan anda, kehidupan anda tetap tidak akan berubah.
Ini kerana peningkatan secara teknikal kepada minda anda memerlukan anda membuang rasa ragu-ragu dalam hidup anda. Minda anda mengawal berjuta-juta sel dalam tubuh anda melalui "peralatan" yang di panggil otak. Sistem imuniti di dalam tubuh anda bertanggungjawab untuk menentukan tahap kesihatan anda.
Otak anda membuat corak tertentu dalam menentukan tahap kesihatan semasa anda tidur ataupun terjaga. Ianya memutarkan memori yang tersimpan sepanjang hidup anda secara berkala - faktor yang menentukan bagaimana cara anda menerima dan menyimpan maklumat yang baru.
Sekiranya anda berjaya meningkatkan fungsi otak anda, potensi anda akan berkembang tanpa batasan. Terdapat teknologi yang dinamakan "teknologi psiko" dalam dunia psikologi. Namanya yang spesifik ialah "Brain Entrainment Technology (BET)".
BET menggunakan cahaya, suara, dan rangsangan motivasi untuk mengawal gelombang otak manusia. Teknologi BET yang paling banyak digunakan ialah "Neuro-Acoustic" / suara minda dan "Psychoacoustic" / muzik minda.
Ianya menggunakan frekuensi bunyi yang tertentu untuk mengawal gelombang minda manusia. Minda anda menghasilkan gelombang elektromagnet setiap kali bekerja.
Gelombang ini akan dapat dibaca oleh elektrod yang bersentuhan dengan kepala anda. Isyarat yang dipancarkan akan dapat dilihat pada skrin monitor yang lebih dikenali dengan nama EEG. Cahaya dan bunyi yang terdapat disekeliling otak anda dan juga aktiviti dalam otak anda turut dapat dilihat.
Gelombang yang terpapar pada skrin monitor akan berubah apabila anda mendapat pengetahuan baru, idea baru, memberikan perhatian, dan juga turut dapat mengesan suara hati anda. Teknologi BET ini dapat mengesan keseluruhan aktiviti dalam otak anda.
Bayangkan apabila anda memberi tumpuan kepada perkara yang anda inginkan. Gelombang-gelombang yang terhasil daripada otak anda apabila anda memberikan tumpuan akan memenuhi seluruh ruangan otak anda.
Tiada tempat untuk gelombang-gelombang yang dihasilkan apabila anda memikirkan sesuatu yang tidak mendatangkan kesan positif dalam hidup anda. Ianya seperti anda menukar channel TV anda.
Dalam keadaan normal, adalah sesuatu yang agak sukar untuk menggunakan Teknologi BET ini kerana sekiranya teknologi ini terdapat di Malaysia, harganya sudah tentu bukanlah murah untuk kebanyakkan orang.
Potensi anda hanya akan dikeluarkan sepenuhnya apabila anda menumpukan perhatian terhadap sesuatu perkara berdasarkan kefahaman anda mengenai realiti hidup anda.
Untuk lebih realistik, anda perlu mengurangkan tekanan dalam hidup anda, bersukan, bermeditasi, memikirkan perkara yang anda inginkan sahaja dan aktiviti-aktiviti yang seumpamanya.
Anda merupakan Jeneral dalam hidup anda sendiri. Tiada istilah kalau..., tetapi..., atau seandainya... untuk anda mengubah hidup anda.
Anda boleh terus memendamkan potensi anda buat selama-lamanya atau mengeluarkannya sekarang. Anda perlu bertanggungjawab atas apa yang berlaku dalam hidup anda. Ini memerlukan anda jujur terhadap realiti hidup anda sekarang.
Tumpukan perhatian kepada perkara paling penting dalam hidup anda. Sekiranya anda bertanggungjawab terhadap hidup anda sendiri, apakah perkara yang perlu dilakukan oleh anda pada masa sekarang?

Berani Untuk Berubah

Hukum Tarikan-Siri 11 : Berani Untuk Berubah
Keberanian hanya akan wujud apabila anda menggabungkan realiti dan potensi anda. Ianya akan membuatkan anda mengambil tindakan yang besar untuk mendapatkan apa yang anda inginkan.
Tanpa keberanian, anda tidak akan mengambil tindakan yang anda perlukan dalam proses mendapatkan apa yang anda mahu.
Impian anda hanya bertukar menjadi realiti apabila anda berani membuat impian anda sendiri dan impian anda lahir dari hati anda - bukannya diransang oleh faktor luaran seperti keinginan pihak lain, media, atau lain-lain.
Faedah utama sekiranya anda memiliki keberanian ialah anda tidak takut untuk gagal. Ini kerana anda tahu bahawa anda gagal kerana tidak melakukan atau tidak mengetahui tindakan yang tepat untuk anda mencapai matlamat anda.
Apabila anda mengetahui apa yang anda inginkan dalam jangka masa yang panjang namun anda mendapat hasil yang tidak seperti anda jangkakan, keberanian anda akan menjadi jambatan untuk anda terus melangkah mencapai impian anda.
Mungkin anda ingin memutuskan hubungan dengan pasangan anda, berhenti kerja atau lain-lain yang anda ingin lakukan tetapi masih belum bersedia kerana tidak dapat membayangkan apa yang berlaku sekiranya anda mengambil tindakan.
Dengan memiliki keberanian, anda akan mampu mengatasi cabaran yang mungkin timbul dengan tindakan yang anda ambil.
Ini kerana anda memiliki keberanian untuk mencapai apa yang anda mahukan. Keberanian memberi anda kekuatan untuk menghadapi halangan untuk mendapatkan apa yang anda mahu dalam jangka masa yang panjang.
Tanpa keberanian anda akan menjalani hidup tidak seperti yang anda inginkan - lebih teruk lagi berpura-pura bahagia.
Mungkin anda ingin berhenti kerja kerana tempat kerja anda tidak memuaskan hati anda. Mungkin juga mengekalkan hubungan dengan pasangan anda membuatkan anda hidup dalam kekecewaan.
Anda perlu berani untuk mengubah hidup anda. Anda perlu mengambil tindakan untuk mengubah hidup anda. Elakkan menungggu masa yang sesuai untuk berubah kerana masa yang sesuai untuk anda berubah ialah pada hari ini.
Sekiranya anda takut untuk mengambil tindakan bagi mengubah hidup anda, sekurang-kurangnya anda perlu membuat keputusan untuk berubah. Tiada apa yang akan berubah sekiranya anda tidak mengambil tindakan.
Sekiranya anda berharap pihak lain yang akan mengubah hidup anda, anda tidak akan dapat menggunakan Hukum Tarikan / Law of Attraction (LOA) kerana untuk menggunakan Hukum Tarikan / Law of attraction (LOA), anda memerlukan keberanian.
Hanya orang yang menipu diri-sendiri berharap pihak lain yang akan mengubah hidup mereka. Orang yang menipu diri sendiri tidak mempunyai realiti yang tepat seterusnya hati dan perasaan mereka dipenuhi dengan ketakutan.
Dengan keberanian, anda akan dapat mengatasi halangan anda selama ini. Keberanian lahir dari hati dan jiwa anda.
Sekiranya anda takut kepada bayang-bayang anda sendiri untuk mengambil tindakan, ini menandakan bahawa anda apa yang anda inginkan tidak selari dengan hati dan jiwa anda.
Dalam apa jua perkara yang anda lakukan, tanyalah kepada diri anda sendiri:
"Adakah apa yang saya inginkan selari dengan hati dan jiwa saya?"
Sekiranya anda menjawab "Tidak", anda akan dapat mengetahuinya dan anda perlu melakukan sesuatu yang lain.
Adakah anda mengetahui dari dalam hati anda bahawa apa yang anda lakukan pada hari ini merupakan tindakan yang tepat?
Sekiranya tindakan yang anda ambil tidak lahir dari kemahuan anda sendiri, sedikit demi sedikit tindakan yang anda ambil akan merosakkan anda secara perlahan-lahan.
Anda perlu sedar apabila tindakan yang anda ambil tidak selari dengan hati anda, anda tidak akan menyedarinya sehinggalah situasi hidup anda memberikan petunjuk.
Keberanian hanya akan lahir dari hati anda dan keinginan anda untuk kekal dengan realiti hidup anda sekarang membuatkan anda menjadi bertambah lemah.
Apabila anda mengikut hati anda, anda akan berda di persimpangan jalan. Ianya akan menghasilkan situasi yang tidak anda duga.
Anda akan menjadi keliru dengan tindakan yang anda ambil. Apabila anda telah menyedari bahawa tindakan yang anda ambil tidak dipengaruhi oleh hati anda, berhenti dari tindakan yang anda lakukan.
Kemudian luangkan sedikit masa untuk mengetahui apa sebenarnya yang anda ingin lakukan agar selari dengan hati anda.
Apa yang perlu dilakukan sekiranya anda tidak tahu tindakan apa yang perlu anda ambil agar selari dengan hati anda?
Sekiranya anda berada dalam situasi ini, langkah yang perlu anda ambil ialah berhenti dari apa yang sedang anda lakukan sekarang.
Kemudian anda cari tindakan apa yang sesuai dengan anda. Ini membuatkan anda menjadi berani, memiliki pengetahuan apa yang perlu anda lakukan, dan memiliki kebebasan untuk mendapatkan apa yang anda inginkan sebelum impian anda benar-benar menjadi realiti.
Keberanian membuatkan anda berdepan dengan realiti hidup anda pada masa sekarang dan mengambil tindakan untuk menukarkan impian anda menjadi realiti.
Dengan memiliki keberanian,anda berani untuk mengambil langkah pertama untuk mendekatkan diri anda kepada apa yang anda mahukan. Elakkan untuk terus menanti peluang muncul di depan anda.
Anda mengambil tindakan berdasarkan realiti anda sekarang dan konsisten dengan tindakan yang anda perlu lakukan. Gunakan sepenuhnya sumber yang anda miliki.
Adalah bagus sekiranya anda mempunyai matlamat yang spesifik. Namun sekiranya matlamat anda bukan didorong oleh hati anda sendiri, ianya akan membuatkan anda terus bertangguh untuk mengambil tindakan yang perlu anda lakukan.
Apabila anda benar-benar lapar, adakah anda:
  1. Menunggu makanan yang anda suka muncul di depan anda?
  2. Bertindak mendapatkan makanan?
Apabila anda mempunyai matlamat yang spesifik dan didorong oleh hati anda, anda akan bertindak dengan sepenuh hati untuk mendapatkan apa yang anda mahu.
Keistimewaan menggunakan kuasa Hukum Tarikan / Law of attraction (LOA) ialah ia sepenuhnya bergantung kepada diri anda sendiri.
Ketakutan biasanya menhalang anda untuk melihat peluang di depan anda. Kesilapan terbesar setiap orang bukanlah dengan kesalahan yang telah anda lakukan tetapi tidak mengambil tindakan apabila peluang telah muncul didepan mata.
Apabila anda mengambil langkah pertama, anda membuang semua ketakutan yang menyelubungi anda selama ini dan memberi tumpuan kepada peluang yang terdapat disekeliling anda.
Anda akan mendapati anda mendapat keuntungan jangka masa panjang untuk anda berbanding dengan kesan jangka pendek terhadap tindakan yang anda ambil.
Dalam jangka masa panjang, tindakan yang anda ambil mungkin menyebabkan anda kesusahan adalah lebih baik berbanding dengan hidup dalam ketakutan terhadap bayang-bayang anda sendiri.
Ketakutan untuk mengambil tindakan yang perlu anda lakukan mungkin disebabkan oleh imaginasi anda sendiri. Kesan lebih teruk ialah membuatkan anda merasa tertekan dan irihati dengan kejayaan orang lain.
Kesannya kepada anda mungkin untuk tempoh sehari, seminggu, setahun, atau sepanjang hayat anda.
Keberanian untuk anda mengambil tindakan juga mungkin membuatkan anda merasa tidak selesa untuk sementara waktu. Namun ianya memberikan anda panduan untuk terus bertindak untuk mencapai impian anda.
Cara untuk mengurangkan risiko anda ialah dengan belajar daripada orang yang mempunyai impian seperti anda dan telah mencapai impian mereka.
Keberanian memberikan anda semangat untuk menghadapi kegagalan. Ini menjadi sebab kenapa ramai orang masih tidak mencapai impian mereka kerana tidak berani mengambil risiko dan menunggu peluang muncul didepan mereka.
Ini didorong oleh rasa takut dan tamak. Tidak perlu dihairankan sekiranya anda sering mendengar mengenai skim cepat kaya.
Orang yang takut menghadapi kegagalan ialah orang yang memandang rendah terhadap diri sendiri untuk jangka masa yang panjang. Mereka menggunakan potensi mereka untuk menipu diri mereka sendiri.
Ianya boleh dihapuskan dalam masa beberapa saat sahaja dengan mula mengambil langkah pertama yang perlu dilakukan. Sekiranya anda memerlukan sesuatu, anda perlu bertindak.
Anda mungkin menghadapi dilema sama ada anda takut ditolak atau anda perlu berani untuk mengambil tindakan. Kalau anda gagal, anda masih boleh terus hidup.
Anda dapat belajar dari pengalaman anda dan menjadi semakin matang. Sekiranya anda berjaya, anda akan mendapatkan apa yang anda mahu dengan lebih cepat dengan mengambil tindakan.
Anda tidak perlu mengambil tindakan dengan tergesa-gesa. Lakukan sedikit demi sedikit.
Sekiranya orang lain tidak bersetuju dengan matlamat anda, abaikan sahaja kerana matlamat anda merupakan hak anda. Hanya anda yang memahami realiti hidup anda.
Semuanya menjadi jelas sekiranya anda jujur kepada diri sendiri. Kegagalan terbesar biasanya menjadi senjata utama untuk mencapai matlamat anda.
Kongsikan pandangan dan kemahuan anda secara terbuka. Jadikan ianya mudah difahami oleh orang lain untuk mendapatkan pandangan yang jujur.
Dengan keberanian ianya hanya mengambil sedikit masa sahaja. Anda mungkin juga akan berasa hampa namun anda telah berjaya mengeluarkan keberanian anda.
Elakkan perasaan takut gagal. Ianya akan sentiasa berlaku setiap kali anda ingin mengubah hidup anda.
Sekiranya terdapat seseorang menolak kemahuan anda, ini tidak bermaksud orang itu membenci anda. Contohnya seseorang meminta pandangan anda mengenai sesuatu makanan.
Sekiranya anda tidak bersetuju tidak membuatkan anda membenci orang yang bertanya itu.
Walaupun anda menolak pandangan seseorang itu, adakah anda merasa sedikit hormat kepada kejujuran dan keterbukaan orang yang bertanya itu?
Apabila seseorang itu mengetahui anda jujur walaupun menolak pandangan anda, mereka akan memberikan anda peluang yang lain untuk anda mendapatkan apa yang anda mahu.
Contohnya anda seorang jurujual, walaupun pelanggan anda menolak tawaran anda, anda boleh meminta mereka memberikan nama rakan-rakan mereka yang mungkin berminat dengan produk anda.
Dengan menggabungkan potensi anda, keberanian akan memberikan anda kekuatan untuk membina hubungan dengan orang yang anda perlukan.
Ini kerana keberanian memberikan anda kekuatan untuk menyedari potensi yang anda miliki. Ini membuatkan anda untuk menghormati orang lain tanpa mengira pangkat dan kedudukan kerana anda tahu kelemahan dan kekuatan yang anda miliki.
Rasa hormat pada orang lain timbul apabila anda menggabungkan realiti hidup anda dan potensi anda dikeluarkan sepenuhnya. Anda hanya dapat mengambil tindakan yang tepat apabila anda jujur terhadap realiti hidup anda.
Tindakan yang tidak tepat akan terhasil apabila anda tersilap mengenai realiti hidup anda. Dengan menghormati orang lain, anda melihat realiti yang berbeza.
Anda boleh bermula dengan menghormati diri anda sendiri terlebih dahulu. Sekiranya anda berasa malu atau tidak bermotivasi, sebab mudahnya ialah kerana anda berasa keseorangan.
Anda tidak dapat bertindak selari dengan realiti, kuasa, dan potensi yang ada di dalam diri anda.
Apabila situasi ini terjadi, anda perlu berpijak dibumi yang nyata dan memandang realiti hidup dan potensi anda dengan jujur.
Renung kembali pada masa anda berasa sangat bersemangat yang datangnya daripada diri anda sendiri dan bukannya dipengaruhi oleh faktor luaran. Dengan keberanian, anda dapat mengambil tindakan dengan pantas.

Gerak Hati

Hukum Tarikan-Siri 12 : Gerak Hati
Seperti mana perkara lain, keberanian dibina dengan latihan dan mengelakkan membazir tenaga anda untuk melakukan perkara yang tidak perlu anda lakukan. Tidak semestinya anda perlu melakukan sesuatu sekiranya anda mampu melakukannya.
Sekiranya anda meluangkan masa anda setiap hari untuk menulis senarai "To do List" atau membuat keputusan untuk memilih tindakan yang anda ingin ambil pada setiap hari, anda perlu bertanya pada diri anda sendiri:
"Apakah tindakan yang saya ambil selari dengan hati saya?"
Ini akan membantu anda untuk mengambil tindakan yang anda perlu lakukan untuk mencapai matlamat anda dengan segera sekaligus membuang sikap bertangguh.
Sekiranya anda sedang berehat dirumah anda dan sedang memikirkan apa yang ingin anda lakukan, tanya soalan ini kepada diri anda sendiri. Anda akan mengetahui dengan jelas pilihan yang anda ada.
Biarkan hati anda membantu anda untuk membuat pilihan. Apabila pilihan anda selari dengan hati anda, anda akan merasa bersemangat untuk mengambil tindakan.
Mungkin berbanding dengan menonton TV, anda berasa lebih bersemangat untuk membaca buku kerana ianya membuatkan anda lebih selesa.
Mungkin juga berbanding dengan bermain games, anda lebih bersemangat untuk berbual dengan ahli keluarga anda.
Mungkin juga berbanding untuk menyiapkan kerja anda, anda lebih bersemangat untuk membersihkan rumah anda.
Dengan menggunakan gerak hati anda, anda akan lebih bersemangat untuk mengambil tindakan.
Ini kerana anda menggunakan minda sedar dan minda separa sedar anda sekaligus. Anda tahu secara spesifik apa yang anda inginkan dan tindakan anda adalah hasil daripada minda anda.
Anda boleh menggunakan cara ini untuk membina keberanian anda sedikit demi sedikit untuk bertindak menjadikan impian anda menjadi realiti. Berbanding dengan terus mengambil tindakan drastik yang mungkin merosakkan anda, anda boleh mencuba sedikit demi sedikit.
Pertama sekali, fikirkan semua faktor yang menyebabkan anda gagal untuk mengambil tindakan. Kemudian renung kembali pada ruang yang dapat membantu anda untuk mengambil tindakan walaupun sedikit.
Sebagai contoh, sekiranya anda takut untuk mula berbual dengan orang yang tidak anda kenali, matlamat anda ialah untuk memulakan perbualan dengan orang yang tidak anda kenali.
Sekiranya sukar untuk anda untuk terus memulakan perbualan dengan orang yang tidak anda kenali, anda boleh memulakan dengan mengadakan "eye contact" dengan orang tidak anda kenali untuk beberapa saat sahaja.
Anda perlu mempunyai disiplin untuk memulakan langkah pertama walaupun ianya mungkin tindakan yang kecil. Anda boleh berlatih untuk 5-10 kali terlebih dahulu dengan tindakan yang kecil sebelum anda terus mengambil tindakan yang besar.
Anda mungkin berasa ragu-ragu untuk pertama kali mengambil tindakan yang pertama tetapi sesudah anda mengulanginya berulang-kali, anda boleh mengambil tindakan yang lebih jauh.
Dalam contoh "eye contact" tadi, selepas anda mengulanginya selama 10 kali, anda boleh menambah tindakan dengan membuat "eye contact" sambil tersenyum. Kemudian selepas anda merasa selesa, ucapkan "Hai!" pada orang yang tidak anda kenali.
Setiap tindakan yang anda ambil walaupun kecil akan memberikan pengalaman yang besar yang seterusnya akan memberikan anda keyakinan untuk lebih maju. Ketakutan yang paling besar ialah anda takut pada sesuatu yang tidak anda ketahui.
Sekiranya anda takut pada sesuatu yang tidak anda ketahui, anda perlu menambahkan pengetahuan anda. Ini kerana ketakutan anda mungkin disebabkan oleh kekurangan pengetahuan ataupun kurang pengalaman mengenai sesuatu perkara.
Andaikan anda takut untuk berpindah ke kawasan yang baru walaupun anda mempunyai kemahuan untuk berbuat demikian. Ini kerana anda tidak tahu apa yang akan berlaku selepas anda berpindah.
Anda boleh menambah pengetahuan anda dengan memahami kawasan tempat baru anda, apakah nama kawasan yang berdekatan dengan tempat baru anda, dan bersiar-siar di sekitar kawasan baru rumah anda.
Pengetahuan yang anda dapat membuatkan anda lebih berani dan membuang ketakutan anda.
Sekiranya anda pernah terlepas peluang keemasan pada masa lepas, ini mungkin disebabkan anda kurang pengetahuan ataupun pengalaman mengenai peluang yang muncul didepan anda.
Pada zaman sekarang, alasan "Saya tidak tahu" merupakan satu alasan yang agak janggal untuk diterima.
Anda boleh mendapatkan maklumat yang anda perlukan menerusi internet, buku ataupun orang lain. Sekiranya anda terhalang oleh rasa takut, anda perlu menambah pengetahuan anda sedikit demi sedikit.
Cara mudah untuk membina keberanian ialah dengan konsisten mengambil tindakan yang kecil iaitu tindakan yang hanya memerlukan sedikit keberanian anda. Ini akan membantu anda untuk mengambil tindakan yang lebih besar.
Ketakutan yang menyelubungi anda perlu dibuang untuk menukar impian anda menjadi realiti. Apabila anda memiliki keberanian, anda akan membentuk hidup anda dengan lebih baik.
Ini kerana anda hanya akan bertindak selepas risiko tindakan anda telah anda ketahui dan bukannya mengambil tindakan secara membabi-buta.
Keberanian membuatkan anda menerima realiti mengenai sesuatu perkara yang menjadi halangan kepada anda selama ini. Kemudian anda dapat mencari jalan untuk membuang halangan ini.
Tiada salahnya untuk anda berasa takut pada masa-masa yang tertentu.
Apabila anda mempunyai keberanian, anda dapat menentukan arah hidup anda tanpa bergantung kepada kemahuan orang lain. Orang yang berani akan memikul tanggungjawab terhadap hidup mereka sendiri.
Anda akan dapat terus melangkah mencapai impian anda sekiranya anda mempunyai keberanian untuk mengambil tindakan. Anda juga mungkin terlepas peluang sekiranya anda takut untuk mengambil tindakan.
Untuk menjadi lebih berjaya dan membentuk kehidupan yang lebih baik, anda perlu belajar untuk mendengar suara hati anda. Apabila anda melakukannya, anda turut boleh mempercayai orang lain.
Kita hidup didalam dunia di mana kepercayaan adalah sukar untuk dicari. Apabila anda mendengar suara hati anda, anda tidak akan menyalahkan orang lain sekiranya terjadi sesuatu yang buruk.
Keberanian merupakan satu pilihan. Untuk menjadi berani, anda perlu menghapuskan ketakutan dengan potensi yang terdapat dalam diri anda.
Apabila anda jujur tentang realiti hidup anda,anda akan mengetahui apakah yang menyebabkan anda takut untuk mengambil tindakan.

Hukum Tarikan-Siri 13 : Bakat & Sikap

Bakat dan Sikap

Apabila anda menerima realiti hidup anda, menyedari potensi anda, dan percaya kepada gerak hati anda sendiri, anda akan mendapat idea untuk menukar impian anda menjadi realiti.
Anda akan menyedari kekuatan anda dan tidak menafikan kekurangan yang ada pada diri anda sendiri.
Kita belajar bagaimana untuk melihat realiti hidup kita dengan jujur, mengambil tindakan dan sedikit demi sedikit ianya akan membantu kita untuk memahami realiti hidup kita dengan lebih tepat dan bukannya bersandar kepada harapan semata-mata atau perlu bergantung kepada orang lain.
Apabila kita mencapai tahap memahami realiti hidup yang baru, kita akan mencapai tahap kesedaran yang lebih tinggi. Ini bermaksud anda lebih memahami sebab kenapa anda masih tidak dapat menukar impian anda menjadi realiti sekarang.
Dengan potensi yang anda miliki, anda mampu memikul tanggungjawab terhadap diri anda sendiri. Dengan latihan, tindakan yang spesifik, anda mampu menukar realiti hidup anda dan menghargai kehidupan anda.
Sekiranya anda jujur terhadap diri anda sendiri, anda akan jujur ketika berbicara dengan orang lain. Ianya akan membuatkan orang lain memahami diri anda dengan lebih tepat dan dapat berhubung dengan anda secara terbuka.
Bersikap jujur terhadap diri sendiri akan membantu anda untuk lebih berani memikul tanggungjawab terhadap diri anda sendiri.
Apabila anda berinteraksi dengan orang lain, anda mungkin juga membuatkan orang lain yakin atau ragu-ragu dengan anda.
Kejujuran anda tidak akan membuatkan anda menerima apa yang anda inginkan tapi ianya lebih baik kerana ianya membuatkan orang lain tahu anda tidak berpura-pura.
Seandainya anda cenderung untuk menukar realiti hidup anda semata-mata untuk membuatkan orang lain gembira, anda menipu diri sendiri dan orang lain.
Cara terbaik ialah anda jujur kepada diri anda dan membiarkan orang lain memberi tindakbalas yang mereka inginkan. Anda tidak perlu bersetuju dengan tindakbalas mereka. Biarkan ianya berlalu.
Menerima realiti hidup anda tidak membuatkan hidup anda sempurna. Ianya membantu anda untuk melakukan sesuatu dengan cara yang terbaik yang anda mampu lakukan.
Ini akan mengubah realiti hidup anda secara perlahan-lahan. Tiada gunanya potensi yang terdapat dalam diri anda sekiranya tidak digunakan.
Sebab utama anda tidak dapat menggunakan sepenuhnya potensi anda ialah kerana anda tidak jujur terhadap realiti hidup anda sekarang.
Setelah anda memahami realiti dan potensi anda, anda secara semulajadi akan mengubah hidup anda menjadi lebih baik secara beransur-ansur berbanding membuatkan hidup anda menjadi bertambah teruk.
Ini tidak bermaksud kehidupan anda akan menjadi lebih baik dengan mendadak. Ini bermaksud anda anda mengetahui tindakan yang anda perlu ambil untuk mengubah hidup anda.
Pertama sekali anda dapat mengukur sejauh mana kemampuan anda agar dapat mencapai matlamat anda. Kedua anda mengetahui apa yang anda perlu lakukan dan membuatkan anda bersemangat untuk mengambil tindakan.
Ketiga anda hanya fokus kepada tindakan yang perlu anda lakukan dan tidak membuang masa dengan melakukan perkara yang tidak perlu anda lakukan. Ini membuatkan anda menjadi lebih produktif.
Apabila anda sudah merasakan hidup anda semakin berubah melalui realiti yang jujur dan bukannya seperti dalam cerita fantasi, anda akan merasakan tenaga anda semakin bertambah dan semangat anda semakin membara untuk mendapatkan apa yang anda inginkan.
Tanpa ragu-ragu anda menyedari bahawa anda berada pada tempat yang betul pada masa yang tepat untuk mengambil tindakan yang anda boleh lakukan apabila anda jujur terhadap diri sendiri.
Anda boleh mula melihat dunia anda dengan jujur,membina hubungan dengan orang yang menyokong anda dan mengeluarkan potensi anda.
Anda juga dapat menyedari apa masalah yang anda hadapi sekiranya anda tidak jujur terhadap diri sendiri. Ianya bermula dengan sikap anda untuk mendapatkan apa yang anda mahukan.
Bakat yang terpendam didalam diri anda akan kekal terpendam sekiranya anda tidak jujur terhadap diri sendiri.
Renungkan bagaimana kehidupan anda akan menjadi lebih tenteram sekiranya anda jujur terhadap diri anda sendiri.
Gunakan segala sumber yang anda miliki pada tempat yang dapat membantu anda menukar impian anda menjadi realiti.
Sumber yang terdapat pada anda ialah wang, masa, kesihatan, pengetahuan, kawan-kawan dan lain-lain lagi.Tiada sebab anda perlu memandang rendah terhadap diri anda sendiri.

Hukum Tarikan-Siri 14 : Potensi Tidak Terbatas

Mengeluarkan Potensi

Sikap anda adalah hasil daripada anda menggabungkan apa yang anda lihat, fikir, dan apa yang anda lakukan.
Bagi mendapatkan apa yang anda idamkan selama ini, setiap tindakan anda perlu selari dengan realiti hidup anda, hubungan anda dengan orang lain, dan kemampuan yang anda miliki.
Untuk mengambil tindakan yang tepat:
  1. Anda perlu memahami diri anda sendiri terlebih dahulu.
  2. Anda perlu menerima realiti mengenai diri anda sekarang dengan jujur dan jelas apa yang anda mahukan
  3. Anda perlu mengambil tindakan yang anda mampu terlebih dahulu.
Sekiranya anda tidak tahu apa yang perlu anda lakukan, anda boleh meminta pandangan kepada orang yang telah memiliki apa yang anda inginkan dengan bersemuka, buku, seminar, internet atau lain-lain.
Cara terbaik untuk anda melangkah menuju kepada impian anda pada situasi hidup anda sekarang ialah menilai sama ada fikiran dan tindakan anda selari dengan impian anda.
Adakah impian anda benar-benar lahir dari hati ataupun kerana mengikut kemahuan orang lain?
Anda boleh bertanyakan soalan ini dari segala sudut kehidupan anda seperti kesihatan, kewangan, sosial, agama, pendidikan, dan lain-lain.
Tindakan yang anda ambil akan lebih tepat sekiranya anda tahu secara spesifik apa yang anda benar-benar mahu.
Pertama sekali,anda perlu mempunyai pandangan yang jujur terhadap realiti hidup anda buat masa sekarang. Berikut merupakan petunjuk untuk membantu anda berpijak di bumi yang nyata.
Anda boleh menjawabnya pada setiap hari dengan menulis didalam diari / jurnal anda.

Realiti

  1. Adakah anda jujur dengan diri anda sendiri dan orang lain ataupun anda perlu menipu untuk menjawab apa-apa soalan?
  2. Apakah yang akan berlaku sekiranya anda tetap dengan cara hidup anda sekarang untuk tempoh 5,10, dan 20 tahun akan datang?

Kemampuan

  1. Adakah tindakan anda adalah tepat untuk mendapatkan apa yang anda mahu atau anda terlalu optimis atau memandang rendah kepada diri anda sendiri?
  2. Adakah anda menerima sepenuhnya realiti hidup anda sekarang atau anda perlu menipu diri anda sendiri?
  3. Apakah pengetahuan yang perlu anda tahu untuk mendapatkan apa yang anda mahu?
  4. Apakah tindakan yang telah anda ambil pada hari ini untuk mendapatkan apa yang anda mahu?

Hubungan

  1. Adakah anda meluangkan masa untuk orang lain atau anda rasa sunyi dan bersendirian?
  2. Apabila anda berkomunikasi dengan orang lain,adakah anda menunjukkan perasaan anda atau menyembunyikan perasaan anda?
  3. Adakah anda menerima diri anda sendiri dan orang lain tanpa syarat?
  4. Adakah bilangan kenalan anda semakin bertambah atau berkurang?
  5. Apakah yang anda perlu lakukan hari ini untuk menambah jumlah kenalan anda?
  6. Bagaimana anda dapat meningkatkan cara anda berinteraksi dengan orang lain?

Kuasa

  1. Adakah anda bertanggungjawab sepenuhnya terhadap hidup anda?
  2. Apakah yang benar-benar anda idamkan dan sanggup berkorban untuk mendapatkannya?
  3. Adakah anda benar-benar fokus untuk mendapatkan apa yang anda mahu atau menjauhkan diri daripada impian anda?
  4. Adakah anda meluangkan masa untuk melakukan apa yang perlu anda lakukan?
  5. Adakah anda konsisten dan bersungguh-sungguh mengambil tindakan?
  6. Apakah yang perlu anda lakukan hari ini untuk meningkatkan kebolehan anda?

Kesatuan

  1. Adakah anda menyedari bahawa anda dan orang lain adalah satu kesatuan pada setiap masa?
  2. Adakah anda merasa gembira apabila melihat orang lain gembira dan anda bersedih apabila orang lain dalam kesedihan?
  3. Adakah anda melayan orang lain dengan ramah dan mesra?
  4. Adakah anda berasa anda dan orang lain adalah satu kesatuan?
  5. Adakah anda merasa sumbangan yang anda lakukan pada orang lain sama ada kecil atau besar merupakan sesuatu yang bermakna?
  6. Apa yang perlu anda lakukan pada hari ini untuk merasai lebih banyak kesatuan?

Tanggungjawab

  1. Adakah anda bertanggungjawab terhadap hidup anda atau hanya mengikut orang lain?
  2. Adakah aktiviti harian anda menghasilkan sesuatu yang mendekatkan anda dengan impian anda?
  3. Apabila anda menghadapi halangan,adakah anda tabah atau terus mengalah?
  4. Adakah anda positif anda akan mencapai apa yang anda inginkan?
  5. Bagaimana anda dapat mengelakkan aktiviti yang menghabiskan maasa dengan sia-sia?
  6. Apa yang anda dapat lakukan pada hari ini untuk memikul lebih banyak tanggungjawab?

Keberanian

  1. Adakah anda menjalani kehidupan pada setiap hari dengan penuh keyakinan atau ketakutan?
  2. Apakah aktiviti yang anda lakukan pada hari ini selari dengan hati dan perasaan anda pada hari ini?
  3. Adakah anda bersedia mengambil tindakan yang berbeza ataupun tindakan anda hanya serupa seperti semalam untuk mencapai impian anda?
  4. Adakah anda konsisten dengan tindakan yang mencepatkan anda mencapai impian anda?
  5. Adakah anda mempunyai rasa takut untuk mengambil tindakan yang anda tahu akan mencepatkan anda mencapai impian anda?
  6. Bagaimana anda dapat meningkatkan keberanian anda hari ini untuk mengambil tindakan yang lebih tepat untuk mendapatkan apa yang anda mahu?

Sinergi

  1. Adakah tindakan anda selari dengan realiti,hubungan, dan kuasa anda?
  2. Adakah sikap anda dengan orang lain benar-benar jujur atau palsu?
  3. Adakah anda mengambil tindakan sesuai dengan kemampuan anda sekarang?
  4. Bagaimana anda dapat menjadi lebih baik dari semalam?
  5. Apa yang dapat anda lakukan pada hari ini untuk menunjukkan anda telah mengambil tindakan untuk mencapai impian anda?
Soalan-soalan ini akan membantu anda untuk mengukur sejauh mana jarak antara anda dan impian anda. Elakkan untuk bersedih sekiranya anda mempunyai banyak jawapan yang mengecewakan anda.
Anda hanya perlu berpijak di bumi yang nyata.Sekurang-kurangnya anda tahu tindakan apa perlu anda lakukan untuk mendapatkan apa yang anda inginkan. Masa depan anda bermula sekarang.
Dengan mengukur sejauh mana jarak antara anda dan impian anda, ianya akan membantu anda untuk mendapatkan apa yang anda mahu dengan lebih cepat. Ideanya mudah dan anda mampu menjadikannya sepantas yang mungkin.
Bagi setiap bahagian dalam soalan diatas, anda perlu menetapkan sasaran anda untuk setiap soalan. Sekiranya anda menjadi lebih baik dalam satu bahagian sahaja, bahagian yang lain juga akan menjadi lebih baik.
Contoh: Sekiranya anda menyedari realiti hidup anda dengan lebih tepat, keberanian anda juga akan meningkat.

Hukum Tarikan-Siri 15 : Menetapkan Sasaran

Menetapkan Matlamat

Dalam bahagian sebelum ini, saya sudah menulis bagaimana anda dapat berpijak di bumi yang nyata. Ini untuk membantu anda agar dapat mencapai apa yang anda inginkan.
Walaupun anda mungkin berasa menjadi rendah diri ketika menjawab soalan-soalan yang terdapat pada bahagian lalu, sekurang-kurangnya anda menjadi lebih realistik dan tidak bergantung kepada harapan semata-mata yang seterusnya membuatkan kehidupan anda tetap sama atau menjadi lebih teruk.
Dalam bahagian ini, saya akan membantu anda untuk menetapkan matlamat bagi setiap bahagian dalam soalan yang telah di cadangkan pada bahagian yang lalu. Anda hanya perlu membina matlamat untuk setiap bahagian soalan.
Berikut merupakan beberapa petunjuk yang anda boleh tetapkan untuk mendapatkan apa yang anda inginkan. Anda hanya perlu menetapkan satu matlamat sahaja.
Sekiranya anda yakin dapat menetapkan lebih banyak matlamat, anda boleh melakukan demikian.

Realiti

  1. Mengaku anda menipu diri sendiri atau perkara yang anda rahsiakan daripada orang lain
  2. Tuliskan apa yang anda jangkakan apa yang akan berlaku pada kehidupan anda pada 5, 10, dan 20 tahun akan datang daripada sekarang sekiranya anda tidak berubah.
  3. Menambah pengetahuan mengenai sesuatu yang anda tidak tahu atau kurang pengetahuan untuk mendapatkan apa yang anda inginkan.
  4. Bertanya pada orang yang anda rasa selesa untuk meminta pandangan mengenai realiti anda yang anda rasa salah / tidak tepat. Kemudian anda nilaikan sendiri dengan pandangan anda.
  5. Jauhkan diri dari televisyen / video / radio selama 30 hari.

Hubungan

  1. Hantar kepada seseorang kad / nota yang ditulis dengan tulisan tangan anda sendiri.
  2. Memulakan perbualan dengan seseorang yang anda rasa benci / menyampah.
  3. Ucapkan "I Love You" atau "Saya ambil berat terhadap awak" pada orang yang tidak pernah mendengar daripada anda.
  4. Memberi hadiah pada orang yang anda sayang / hargai untuk menunjukkan anda menghargai hubungan yang terjalin. Anda tidak perlu memberi hadiah yang mahal. Cukup sekadar pen, diari atau lain-lain.
  5. Ajak kawan anda yang tidak pernah ke rumah anda untuk berkunjung rumah anda.

Kuasa

  1. Tuliskan senarai baru matlamat anda untuk setiap sudut hidup anda seperti kesihatan, kewangan, pendidikan, agama, dan lain-lain.
  2. Luangkan masa sekurang-kurangnya 60 minit setiap hari untuk anda mengambil tindakan khusus untuk mencapai impian anda. Abaikan untuk melakukan tugasan yang lain dalam tempoh ini. Anda tidak perlu melakukan dalam 60 minit secara terus menerus.
  3. Mula berdoa untuk mencapai impian anda. Sekiranya anda sudah berdoa, bayangkan anda sudah mencapai impian anda.
  4. Rancang hidup anda pada hari esok bermula daripada anda bangun pagi. Ketika anda ingin tidur pada hari esok, anda tetapkan sendiri skala dari 1-10 kemampuan anda untuk mengikut rancangan anda sendiri. Anda perlu sedar bahawa orang yang tidak mempuanya perancangan akan terjatuh dalam rancangan orang lain.

Kesatuan

  1. Buat baik pada orang yang tidak pernah lansung.
  2. Kongsikan pengalaman buruk anda dengan orang lain agar orang lain juga dapat manfaat dari pengalaman buruk anda.
  3. Renungkan kembali pengalaman anda pada masa lalu sama ada anda pernah menilai seseorang secara tidak adil. Kemudian fikirkan bagaimana untuk membaiki keadaan.
  4. Luangkan sedikit masa untuk berjalan-jalan di tempat yang mengandungi tumbuhan atau tepi laut. Tenangkan fikiran anda.

Tanggungjawab

  1. Elakkan untuk mengambil tindakan yang tidak membantu anda mencapai matlamat.
  2. Lakukan sesuatu yang baru yang anda sudah lama ingin lakukan. Contohnya seperti program diet, cara baru berinteraksi dengan orang lain atau lain-lain lagi.
  3. Pakai pakaian yang anda ingin pakai dan tidak berfesyen mengikut mana-mana orang.
  4. Ajar orang lain apa yang anda tahu.

Keberanian

  1. Cari tindakan yang anda tahu anda akan mendapat banyak faedah sekiranya dilakukan tetapi anda masih tidak bertindak.
  2. Lakukan satu perkara yang anda takut untuk melakukannya pada hari ini.
  3. Senyum pada orang yang tidak anda kenali.

Sinergi

  1. Telefon seseorang yang anda kenal dan berbual dengan cara anda sendiri sepanjang masa anda berbual.
  2. Ambil kertas dan senaraikan 20 idea baru bagaimana anda dapat meningkatkan kualiti hidup anda.
  3. Perhatikan bagaimana kuasa, hubungan, dan kuasa orang lain di persekitaran anda.
Matlamat yang anda tetapkan akan membantu anda untuk menukar impian anda menjadi realiti dengan lebih cepat. Anda akan mengetahui beberapa perkara yang mudah untuk anda lakukan tetapi sukar dilakukan oleh orang lain.
Anda dapat mengukur prestasi diri anda sendiri pada setiap hari. Hari ini adalah masa yang sesuai untuk anda mendapatkan kesannya kerana tabiat anda sudah berubah walaupun seminit.
Sekiranya anda inginkan cabaran, anda boleh melakukan semua sasaran anda dalam masa 1 hari.

Hukum Tarikan-Siri 16 : Menjadi Orang Baru

Menjadi Orang Baru

Berbanding untuk mengubah mana-mana bahagian dalam hidup anda yang mungkin membuatkan anda terasa sukar untuk berubah, adalah lebih baik untuk anda memulakan tindakan yang baru di dalam kehidupan.
Ini kerana ianya akan membantu anda bertindak sesuai dengan realiti, hubungan anda dengan orang lain dan kemampuan anda pada masa sekarang.
Dengan mengambil tindakan yang baru, anda dapat mencegah masalah tindakan anda yang tidak selari dengan realiti, hubungan anda dengan orang lain dan kemampuan anda pada masa lalu.
Bayangkan anda berjumpa dengan orang yang tidak anda kenal. Anda tidak mempunyai sebarang masalah berbangkit mengenai masa lalu anda. Anda bebas untuk membina hubungan secara jujur dan ikhlas.
Anda akan dapat untuk bersikap terbuka dan keyakinan kerana anda tidak mempunyai sebarang isu dengan orang yang baru anda kenal. Anda boleh menerima pandangan kawan baru anda dan mungkin juga dapat mengajak kawan baru anda melakukan aktiviti yang anda suka bersama-sama.
Anda juga boleh menggunakan kaedah yang sama apabila anda memulakan tindakan atau aktiviti yang baru pada masa lapang anda.
Sebagai contoh, sekiranya hobi anda mengumpul barangan antik, anda boleh menambahkan pengetahuan anda dengan membaca buku mengenai barangan antik, berhubung dengan pengumpul barangan antik yang lain, atau menyediakan ruang khas dalam rumah anda untuk meletakkan koleksi barangan antik anda.
Sekiranya anda sudah mempunyai ruang khas untuk meletakkan koleksi anda, anda boleh mengubah ruang untuk meletakkan koleksi barangan antik anda.
Anda boleh juga memulakan hobi baru atau apa-apa sahaja yang akan menukar rutin harian anda. Anda juga boleh menukar makanan / minuman anda.
Selain itu, anda juga boleh menukar cara anda berjalan. Anda hanya perlu mengubah walaupun sedikit sahaja rutin harian anda.
Apabila anda memulakan aktiviti baru didalam hidup anda, anda sudah dapat mengambil tindakan yang selari dengan realiti, hubungan, dan kemampuan anda walaupun anda masih jauh dari impian anda kerana anda hanya berfikir mengenai kemampuan anda dan bukannya menggunakan sepenuhnya potensi yang anda miliki.
Elakkan untuk mengharapkan kesempurnaan. Apabila anda melakukan kesilapan, maafkanlah diri anda sendiri dan terus menukar cara anda mengambil tindakan.
Lakukan yang terbaik apa yang anda mampu dan nilaikan sendiri hasil tindakan anda. Ini kerana Hukum Tarikan / Law of Attraction (LOA) berfungsi mengikut hukum alam.
Anda menuai apa yang anda tanam. Kehidupan anda pada hari ini ialah hasil cara anda berfikir pada masa lalu. Bagi mengubah cara anda berfikir, anda perlu melakukan tindakan yang baru walaupun sedikit secara konsisten.
Anda mungkin telah mengalami beberapa siri kejayaan dan kegagalan dalam hidup anda. Apa yang perlu anda renungkan ialah:
  1. Adakah anda sudah menggunakan sepenuhnya potensi anda?
  2. Adakah kejayaan anda menjadi perangkap kepada anda bahawa potensi anda sudah digunakan sepenuhnya?
  3. Adakah kejayaan anda dicapai semata-mata untuk memenuhi kemahuan orang lain?
Perkara-perkara ini kelihatan abstrak dan anda mampu menambah soalan lain mengenai kejayaan dan kegagalan anda seperti adakah kejayaan yang anda capai adalah sesuatu yang anda inginkan atau soalan-soalan lain yang dapat membantu anda untuk mengeluarkan potensi anda sepenuhnya.
Anda perlu sedar bahawa masa lepas tidak sama dengan masa depan anda. Masa depan anda ialah hasil tindakan anda pada hari ini.
Anda boleh memilih sama ada susah kerana anda ingin berubah atau kehidupan anda dalam kesusahan kerana anda tidak berubah.

Hukum Tarikan-Siri 17 : Membentuk Tabiat Positif
Dalam setiap keadaan, anda bebas untuk memilih cara untuk anda menghabiskan masa lapang anda.
Anda boleh fokus pada diri anda sendiri untuk masa sekarang dan sedar apa yang anda lakukan sekarang. Anda juga boleh membuat perancangan untuk diri anda sendiri.
Anda boleh mengenggam tangan anda dan melihatnya. Anda boleh mengawal tubuh badan anda mengikut kemahuan anda.
Ini untuk menyedarkan anda bahawa anda boleh mengawal aktiviti fizikal didalam kehidupan anda. Dalam keadaan tertentu anda tidak dapat mengawal tubuh badan anda.
Anda renung kembali semasa anda masih di peringkat bayi, bolehkah anda mengenggam tangan anda?
Anda tidak boleh mengawal tubuh badan anda semasa anda masih di peringkat bayi. Bagaimanapun sekarang anda sudah dapat mengawal tubuh badan anda.
Anda masih mendapat manfaat hasil daripada pengalaman anda pada masa lalu. Anda masih ingat bagaimana anda belajar berjalan?
Tabiat anda pada hari ini terbentuk daripada pengalaman anda menyelesaikan masalah pada masa lalu. Apabila minda anda berfungsi untuk mendapatkan apa yang anda mahu, ianya akan menyimpan memori didalam otak anda.
Contoh lain seperti anda memandu kereta dan makan.
Adakah anda masih ingat bagaimana perasaan anda ketika anda mula belajar memandu dan makan?
Sekarang, adakah anda rasa sukar untuk memandu kenderaan dan makan?
Tabiat terbentuk bagaimana minda anda menyelesaikan masalah. Minda sedar anda sangat bagus untuk menyelesaikan masalah yang telah anda hadapi pada masa lalu.
Jadi pada masa sekarang minda sedar anda sudah menghantar isyarat kepada minda separa sedar anda bagaimana untuk menyelesaikan masalah anda - bergantung kepada pengalaman anda.
Sekiranya anda mempunyai konflik diantara minda sedar dan minda separa sedar anda, anda bebas untuk menetapkan standard baru menyelesaikan masalah dalam kehidupan anda melalui minda sedar anda.
Apa yang menjadi rutin harian anda telah diprogramkan oleh minda separa sedar anda. Anda dapat memberikan sepenuh perhatian pada apa yang telah menjadi rutin harian anda.
Sekiranya anda melakukan sesuatu yang baru, ianya sukar untuk minda separa sedar anda menyimpan memori yang baru. Anda perlu melakukannya secara berulang-ulang walaupun hanya sekali pada setiap hari.
Sehingga sekarang, minda separa sedar anda mungkin telah menyimpan memori yang tidak efektif untuk anda mendapatkan apa yang anda inginkan.
Barangkali anda telah membina memori untuk merokok sekiranya anda berada dalam keadaan tertekan. Mungkin juga anda telah menyimpan memori untuk makan secara berlebihan apabila berada dalam keadaan tertekan.
Untuk bertindak selari dengan realiti, hubungan, dan potensi anda, anda perlu menukar tabiat yang memberikan anda hasil yang negatif. Setiap tindakan akan memberi kesan kepada hidup anda.
Sekali lagi saya ingatkan bahawa kehidupan anda pada hari ini merupakan hasil tindakan anda pada masa lalu. Masa lalu tidak sama dengan masa depan.
Anda membentuk hari esok dengan apa yang anda lakukan pada hari ini.
Anda boleh mengenal pasti tabiat yang dapat memberikan kesan positif atau negatif dalam kehidupan anda. Bagi menukar tabiat anda bukanlah sesuatu yang mudah tapi bukan mustahil.

Hukum Tarikan-Siri 18 : Tabiat Dan Hubungan

Tabiat dan Hubungan

Idea untuk menggunakan sepenuhnya potensi anda ialah dengan menggunakan kebolehan anda untuk berinteraksi dengan orang lain. Anda memerlukan bantuan orang lain untuk meningkatkan peluang anda mendapat apa yang anda inginkan.
Elakkan ego menguasai anda apabila anda memerlukan bantuan orang lain. Sesuatu yang pasti ialah orang lain telah mendapat apa yang anda inginkan akan dapat membantu anda.
Berbanding dengan mengambil risiko melakukan sesuatu yang baru untuk anda, anda boleh menggunakan pengalaman dan pengetahuan orang lain. Cara mudahnya ialah anda membaca buku / artikel yang ditulis mengenai masalah yang dihadapi oleh anda.
Kemudian ambil tindakan berdasarkan apa yang anda baca. Ini contoh mudah bagaimana untuk belajar daripada pengalaman dan pengetahuan orang lain.
Anda tidak perlu berasa malu untuk meminta bantuan daripada orang-orang yang terdekat dengan anda apabila memerlukan bantuan mereka.
Anda tidak perlu untuk berasa malu untuk meminta pertolongan orang lain sekiranya anda memerlukan pertolongan orang lain. Mereka bebas sama ada untuk membantu atau tidak memberikan pertolongan kepada anda.
Anda tidak dapat mengawal orang lain. Anda juga boleh menawarkan kepada mereka dengan memberikan sumbangan dengan apa yang miliki seperti wang, tenaga, kemahiran / masa atau lain-lain sebagai bukti bahawa anda memang memerlukan bantuan mereka.
Dengan meluangkan sedikit masa anda untuk meminta bantuan orang lain, anda sedikit sebanyak dapat mengambil tindakan yang tepat yang boleh mengelakkan anda membuang masa dengan lebih banyak untuk mengetahui langkah yang tepat bagi mendapatkan apa yang anda inginkan.
Lebih teruk lagi anda mungkin berputus asa sekiranya tidak mengetahui maklumat yang tepat. Anda boleh mengambil langkah ini untuk menyertai persatuan atau komuniti di tempat anda.
Persatuan atau komuniti yang saya maksudkan ialah sekumpulan orang yang mempunyai matlamat yang sama dan sering mengadakan perjumpaan sama ada secara online atau off-line.
Anda akan mendapati banyak pengetahuan yang anda perolehi dengan menyertai komuniti seperti ini. Anda juga mungkin akan terkejut dengan sokongan yang anda terima daripada orang lain dengan menyertai komuniti yang mempunyai matlamat yang sama dengan anda.
Anda perlu bertanya kepada diri anda sendiri sama ada anda memerlukan bantuan dari orang lain atau tidak. Adakah anda dikelilingi oleh orang yang menyokong anda untuk mencapai apa yang anda idamkan?
Adalah sesuatu yang kritikal untuk anda menilai keadaan sosial anda. Tabiat anda sedikit sebanyak terbentuk daripada orang di sekeliling anda.
Berhenti untuk melakukan semua yang perlu anda lakukan secara bersendirian. Anda boleh mendapatkan kenalan yang baru melalui penyertaan dalam persatuan atau komuniti.
Tabiat ini akan membantu anda dengan cara yang tidak pernah anda bayangkan. Anda boleh mengubah hidup anda dengan mengubah rangkaian sosial anda.

Hukum Tarikan-Siri 19 : Tabiat Dan Kuasa

Tabiat dan Kuasa

Kuasa merupakan sesuatu yang diperlukan apabila anda ingin menukar tabiat anda. Maksud kuasa ialah "kebolehan untuk bertindak".
Bagi mengubah tabiat anda, anda perlu memberi sepenuh tumpuan kepada hasil yang anda inginkan dan konsisten dengan usaha anda. Semakin anda berdisiplin, semakin mudah untuk anda mengubah tabiat anda.
Anda perlu sedar bahawa anda bertanggungjawab sepenuhnya atas apa yang berlaku dalam hidup anda. Sama ada tabiat anda membantu anda atau merosakkan anda.
Anda perlu bertanggungjawab terhadap diri anda. Oleh sebab tabiat anda menentukan hidup anda, anda perlu memiliki tabiat yang dapat membantu anda.
Anda perlu menumpukan usaha untuk menukar tabiat anda agar anda dapat menggunakan sepenuhnya kuasa yang ada pada anda. Pada awalnya, anda mungkin tidak bersedia untuk menukar tabiat anda.
Sekiranya anda mempunyai kemampuan, anda boleh membeli buku-buku untuk menukar tabiat anda. Lakukan apa yang termampu oleh anda untuk membentuk tabiat yang dapat membantu anda menukar impian anda menjadi realiti.
Sekiranya anda bertindak dengan tepat, anda tahu apa hasil yang anda boleh jangkakan daripada tabiat anda.
Setelah pengetahuan anda meningkat,anda boleh menggunakan kuasa anda untuk bertindak bagi mendapatkan apa yang anda mahu.
Sebagai contoh, anda ingin menukar tabiat makan dan mengurangkan berat badan anda. Anda boleh menggunakan kuasa yang ada pada anda untuk:
  • Mengamalkan diet yang tertentu.
  • Mengekalkan menu harian.
  • Menambah makanan harian anda dengan buah-buahan dan sayur.
  • Menjauhkan diri daripada makanan ringan.
  • Belajar resepi memasak makanan yang dapat membantu anda untuk kurus.
  • Mengelakkan diri untuk makan sambil menonton TV.
  • Menyertai komuniti yang bertujuan mengurangkan berat badan.
  • Membeli penimbang berat badan yang baru.
  • Menggunakan gambar model yang ideal untuk memberikan anda motivasi.
  • Membuat carta yang membantu anda untuk merekod usaha anda.
  • dan lain-lain lagi.
Anda akan mengetahui apa yang perlu anda lakukan dengan mempunyai pengetahuan mengenai apa yang perlu anda lakukan sebelum anda memulakan langkah pertama untuk mencapai keinginan anda.
Anda dapat menumpukan sepenuhnya kuasa yang ada pada anda untuk menentukan tindakan yang anda perlu ambil. Anda telah membuat persediaan yang cukup untuk mengambil tindakan.
Apabila anda ingin mengambil tindakan, kuasa yang ada dalam diri anda akan benar-benar teruji.
Adakah anda boleh membuang tabiat anda yang lama apabila anda tahu ianya tidak membantu anda mendapatkan apa yang anda mahu?
Tabiat anda juga mendatangkan kesan kepada orang lain sama ada baik atau buruk. Luangkan sedikit masa untuk menilai kesan tindakan yang anda ambil kepada orang lain di sekeliling anda.
Lebih-lebih lagi sekiranya anda masih muda dan mengambil tindakan secara bersendirian akan memberikan kesan kesan kepada keluarga anda.
Sekiranya anda sudah berkeluarga dan mempunyai anak, tabiat anda akan diikuti oleh anak-anak anda.
Apabila kita berinteraksi dengan orang lain, kita mengajar mereka bagaimana untuk bertindak sama ada kita menyedari atau tidak. Seorang yang mempunyai tabiat yang buruk boleh merosakkan sesebuah organisasi.
Sebagai contoh ialah organisasi tempat anda bekerja. Seorang yang mempunyai sikap negatif akan mempengaruhi pekerja-pekerja yang lain.
Anda perlu sedar bahawa melalui tabiat anda, anda juga mendatangkan kesan sama ada baik atau buruk kepada komuniti tempat anda hidup.

Hukum Tarikan-Siri 20 : Tabiat Dan Keberanian

Tabiat dan Keberanian

Dalam usaha anda untuk menukarkan impian anda menjadi realiti, anda akan berdepan dengan pelbagai cabaran. Sekiranya anda terus bertindak, tindakan anda akan memberikan banyak faedah.
Anda boleh bertanya kepada diri anda sendiri untuk mengetahui apakah tabiat yang terbaik untuk anda:
  • Adakah tabiat anda selari dengan hati dan perasaan anda?
  • Apakah tabiat yang mencegah anda untuk mendapatkan apa yang anda inginkan?
Elakkan untuk menunggu tabiat anda berubah dengan sendiri atau tabiat buruk anda akan hilang tanpa anda sendiri yang berusaha.
Anda perlu mengambil langkah pertama untuk menukar tabiat anda yang dapat membantu anda mendapatkan apa yang anda mahu.
Anda boleh mengambil tindakan yang selari dengan hati anda dan membuang tabiat yang tidak selari dengan hati dan perasaan anda.
Anda perlu sentiasa terbuka untuk mengubah tabiat anda. Cuba tanya kepada diri anda sendiri:
  • Adakah tabiat anda menunjukkan diri anda yang sebenar?
  • Adakah tabiat yang ada pada anda turut dimiliki oleh orang yang telah mendapat apa yang anda inginkan?
Sekiranya ada sebahagian daripada tabiat anda tidak lahir dari hati dan perasaan anda, anda perlu mengubahnya dengan tabiat yang benar-benar lahir dari hati dan perasaan anda.
Bukan menjadi satu perkara yang mudah untuk anda menukar tabiat anda namun ianya sesuatu yang wajib dilakukan sekiranya anda ingin mengubah hidup anda.
Sekarang apa yang perlu anda lakukan ialah untuk menentukan tabiat yang dapat membantu anda yang selari dengan hati, perasaan,realiti hidup, hubungan, dan kuasa anda.
Tabiat yang cemerlang membuatkan anda dapat melangkah dengan lebih pantas untuk mencapai cita-cita anda. Apabila tabiat anda selari dengan apa yang anda impikan, hasil yang anda akan terima akan mengejutkan anda.
Setiap tabiat anda akan membantu atau menjauhkan anda dari mendapatkan apa yang anda mahu.
Perlu diingatkan bahawa orang yang paling berkuasa dalam hidup anda ialah diri anda sendiri. Anda boleh memilih tabiat apakah yang perlu ada pada anda dan tabiat mana yang perlu di buang.
Berikut merupakan beberapa cadangan tabiat yang bagus untuk dimiliki oleh anda:
  • Buat senarai tindakan yang perlu dilakukan pada setiap hari (to-do-list). Pilih apa yang anda ingin lakukan dan lakukannya. Tanpa matlamat bertulis, anda akan mudah hilang fokus.
  • Lakukan perkara yang anda tidak suka untuk melakukannya tapi perlu anda lakukan pada awal pagi.
  • Walaupun tindakan yang anda ambil merupakan satu perkara yang kecil, ianya akan membantu anda untuk menjadi lebih produktif dan ceria sepanjang hari.
  • Cari masa yang anda rasakan dapat menjadi produktif pada setiap hari. Maksudnya adakah anda menjadi produktif pada waktu pagi, petang, malam,atau tengah malam? Kemudian lakukan perkara yang perlu anda lakukan pada masa produktif anda. Lakukan tugas yang kecil semasa anda menjadi kurang produktif.
  • Fokuskan untuk melakukan hanya satu kerja pada satu-satu masa. Elakkan sebarang gangguan.
  • Apabila mula melakukan tugas anda, tetapkan sasaran bahawa anda hanya boleh berehat apabila telah menyiapkan tugas anda pada tahap yang tertentu yang anda tetapkan sendiri.
  • Apabila anda melakukan tugas anda, tetapkan masa yang tetap untuk menyiapkannya. Contohnya anda menetapkan masa selama 30 minit untuk menyiapkan satu-satu tugas. Bagi skala yang lebih besar, anda boleh menetapkan untuk menyiapkan kerja anda dalam masa 72 jam dan rehat 12 jam. Skala ini sesuai sekiranya anda bekerja sendiri / memiliki perniagaan sendiri.
  • Elakkan untuk membuat/menjawab panggilan telefon atau bergerak dari tempat anda membuat kerja semasa anda menyiapkan tugasan anda.
  • Bangun pada awal pagi untuk menyiapkan tugasan yang penting. Contohnya bangun pada jam 5.00 pagi dan terus menyiapkan kerja anda. Anda memiliki peluang untuk menyiapkan kerja anda sehingga jam 8.00 pagi. Anda akan menjadi lebih produktif berbanding dengan orang lain.
  • Lakukan tugas-tugas yang remeh atau kecil dalam masa 15-30 minit sebelum anda menyiapkan tugasan yang kritikal. Ini untuk membantu anda berada dalam "mood" bekerja semasa menyiapkan tugasan anda yang kritikal.
  • Tukar tempo aktiviti harian anda. Contohnya, anda berjalan, membaca, dan menulis dengan lebih cepat.
  • Elakkan berasa tertekan dengan bekerja dalam suasana yang bersih dan kemas.
  • Gunakan Prinsip Pareto iaitu 80% daripada nilai kerja anda datangnya daripada 20% kerja anda. Tumpukan tenaga anda kepada 20% kerja anda yang kritikal.
  • Elakkan untuk bertangguh dengan mengambil tindakan sebaik sahaja menetapkan matlamat.
  • Anda tahu dengan jelas apa tindakan yang anda perlu anda ambil untuk mencapai apa sahaja matlamat anda.
  • Tetapkan "deadline" untuk kerja anda dan jadikan ianya sebagai standard untuk membantu anda kekal fokus menyiapkan kerja anda.
  • Sentiasa datang tepat pada waktunya apabila anda mempunyai temujanji dengan orang lain. Elakkan orang lain terpaksa menunggu anda.
  • Bayangkan kerja anda sudah siap apabila anda mula menyiapkannya. Ini untuk membantu anda untuk kekal bersemangat semasa menyiapkan kerja anda.
  • Berikan ganjaran kepada diri anda sendiri apabila anda telah menyiapkan kerja anda. Contohnya seperti menonton filem, pergi ke spa, atau meluangkan masa pergi ke mana-mana yang anda mahu bersama keluarga.
  • Siapkan kerja hakiki anda terlebih dahulu sebelum anda menyiapkan kerja yang lain. (Untuk orang yang sudah mempunyai kerja tetap tetapi menambah pendapatan dengan bekerja dengan pihak lain atau memiliki perniagaan secara part-time)
  • Apabila anda sudah menyiapkan semua kerja anda, kenal pasti tugasan yang perlu anda lakukan pada hari esok dan buat persediaan yang secukupnya.
  • Bahagikan tugasan yang besar kepada beberapa tugasan yang kecil. Siapkan tugasan anda satu demi satu.
  • Apabila anda mula bekerja, siapkan sehingga 100% siap. Elakkan untuk menhubah apa yang anda lakukan semasa anda menyiapkan kerja anda. Apabila anda hilang fokus, tuliskan di atas kertas apa yang menggangu anda.
  • Sekiranya anda mempunyai kemampuan, agihkan tugasan anda kepada orang lain yang dapat melakukannya lebih baik dari anda.
  • Belajar sesuatu yang tidak pernah anda ketahui yang tiada kaitan dengan kerja anda. Anda akan mendapat idea baru untuk meningkatkan produktiviti anda. Ianya seperti belajar seni mempertahankan diri, bahasa asing, atau bermain catur. Ianya akan turut mengembangkan rangkaian sosial anda.
  • Dengar dan ikut suara hati anda.
  • Kenal pasti aktiviti yang anda lakukan pada setiap hari. Tuliskan di atas kertas kemudian analisis aktiviti harian anda. Anda mungkin dapat menjadi lebih efektif dengan menyusun kembali aktiviti anda.
  • Tetapkan masa pada setiap hari untuk menyiapkan tugas yang spesifik. Ianya seperti anda menetapkan satu jam pada setiap hari untuk berjogging, membaca buku, atau menonton tv bersama keluarga.
Luangkan sedikit masa untuk mengenal pasti tabiat apakah yang dapat membantu untuk mengubah hidup anda dan orang lain.
Sebagai contoh, dengan tabiat suka membaca, saya dapat berkongsi pengetahuan saya dengan anda. Biasanya, untuk menjadikan tabiat anda sesuatu yang bermakna ialah dengan berkongsi dengan orang lain hasil daripada tabiat anda.

Hukum Tarikan-Siri 21 : Membuang Tabiat Negatif

Membuang Tabiat Negatif

"Saya ingin berubah tapi saya sering gagal untuk berubah,"
Adakah ini sesuatu yang sering diungkap oleh anda apabila ingin berubah?
Ramai orang ingin menukar tabiat mereka tapi gagal kerana kurang bersemangat untuk berubah - semua tabiat walaupun tahu ianya akan menyusahkan anda.
Anda perlu sedar bahawa tabiat anda menentukan kehidupan anda.
Sering kita temui di dalam internet atau dunia nyata, para peniaga sering menjual produk atau servis dengan memberi kita peluang selama 30 hari untuk mencuba produk atau menjamin pulangan wang.
Apabila habis tempoh percubaan atau jaminan, kita sendiri yang menentukan sama ada produk yang ditawarkan benar-benar memenuhi keperluan kita atau tidak.
Anda juga boleh mempraktikkan konsep ini dalam hidup anda. Maksud saya ialah memberi tempoh masa kepada diri anda selama 30 hari untuk menukar tabiat anda.
Sekiranya berjaya mengubah hidup anda, anda boleh terus menjadikan tabiat baru anda untuk menjadi sebahagian daripada tabiat anda.
Perkara yang paling sukar untuk mengubah tabiat anda ialah dalam tempoh sebulan yang pertama terutamanya untuk 7 hari yang pertama.
Sekiranya anda berjaya mengubah tabiat anda dalam tempoh 30 hari yang pertama, anda menjadi mudah untuk mengubah tabiat anda untuk hari yang seterusnya.
Apabila anda membuat keputusan untuk mengubah tabiat anda, beri peluang kepada diri anda selama 30 hari untuk berubah agar anda tidak berasa tertekan.
Selepas 30 hari, anda bebas untuk kembali kepada tabiat lama anda ataupun tidak. Ianya hanya mengambil masa selama 30 hari daripada keseluruhan umur anda.
Apa salahnya untuk anda mencuba?
Anda tidak rugi apa-apa tetapi mempunyai peluang untuk mengubah hidup anda buat selama-lamanya.
Berikut merupakan cadangan untuk anda berubah dalam masa 30 hari akan datang:
  • Melakukan senaman - cukup sekadar berjogging walaupun sekejap.
  • Tidak makan pada waktu malam.
  • Tidak menonton televisyen.
  • Berhenti Merokok.
  • Bangun tidur pada jam 5 pagi.
  • Menulis to-do-list pada setiap hari.
  • Dan lain-lain lagi
Bayangkan dalam masa 30 hari ini anda mencabar diri anda sendiri. Anda hanya perlu membuktikan kepada diri anda sendiri.
Anda melakukan ujian ini untuk menguji kebolehan diri anda. Anda memerlukan disiplin dalam masa 30 hari ini.
Anda akan berhenti sekiranya hasil yang anda harapkan tidak seperti yang anda inginkan. Sebarang rasa susah atau pengorbanan yang anda lakukan hanyalah sementara sahaja.
Anda boleh kembali kepada tabiat lama anda pada hari yang ke-31. Apakah yang akan berlaku dalam masa 30 hari ini?
Pertama, anda boleh memiliki tabiat yang baru dalam hidup anda dan memudahkan anda untuk berubah. Kedua, anda akan menghilangkan tabiat anda yang tidak membantu anda untuk mendapat apa yang anda inginkan.
Peluang untuk tabiat lama yang merosakkan anda akan hilang secara perlahan-lahan.
Ketiga, impian yang anda impikan akan menjelma di depan anda pada hari yang ke-30. Ini kerana tabiat anda pada hari ini menentukan kehidupan anda pada masa depan.
Keyakinan anda akan semakin meningkat pada hari yang ke-30 kerana anda mengetahui bahawa anda semakin dekat dengan impian anda. Sekiranya anda berhasrat ingin meneruskan tabiat yang anda praktikkan dalam masa 30 hari ini, anda dapat meneruskannya dengan lebih mudah.
Sekiranya anda tidak bersedia lagi untuk mengubah tabiat anda dalam masa 30 hari, anda boleh memberikan masa kepada diri anda sendiri untuk berubah dalam masa 60 atau 90 hari.
Ianya juga dapat membantu anda sedikit demi sedikit.
Contohnya, sekiranya anda sering bangun pukul 7 pagi, mungkin sukar untuk anda bangun pada 5 pagi.
Anda boleh menetapkan jam loceng anda pada jam 6.59 pagi pada malam ini. Malam esok jam 6.58 pagi dan begitulah seterusnya yang berlaku pada setiap hari dengan mengurangkan seminit sahaja masa untuk anda bangun tidur.
Sekiranya masih sukar untuk anda, anda boleh menetapkan untuk bangun tidur pada jam 6.59 pagi pada minggu ini. Minggu hadapan anda bangun 6.58 pagi dan seterusnya.
Apabila tiba masanya, anda akan berjaya bangun jam 5 pagi.
Kuncinya ialah untuk menukar tabiat anda pada hari ini. Anda juga boleh menggunakan pendekatan yang lain sesuai dengan keperluan anda.
Contohnya anda ingin berhenti merokok. Mungkin sukar untuk anda untuk berhenti secara
mendadak.
Anda boleh tetapkan sendiri berapa batang rokok untuk anda hisap pada hari esok. Sekiranya hari ini 20 batang, anda boleh tetapkan untuk hanya merokok sebanyak 19 batang pada hari esok dan seterusnya.
Andainya ini sukar untuk anda, seperti yang telah saya terangkan sebelum ini, anda boleh menetapkan untuk hanya merokok sebanyak 19 batang sehari pada minggu ini.
Kaedah untuk tempoh 30 hari ini sesuai untuk tabiat yang sentiasa anda lakukan pada setiap hari. Sekiranya anda benar-benar ingin mengubah tabiat anda, anda perlu membuat keputusan yang lahir dari hati untuk berubah.
Tiada gunanya untuk anda menukar tabiat anda sekiranya anda tidak ingin berubah. Tanya kepada diri anda sendiri sama ada anda benar-benar ingin berubah ataupun tidak.

Hukum Tarikan-Siri 22 : Tips Berubah Dalam 30 Hari

Berubah dalam 30 hari

Berikut merupakan tips-tips yang boleh membantu anda mengubah tabiat dengan lebih mudah:
  • Tidak menonton rancangan kegemaran anda dalam masa 30 hari.
  • Mengelakkan untuk membuang masa dengan sia-sia apabila melayari internet.
  • Sentiasa bercukur setiap hari sekiranya anda lelaki.
  • Memotong rambut dengan gaya yang berbeza.
  • Perkenalkan diri anda pada orang yang tidak anda kenali pada setiap hari.
  • Lakukan sesuatu yang berbeza pada waktu petang sekiranya anda mempunyai peluang.
  • Bersihkan rumah atau pejabat selama 30 minit setiap hari.
  • Elakkan untuk ketagih kepada rokok, makanan ringan, minuman berkafein dan yang seumpamanya.
  • Bangun tidur lebih awal daripada biasa.
  • Membaca buku selama satu jam setiap hari.
  • Cari 10 perkataan dalam bahasa asing setiap hari.
  • Meditasi sekali atau dua kali setiap hari.
  • Tuliskan apa yang berlaku pada anda sepanjang hari apabila ingin tidur.
  • Tidak mendengar lagu-lagu sedih.
  • Tidak menonton filem-filem seram.
Ianya bergantung kepada anda untuk memilih sebilangan daripada tips-tips ini ataupun melakukan semuanya sekaligus. Anda perlu ingat bahawa kehidupan anda pada hari ini dibentuk oleh tabiat anda pada masa lalu.
Saya nasihatkan anda untuk hanya mengubah 3 tabiat anda dalam masa 30 hari percubaan seperti berdiet atau melakukan senaman. Apabila anda ingin berubah secara mendadak, anda mungkin terasa sukar dan kembali kepada tabiat lama anda.
Anda akan semakin mudah untuk berubah sekiranya anda mengajak kawan-kawan anda untuk melakukan apa yang fikirkan perlu untuk menukar tabiat anda. Selain itu, ianya dapat mengeratkan silaturahim.
Percubaan selama 30 hari adalah praktikal dan mudah untuk dilakukan. Apabila anda fokus hanya untuk memilih satu pendekatan sahaja dalam masa 30 hari, ianya menjadikan anda lebih mudah untuk mengubah tabiat anda.
Anda pilih sahaja mana-mana tabiat yang anda ingin ubah dan alaminya sendiri bagaimana memiliki tabiat yang baru. Anda boleh bermula sekarang.
Bertindak sekarang akan memudahkan anda untuk mengubah tabiat anda.
Berbanding dengan mengubah semua tabiat buruk anda dalam masa satu hari, adalah lebih mudah untuk tetapkan sasaran walaupun kecil tetapi membantu anda menuju kepada apa yang anda inginkan.
Setelah anda selesa dengan perubahan yang kecil, anda boleh terus untuk mengubah tabiat anda yang lain.
Tindakan yang kecil tapi berhasil adalah jauh lebih baik daripada tindakan yang drastik tapi sia-sia.
Contohnya, sekiranya anda ingin mengurangkan berat badan, pertama sekali anda perlu sedar berapa kali anda makan dalam masa satu hari, tempat anda makan, dan apa yang anda makan.
Kemudian pendekkan masa untuk anda berada di tempat yang anda selalu makan. Katakan anda selalu makan di depan televisyen, kurangkan masa selama 25% setiap hari untuk berada di depan televisyen.
Anda juga boleh menukar makanan apa yang anda makan setiap hari. Lakukan sedikit demi sedikit dalam masa 30 hari sahaja.
Kaedah untuk tempoh 30 hari ini sesuai untuk tabiat yang sentiasa anda lakukan pada setiap hari. Sekiranya anda benar-benar ingin mengubah tabiat anda, anda perlu membuat keputusan yang lahir dari hati untuk berubah.
Tiada gunanya untuk anda menukar tabiat anda sekiranya anda tidak ingin berubah. Tanya kepada diri anda sendiri sama ada anda benar-benar ingin berubah ataupun tidak.

Hukum Tarikan-Siri 23 : Tabiat dan Kesatuan
Kesatuan mengajar kita bahawa kita semua merupakan role-model. Apabila kita berinteraksi dengan orang lain, kita mengajar mereka bagaimana untuk bertinda kbalas sama ada kita menyedarinya atau tidak.
Tabiat anda akan mendatang kesan baik atau buruk kepada diri anda dan juga orang lain.
Contohnya, seseorang yang mempunyai tabiat untuk meminum arak. Tabiatnya juga memberi kesan kepada orang lain seperti memandu dalam keadaan mabuk dan menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya.
Kita bukan sekadar perlu bertanggungjawab kepada diri kita sendiri bahkan kepada orang lain juga.
Berbanding dengan hidup yang hanya mementingkan diri sendiri, anda boleh membina tabiat yang dapat membantu orang lain agar dapt hidup dengan lebih baik.
Anda boleh mencari peluang untuk membantu orang lain dengan memberikan bantuan dari segi masa, pengetahuan, tindakan, atau wang.
Selain itu, anda boleh menjadi sukarelawan di dalam komuniti anda. Sebagai contohnya, saya berkongsi pengetahuan saya dengan blog ini dengan harapan ianya sedikit sebanyak dapat membantu anda.
Anda boleh memilih tabiat yang sesuai dengan anda untuk mengalami pengalaman tentang kesatuan. Anda juga boleh pergi ke dalam hutan atau tempat-tempat semulajadi yang lain untuk mengalami kesatuan.
Anda turut boleh senyum kepada sesiapa semasa anda pergi ke tempat kerja. Tujuannya ialah untuk anda menyedari bahawa anda tidak bersendirian di dalam dunia ini.
Bagi menggantikan tabiat buruk anda dengan tabiat yang lain adalah satu keputusan yang baik. Berikut
merupakan cadangan tabiat yang dapat membantu anda untuk mengubah tabiat anda:
  • Lakukan satu tabiat apabila anda sudah melakukan sesuatu. Contohnya seperti membaca buku selepas anda makan tengah hari.
  • Tidak menonton TV ketika sedang makan.
  • Apabila anda membeli barang secara online dan perkhidmatannya memuaskan hati anda, hantar text ucapan terima kasih.
  • Tingkatkan kelajuan membaca anda.
  • Tuliskan senarai barangan yang ingin dibeli sebelum pergi membeli-belah.
  • Bincangkan masalah yang anda hadapi dengan orang lain.
  • Membuat "brainstorm" setiap hari untuk mencapai impian anda. Anda hanya perlukan pen dan kertas. Minda anda akan mencari apa yang perlu ditulis.
  • Menulis apa sahaja yang terlintas dalam fikiran anda selepas bangun pagi. Anda akan terkejut dengan hasilnya. Anda boleh mencubanya sendiri.
  • Membuat eksperimen mengenai lagu atau soundtrack apa yang dapat meningkatkan produktiviti anda.
  • Apabila anda melakukan kerja, tetapkan masa untuk menyiapkannya.
  • Apabila anda perlu melakukan sesuatu yang anda tidak suka, agihkan kepada orang lain. Caranya terpulang kepada anda.
  • Berhenti dari menyertai aktiviti atau komuniti yang membuang masa anda dengan sia-sia.
  • Tangguhkan untuk melakukan kerja yang tidak penting selama mana anda boleh menangguhkannya.
  • Tetapkan had masa anda untuk menonton berita atau membaca surat khabar.
  • Senaraikan apa yang menyekat anda selama ini untuk mencapai apa yang anda inginkan.
  • Membeli belah secara online. Selain daripada mehilangkan risiko jalan raya, ianya juga menjimatkan masa anda.
  • Laburkan sedikit masa dan wang anda untuk membaca buku atau pergi seminar yang dapat membantu anda mencapai apa yang anda inginkan.
  • Sentiasa bersenam pada setiap hari.
  • Hindarkan dari mendekati dari orang yang mempunyai tabiat negatif dan dekatkan diri dengan orang yang mempunyai tabiat positif.
  • Kenal pasti sesiapa yang telah mendapat apa yang anda inginkan dan belajar daripada mereka apa yang anda perlu dan lakukan untuk mendapat hasil yang sama.
Anda perlu banyak melabur dari segi masa dan tenaga untuk mengubah tabiat anda. Ini kerana tabiat anda sudah bersebati dengan hidup anda.
Lakukan tempoh percubaan 30 hari seperti yang diterangkan dalam artikel sebelum ini. Hanya dengan perubahan kecil dalam setiap hari, anda tidak akan sama dengan diri anda sebelum ini.
Hanya dengan menukar satu sahaja tabiat anda, ianya akan memberikan kesan yang besar terhadap hidup anda.
Satu daripada tabiat yang banyak memberi kesan kepada orang yang telah berjaya ialah bangun tidur sebelum jam 6 pagi.
Sekiranya anda bekerja shift,anda boleh mengukur sendiri berapa jam dalam seminggu anda bertindak untuk mencapai matlamat anda. Sekali lagi, tabiat anda pada hari ini menentukan kehidupan anda pada masa depan.

Hukum Tarikan-Siri 24 : Kerjaya Pilihan
Fikirkan bahawa pekerjaan anda sebagai ekspresi diri anda. Pekerjaan anda boleh membuktikan kelebihan dan kemampuan anda. Pekerjaan anda merupakan karier anda.
Ia menunjukkan apa yang anda lakukan mengambil masa anda. Sekiranya anda ingin menukar impian anda menjadi realiti, ianya merupakan faktor yang kritikal.
Pekerjaan anda memiliki 2 komponen iaitu konteks anda berfikir dan pengetahuan anda.
Contoh konteks dan pengetahuan ialah seperti anda menuangkan air ke dalam gelas. Gelas merupakan konteks dan air merupakan pengetahuan.
Sekiranya air melimpah, gelas tidak cukup besar untuk menampung air. Sekiranya gelas besar tetapi airnya kurang, ia tidak memadai dengan memiliki gelas yang besar.
Anda perlu mempunyai air yang cukup untuk memenuhkan gelas. Pengetahuan dan konteks anda berfikir sangat mempengaruhi kehidupan anda.
Sebagai contoh, terdapat 2 orang saintis yang mengkaji penawar untuk satu penyakit atau membuat penemuan baru. Oleh kerana mereka membuat penemuan yang sama tidak bermakna mereka memiliki pengetahuan yang sama tetapi memiliki konteks berfikir yang sama.
Untuk memiliki kerjaya yang sesuai dengan hati anda, anda perlu mengetahui apa yang anda tahu dan dapat menggunakan konteks anda berfikir untuk membuktikan pengetahuan anda.
Melainkan anda sudah memiliki kerjaya yang sesuai dengan hati anda, anda hanya perlu menjaga kualiti kerja anda agar sesuai dengan hati anda secara konsisten.
Sekiranya anda tidak suka melakukan kerja yang anda miliki, anda perlu membuat perubahan yang besar untuk selari dengan realiti, hubungan, dan potensi anda.
Ianya bukanlah satu perkara yang mudah namun berbaloi untuk diketahui sekiranya anda dapat menggunakan potensi anda sepenuhnya.
  • Apakah yang anda nampak apabia anda berfikir mengenai pekerjaan anda?
  • Adakah ianya sesuai dengan jiwa anda?
  • Adakah anda pernah menukar pekerjaan atau anda bekerja kerana terpaksa?
  • Adakah pekerjaan anda membuatkan anda dapat mengeluarkan sepenuhnya potensi anda?
  • Bayangkan hari ini merupakan hari terakhir persekolahan anda, adakah anda ingin memilih pekerjaan anda sekarang?
Bagi menjadikan pekerjaan anda sesuai dengan realiti hidup anda, anda perlu menjawab soalan-soalan ini
dengan sejujur yang mungkin.
Tuliskan jawapan anda di atas kertas walaupun anda tidak suka untuk membacanya. Anda bebas untuk melakukannya atau tidak.
Elakkan untuk menipu diri sendiri bahawa anda menyukai pekerjaan anda walaupun jauh di sudut hati pekerjaan anda tidak sesuai untuk anda.
Menjadi realistik adalah bahagian kritikal untuk anda terus maju. Ianya bermakna anda berpijak di bumi yang nyata.
Bagi kebanyakkan individu, pekerjaan menjadi sumber utama untuk mereka mendapat apa yang diperlukan untuk terus hidup. Anda mungkin melakukan apa yang tidak anda suka kerana jika anda tidak melakukannya, anda tidak dapat membayar bil-bil anda.
Sekiranya anda tidak suka dengan pekerjaan anda, anda perlu menukar konteks anda berfikir.
Contohnya disebalik anda mengharapkan gaji untuk membayar bil-bil anda, anda boleh menukar konteks anda berfikir dengan menukarnya dengan "sedang mengumpul modal" untuk berniaga sekiranya anda bercita-cita untuk memiliki perniagaan sendiri.
Dalam konteksHukum Tarikan / Law of Attraction (LOA), sekiranya anda ingin menarik wang, anda perlu berasa gembira dengan perkara yang berkaitan wang.
Contoh perkara yang berkaitan wang ialah bil, bank, yuran, tol, dan lain-lain lagi. Anda perlu mengubah fikiran anda dari rasa risau dan bimbang apabila memikirkan perkara yang berkaitan dengan wang.
Sebagai contoh, anda boleh melihat kembali resit-resit bayaran yang telah anda bayar dan fokuskan kepada nilai yang anda bayar.
Anda renung pada amaun yang dibayar itu dan bersyukur dengan hati dan perasaan anda kerana anda memiliki wang untuk membuat bayaran selama mungkin.
Kunci pertama untuk bersyukur ialah memaafkan kesalahan orang lain. Maafkan semua orang yang melakukan kesalahan dengan anda sebelum anda bersyukur dapat membayar bil-bil anda.
Anda boleh mencubanya sekarang dan mengalami pengalaman mendapat wang aau rezeki dari arah yang tidak anda jangka.
Apabila anda mengenal pasti pengetahuan dan konteks anda berfikir, anda akan gembira apabila melakukan pekerjaan anda. Ianya akan menyatukan hati dan realiti anda.

Hukum Tarikan-Siri 25 : Kerjaya dan Potensi

Kerjaya dan Potensi

Anda bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pekerjaan anda sekarang ini. Pekerjaan anda pada hari ini merupakan pilihan anda sendiri pada masa lalu.
Sekiranya anda tidak gembira dengan kerja anda, anda perlu ingat bahawa anda boleh memilih kerja yang baru. Hanya anda sahaja yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap hidup anda.
Anda boleh mencegah kesilapan yang sering berlaku dalam pekerjaan anda. Sekiranya anda mendapati hasil kerja dan penat lelah anda tidak dihargai, anda perlu mencari pekerjaan yang lain.
Anda perlu memilih pekerjaan yang memberi penghargaan kepada bakat anda. Anda tidak perlu mensia-siakan bakat anda dengan melakukan apa yang tidak anda suka.
Sekiranya pekerjaan anda sesuai dengan anda, anda perlu melakukan tugas anda dengan cara yang terbaik dan termampu oleh anda. Halangan yang timbul akan membuatkan anda semakin menyedari potensi yang terpendam di dalam diri anda selama ini.
Apa jua pekerjaan anda, ianya merupakan latihan untuk diri anda untuk membuktikan potensi anda sepenuhnya. Hasil kerja membuktikan kepada anda tentang kemampuan anda.
Setiap orang memiliki batasan dan anda tidak tahu batasan anda sekiranya anda tidak melakukan kerja anda dengan cara yang terbaik dengan kemampuan anda.
Satu masa nanti anda akan dapat menukar impian anda menjadi realiti atau ianya hanya kekal sebagai impian semata-mata dengan hasil tindakan anda pada hari ini. Anda boleh meluangkan masa untuk sentiasa meningkatkan kemahiran anda.
Pekerjaan anda pada hari ini bukanlah merupakan urusan peribadi anda. Pilihan anda mengenai pekerjaan anda mendatangkan kesan kepada semua orang.
Apakah manfaat pekerjaan anda kepada orang lain?
Pekerjaan anda merupakan asas untuk anda membuat sumbangan kepada orang lain. Anda menyumbang daripada tenaga, mental, sosial, pengetahuan, moral, dan lain-lain kepada masyarakat.
Adakah anda dapat memahami konsep kesatuan yang telah saya jelaskan sebelum ini?
Apakah pekerjaan yang anda dapat lakukan dengan sepenuh hati dan perasaan anda?
Pekerjaan yang dapat anda lakukan dengan sepenuh hati dan perasaan ialah pekerjaan yang dapat membantu anda mengeluarkan sepenuhnya potensi anda. Ianya selari dengan realiti hidup, hubungan anda, dan bakat anda.
Sekiranya anda melakukan sesuatu yang tidak mencabar diri anda sendiri, anda terlepas peluang keemasan untuk mengeluarkan potensi anda sepenuhnya.
Sekiranya pekerjaan anda tidak menguji potensi anda, pekerjaan anda tidak sesuai dengan anda.
Sekiranya anda mencegah semua risiko untuk mengeluarkan potensi anda, anda membuatkan diri anda bertambah lemah.
Sekiranya pekerjaan anda sesuai dengan hati dan perasaan anda, anda akan sanggup mengambil risiko dari masa ke semasa.
Beberapa risiko yang anda ambil mungkin tidak memberi hasil yang anda harapkan. Sebahagian lagi akan mendatangkan kepuasan kepada anda kerana anda dapat mengeluarkan potensi anda.
Anda akan berani mengambil risiko setelah anda mengira risiko apa yang terjadi sekiranya anda gagal dan ganjaran yang anda terima sekiranya berjaya.
Semakin banyak kegagalan yang anda terima, semakin banyak anda mendapat pelajaran.
Bagi mengetahui kerjaya yang sesuai dengan realiti, hubungan, dan potensi anda,terdapat 4 soalan
yang dapat mengenal pasti kerjaya yang sesuai dengan anda:
  1. Fizikal: Apa yang perlu anda lakukan?
  2. Potensi: Apakah potensi yang terdapat pada anda?
  3. Hati dan Perasaan: Adakah anda bangga dengan kerja anda?
  4. Kesatuan: Apakah sumbangan yang ingin anda berikan pada orang lain?
Kerjaya yang sesuai untuk anda akan dapat anda ketahui dengan jawapan-jawapan yang anda berikan pada soalan-soalan ini. Ianya kerjaya yang sesuai dengan relaiti, mengeluarkan potensi, dan membuat sumbangan kepada orang lain dengan cara yang anda inginkan.
Ianya menyebabkan badan, otak, hati, dan semangat anda berada pada tempat yang selari dengan realiti, hubungan, dan potensi anda. Fikirkan mengenai pekerjaan anda sekarang.
  • Apakah pekerjaan anda memberi jawapan yang anda inginkan dalam 4 soalan di atas?
  • Adakah anda bekerja semata-mata untuk membayar hutang?
  • Adakah anda menggunakan sepenuhnya potensi dan bakat anda?
  • Adakah anda menyukai pekerjaan anda?
  • Adakah anda seronok melakukan pekerjaan anda?
Anda akan bersemangat untuk bekerja apabila jawapan-jawapan kepada 4 soalan di atas adalah harmoni. Anda memerlukan usaha yang bersungguh-sungguh untuk mendapatkan pekerjaan yang sesuai dengan anda.
Apabila ke 4-4 kategori dalam soalan-soalan diatas berpadu bersama, ianya akan menghasilkan keajaiban dalam hidup anda kerana anda dapat mengeluarkan sepenuhnya potensi anda.
Setiap hari yang anda lalui akan sentiasa indah sekiranya semua jawapan anda dalam soalan-soalan di atas selari antara satu sama lain.
Apa pula yang berlaku sekiranya jawapan-jawapan untuk 4 soalan diatas tidak seperti yang anda inginkan?
Di mana anda perlu memulakan langkah pertama?
Bagi semua soalan diatas, kategori utama yang perlu anda tumpukan ialah mencari pekerjaan yang sesuai dengan hati dan perasaan anda.
Ada kebenaran bahawa sekiranya anda melakukan apa yang anda suka, wang akan datang kepada anda. Walaupun ini tidak semudah yang disangka dalam kehidupan yang nyata, namun ianya mempunyai kebenaran.
Sekiranya anda terus melakukan apa yang anda suka, pada satu jangka masa anda akan menjadi pakar kepada apa yang anda lakukan.
Apabila anda mencapai tahap ini, anda akan dapat menambah nilai sama ada dari segi wang dan kualiti daripada hasil kerja anda kerana kualiti kerja anda dapat menjadikan kehidupan lebih ramai orang menjadi lebih baik.
Ramai orang yang sanggup membayar harga yang tinggi untuk mendapatkan hasil kerja yang berkualiti atau pun untuk mendapat panduan yang tepat daripada anda.
Fikirkan mengenai alternatif bagaimana anda dapat meneruskan kehidupan anda dengan melakukan apa yang anda sukai. Adalah mudah untuk terperangkap untuk melakukan apa yang tidak anda suka demi untuk meneruskan hidup.
Semakin lama anda melakukan apa yang tidak anda suka, semakin banyak pengetahuan yang anda dapat mengenai sesuatu yang tidak anda suka.
Apabila pengalaman anda semakin bertambah, anda mungkin dinaikkan pangkat dalam pekerjaan anda. Namun ianya tidak memuaskan hati anda.
Semakin lama anda bekerja dengan kerja yang tidak sesuai dengan anda, semakin dalam lubang yang anda gali untuk diri anda sendiri.
Anda tidak perlu terburu-buru untuk berhenti kerja. Mesej yang ingin saya sampaikan ialah anda perlu berpijak di bumi yang nyata untuk menggunakan Hukum Tarikan / Law of Attraction (LOA).
Anda perlu melakukan apa yang anda suka sehingga menjadi pakar. Anda mungkin belum kaya dengan melakukan apa yang anda suka kerana:
  1. Anda belum benar-benar menguasai apa yang anda suka.
  2. Hasil kerja anda tidak unik dan boleh didapati dengan mudah dari orang lain.
  3. Hasil kerja anda tidak memberi manfaat kepada orang lain dalam skala yang besar.
Andainya anda tidak mempunyai masalah diatas, ini bermakna orang-orang yang bertanggungjawab dalam urusan yang anda lakukan perlu di tukar.
Contohnya di Malaysia ialah arwah Tan Sri P.Ramlee. Boleh dikatakan beliau menguasai seluruh bidang seni.
Daripada bermain alat muzik sehingga menjadi pengarah filem, semua perkara boleh dilakukan oleh beliau tetapi beliau tidak kaya pada akhir hayatnya.
Saya tidak ingin membuat sebarang spekulasi tapi ingin membuka minda anda. Berapakah bilangan produksi yang wujud pada zaman kegemilangan P.Ramlee?
Untuk mencari kerjaya yang sesuai dengan anda, anda perlu memilih pekerjaan yang benar-benar sesuai dengan hati dan perasaan anda.
Apabila kerja anda sesuai dengan hati dan perasaan anda, segala-galanya akan menjadi mudah kepada anda.

Memahami Diri Sendiri

Saya akan membantu anda untuk memahami diri anda sendiri untuk mengetahui pekerjaan yang sesuai untuk anda. Ianya seperti perkara yang berkaitan dengan apa yang anda inginkan, perkara yang tidak disukai oleh anda, nilai anda, dan keperluan anda.
Ini merupakan perkara utama yang perlu anda tahu untuk menggunakan Hukum Tarikan / Law of Attraction (LOA).
Sebelum anda dapat menukar impian anda menjadi realiti, anda perlu memahami diri anda sendiri. Setiap individu sentiasa berubah dan menjadi asas untuk setiap individu menilai diri mereka sendiri.
Antara yang perlu anda tahu untuk memahami diri anda ialah:

Apakah yang menarik minat anda?

Perkara yang menarik minat anda memberikan anda hint mengenai pekerjaan yang sesuai
untuk anda.
Ianya seperti membaiki peralatan, menggunakan komputer, memasak, menjaga kanak-kanak atau lain-lain yang anda suka lakukan pada masa lapang. Ianya perkara yang mempunyai nilai komersial - bergantung kepada anda.

Personaliti

Setiap individu adalah unik kerana gabungan emosi dan tabiat membentuk personaliti anda yang seterusnya membantu untuk mengetahui kerjaya yang sesuai untuk anda. Kerjaya yang berbeza memerlukan personaliti yang berbeza.
Sebagai contoh, sekiranya anda suka untuk berjumpa dengan orang yang baru dan gemar berkomunikasi, kerjaya yang sesuai untuk anda mungkin ialah bantuan khidmat pelanggan, jurujual, atau guru.

Kemahiran

Kemahiran anda bukan sahaja dipelajari oleh anda pada masa lalu tetapi juga melalui orang-orang di sekeliling anda. Kemahiran anda terbahagi kepada 3 kategori iaitu:
  1. Kategori 1: Pengurusan Diri - Ianya dipelajari oleh anda melalui keluarga atau role-model anda.
  2. Kategori 2: Kemahiran Teknikal - Ianya merupakan kemahiran yang dipelajari melalui latihan dan pengalaman anda.
  3. Kategori 3: Kemahiran Berdasarkan Transformasi - Kemahiran yang anda dapat melalui kerjaya anda pada masa lalu dan mengaplikasikan pada kerjaya yang lain.

Kebolehan

Bakat dan kebolehan semulajadi menunjukkan potensi anda dalam kerjaya yang spesifik. Individu biasanya akan memilih kerjaya yang mudah dilakukan oleh mereka.
Dengan latihan dan pengetahuan, seorang individu akan memilih kerjaya yang sesuai untuk mereka.

Kualiti Kerja

Tujuan dan insentif peribadi yang diperlukan untuk mendapatkan kepuasan dalam kerjaya adalah unik untuk setiap individu. Dengan menganalisis nilai hasil kerja anda, anda boleh mengetahui adakah kerjaya anda sesuai dengan anda.
Apabila usia anda semakin meningkat, hasil kerja anda juga boleh berubah.
Contohnya: Kerja yang sesuai dilakukan oleh orang yang berumur 20 tahun mungkin tidak sesuai dilakukan oleh orang yang berusia 50 tahun yang seterusnya mengubah nilai hasil kerja.

gaya Hidup

Gaya hidup anda juga memberi kesan yang besar kepada kerjaya anda. Dengan menilai kehidupan yang anda inginkan dan menentukan kedudukan kewangan yang anda perlukan untuk menyokong gaya hidup anda, anda akan memutuskan kerjaya yang sesuai untuk anda.
Status kewangan adalah faktor yang kritikal apabila anda memilih pekerjaan. Dengan memiliki matlamat kewangan yang jelas, ianya akan membantu anda membuat pilihan yang tepat.

Persekitaran Tempat Kerja

Persekitaran tempat kerja juga memberi kesan kepada anda. Ini kerana ianya melibatkan hati dan perasaan anda.
Biasanya, tahap keselesaan anda untuk bekerja memberi kesan yang besar sama ada anda akan berjaya atau tidak untuk membuat pilihan kerjaya yang sesuai untuk anda.
Terdapat formula untuk mengetahui kerjaya yang sesuai dengan personaliti anda. Ianya dicipta oleh Dr. John Holland yang membuat teori berkenaan personaliti dan kerjaya yang sesuai untuk anda.
Formula ini mempunyai 6 tema personaliti iaitu:
  1. Realistik
  2. Artistik
  3. Berniaga
  4. Mencari Fakta
  5. Sosial
  6. Konvensional

Hukum Tarikan-Siri 27 : Personaliti dan Kerjaya

Personaliti dan Kerjaya

Kepuasan dengan memiliki kerjaya bergantung kepada personaliti anda sendiri. Hanya anda yang mengetahui mengenai diri anda.

Realistik

Individu yang realistik berminat untuk bekerja menggunakan peralatan dan biasanya peralatan yang menggunakan tangan - mencipta sesuatu. Kemahiran yang dimiliki ialah kemahiran mekanikal, menyelesaikan masalah.
Individu realistik menyukai kerja dengan menggunakan peralatan / mesin.
  1. Adakah anda meminati kerja di kawasan luar?
  2. Adakah anda meminati kerja yang menggunakan mesin / peralatan?
  3. Adakah anda mempunyai kemahiran mekanikal?
  4. Adakah anda meminati kerja yang memerlukan kemahiran pertukangan / membina / mencipta sesuatu?
  5. Adakah anda seorang yang praktikal?
Kerjaya yang sesuai untuk individu yang realistik:
  • Chef / tukang masak
  • Doktor / paramedik
  • Bomba
  • Berkaitan dengan Pembinaan Bangunan
  • Tukang Kayu
  • Mengawal trafik udara

Mencari Fakta

Individu yang suka mencari fakta biasanya suka dengan membuat kajian dan menganalisis maklumat. Individu ini mempunyai kemahiran dalam bidang Sains dan Matematik.
Personaliti individu kategori ini ialah sentiasa bertanya, mencari maklumat yang tepat dan memiliki imaginasi yang abstrak.
Mereka suka bekerja dengan perkara yang berkaitan dengan maklumat dan berfikir.
  1. Adakah anda meminati bidang Sains dan Matematik?
  2. Adakah anda berminat untuk menyelesaikan masalah teknikal?
  3. Adakah anda mempunyai minat dengan bidang perubatan?
  4. Adakah anda mahir untuk menggunakan komputer?
  5. Adakah anda suka bertanya dan sentiasa mencari fakta?
Antara kerjaya yang sesuai untuk individu yang mencari fakta:
  • Programmer
  • Doktor bedah
  • Ahli Farmasi
  • Pengkaji / Pensyarah
  • Juruteknik
  • Doktor haiwan

Artistik

Individu artistik suka untuk mencipta, menyanyi, atau menulis dan menyukai persekitaran kerja yang
berubah-rubah. Mereka memiliki kemahiran dalam bidang audio, seni kreatif, dan berkomunikasi.
Mereka suka menyampaikan apa yang tersirat dalam hati mereka melalui tindakan mereka dan biasanya suka untuk mengeluarkan idea.
  1. Adakah anda meminati muzik, filem, atau seni?
  2. Adakah anda suka untuk menulis cerita / sajak / syair?
  3. Adakah anda memiliki kemahiran menggunakan alat muzik?
  4. Adakah anda pandai berlakon / menyembunyikan perasaan?
  5. Adakah diri anda dapat difahami dengan mudah oleh orang lain?
Antara kerjaya yang sesuai untuk individu yang artistik:
  • Artis komersial
  • Ahli muzik
  • Juruhebah radio / majlis
  • Designer
  • Penulis
  • Pelakon
  • Juru animasi

Sosial

Individu kategori Sosial suka membantu orang lain. Mereka memiliki kemahiran untuk berkomunikasi dengan orang lain, memberi panduan, dan membina hubungan dengan orang lain.
Mereka juga sensitif dengan keperluan dan masalah orang lain. Mereka suka dengan kerja yang melibatkan ramai orang.
  1. Adakah anda suka untuk berkongsi pengalaman anda dengan orang lain tanpa mengira usia?
  2. Adakah anda suka untuk membantu menyelesaikan masalah orang lain?
  3. Adakah anda suka menjaga orang sakit?
  4. Adakah anda sensitif dengan hati dan perasaan orang lain?
Antara kerjaya yang sesuai untuk individu yang artistik:
  • Guru / Pensyarah
  • Kaunselor / Ahli terapi
  • Jurulatih
  • Instruktor Aerobik / Yoga
  • Jururawat
  • Imam / Paderi / Sami

Berniaga

Individu yang suka berniaga tahu cara untuk mempengaruhi orang lain. Mereka melihat diri mereka sebagai popular, yakin pada diri-sendiri, dan tahu untuk bersosial.
Mereka memiliki kemahiran untuk menyampaikan idea mereka pada orang lain dan memiliki gaya kepimpinan yang tersendiri. Mereka suka bekerja dengan orang lain dan mendapatkan maklumat.
  1. Adakah anda menyukai persaingan dan cabaran?
  2. Adakah anda suka untuk membuatkan orang lain berasa ceria?
  3. Adakah anda suka untuk memasarkan produk / servis?
  4. Adakah anda suka untuk memotivasikan orang lain?
  5. Adakah tindakah anda berpandukan hasil tindakan anda pada masa lalu?
Antara kerjaya yang sesuai untuk orang yang suka berniaga:
  • Ejen hartanah
  • Peguam / Pendakwa raya
  • Polis / tentera
  • Promoter / jurujual
  • Juru make-up / berkaitan dengan barang kosmetik

Konvesional

Individu yang mempunyai personaliti konvesional menyukai perkara yang tersusun rapi dan tempat kerja yang lengkap. Mereka biasanya mempunyai kemahiran dalam bidang kewangan, Matematik, dan menggunakan komputer.
Mereka melihat diri mereka sebagai seorang yang menyampaikan maklumat yang tepat dan tersusun serta praktikal. Mereka suka bekerja dengan perkara yang melibatkan banyak maklumat.
Antara kerjaya yang sesuai untuk individu yang konvesional ialah:
  • Akauntan
  • Penngurus Pentadbiran
  • Jurubank
  • Pustakawan
  • Kerani
Anda mungkin sudah mempunyai kerjaya sendiri namun tidak berpuas hati dengan kerja anda sekarang. Ini mungkin kerana kerja anda tidak sesuai dengan personaliti anda.
Anda juga mungkin mempunyai lebih dari satu personaliti. Sekiranya ini yang berlaku pada anda, ianya menunjukkan anda mempunyai potensi yang jauh lebih besar berbanding dengan apa yang anda fikirkan.
Ini kerana ianya terhasil daripada kesan kepercayaan anda mengenai realiti hidup anda.

Hukum Tarikan-Siri 28 : Menguji Diri Sendiri

Menguji Diri Sendiri

Saya akan membantu anda untuk menguji diri sendiri. Ini kerana terdapat kajian mengenai kerjaya dan tempat kerja.
Hasilnya golongan pekerja bukanlah "mangsa" dari persekitaran tempat kerja tetapi aktif untuk mencari persekitaran kerja yang sesuai dengan personaliti mereka.
Apabila personaliti anda dan persekitaran tempat kerja anda sesuai, anda akan lebih menyukai kerja anda dan seterusnya bakat dan potensi anda dapat berkembang dengan lebih cepat.
Kesan yang lebih baik lagi ialah anda dapat melupakan mengenai masa yang berlalu sepanjang anda bekerja. Dalam beberapa sudut, anda boleh di kategorikan "workaholic".
Pertimbangkan semua perkara yang berkaitan dengan kerja, personaliti, kemahiran, dan kemudian mencari pekerjaan yang sesuai dengan personaliti anda.
Anda boleh menggunakan apa jua kaedah yang anda tahu setakat ini untuk mengetahui pekerjaan yang sesuai dengan anda. Anda mungkin memiliki lebih daripada satu tema personaliti yang telah dihuraikan sebelum ini.
Perkara yang paling kritikal setakat ini ialah untuk mengetahui 3 tema utama personaliti anda. Anda hanya perlu gabungkan huruf pertama untuk setiap tema daripada 3 tema untuk membentuk Kod Holland.
Bagi menyusun kod ini, anda perlu mengambil huruf tema yang utama, di ikuti dengan tema kedua dan ketiga yang paling tinggi.
R = Realistik
F = Mencari Fakta
S = Sosial
A = Artistik
E = Berniaga (enterprise)
C = Konvensional (conventional)
Contohnya 3 kedudukan tema anda ialah:
  1. Artistik
  2. Mencari Fakta
  3. sosial
Kod Holland anda ialah AFS. Bagi mengenal pasti persekitaran kerja yang sesuai dengan anda, anda perlu menguji tema personaliti anda sendiri.
Langkah 1:
Untuk setiap tema, tandakan tick pada item yang sesuai dengan anda. Setiap perkara yang anda tick, berikan 1 markah untuk diri anda sendiri.

Realistik

Ciri-ciri: Kebolehan: Minat:

Mencari Fakta

Ciri-ciri: Kebolehan: Minat:

Artistik

Ciri-ciri: Kebolehan: Minat:

Sosial

Ciri-ciri: Kebolehan: Minat:

Berniaga (enterprise)

Ciri-ciri: Kebolehan: Minat:

Konvensional (conventional)

Ciri-ciri: Kebolehan: Minat:
Sekarang anda tentukan hasil ujian ini.
Jumlahkan semua tema yang telah anda tick. Tentukan 3 tema tertinggi gambaran mengenai diri anda.
Sejauh manakah anda mempercayai ketepatan ujian ini mengenai personaliti anda?
Individu realistik memiliki karakter yang suka bersaing, tegas, dan meminati aktiviti yang memerlukan ketahanan fizikal dan kemahiran yang tinggi. Individu kategori ini suka terlibat dengan situasi yang memerlukan penyelesaian masalah.
Mereka berpijak di bumi yang nyata dan tidak suka kepada teori-teori yang abstrak. Mereka cenderung kepada bidang saintifik atau kejuruteraan di sebalik bidang kesenian dan kebudayaan.
Individu yang suka mencari fakta lebih suka berfikir berbanding untuk bertindak. Mereka hanya akan bertindak selepas membuat dan menyusun perancangan mereka. Mereka biasanya suka bertindak secara bersendirian.
Individu artistik menilai hubungan dengan cara yang di fahami oleh mereka sendiri. Mereka kurang meminati kerja-kerja yang memerlukan kemahiran fizikal. Mereka memiliki persamaan dengan individu dalam kategori mencari fakta tetapi meminati bidang seni dan budaya.
Individu kategori sosial suka menempatkan diri mereka dalam posisi memberi tunjuk ajar atau membantu orang lain. Kategori ini bersifat kontra dengan individu dari kategori mencari fakta dan realistik.
Mereka lebih suka berkomunikasi ddengan orang lain dan tidak meminati dengan aktiviti yang memerlukan ketahanan fizikal. Mereka sensitif dengan keperluan orang lain. Mereka mementingkan aktiviti sosial, isu sosial, dan hubungan bersifat peribadi.
Individu kategori berniaga petah berkata-kata dan memaksimumkan kemahiran ini untuk mempengaruhi orang lain berbanding untuk menyelesaikan masalah orang. Mereka mementingkan status sosial.
Individu kategori konvensional biasanya mematuhi peraturan dan mempunyai tahap disiplin yang tinggi. Mereka mementingkan perancangan untuk mencapai objektif mereka. Mereka seperti juga dengan individu kategori berniaga iaitu mementingkan status sosial.

Hukum Tarikan-Siri 29 : Minda & Wang

Minda dan Wang

Adalah sesuatu yang tidak dinafikan bahawa wang memainkan peranan yang penting dalam hidup kita. Bagaimanapun adakah anda sedar apakah peranan yang dimainkan oleh wang dalam hidup anda?
  1. Adakah dengan tidak mengambil peluang untuk menambah wang anda merupakan satu "kerugian"?
  2. Adakah dengan memiliki wang mampu untuk membantu kita memahami realiti hidup kita dengan lebih baik?
  3. Yang mana satu yang lebih baik sama ada anda memberi wang atau menerima wang?
  4. Adakah dengan menjadi miskin membuatkan kita lebih bahagia berbanding dengan menjadi kaya?
  5. Wang merupakan penanda aras bagi perkhidmatan atau produk kita kepada orang lain?
Wang merupakan satu subjek yang luas dan setiap orang mempunyai pandangan yang tersendiri. Kehidupan kita juga telah memberi kita sudut pandang yang berbeza mengenai wang.
Wang yang kita miliki akan di tukar dengan sesuatu yang kita perlukan. Pada masa dahulu, wang di simpan dalam peti dan di kunci serta dirahsiakan daripada pengetahuan orang lain.
Masa terus berlalu. Adakah anda melakukan perkara yang serupa?
Seperti kebanyakkan orang lain, saya juga membesar dengan pendapat yang tersendiri mengenai wang. Saya mendapati bahawa memiliki banyak wang merupakan satu perkara yang hebat.
Dengan memiliki banyak wang, seseorang itu kelihatan seperti seorang yang intelek dan memiliki apa yang di inginkan.
Wang mampu untuk memberi anda makanan, selimut, pakaian, kenderaan, rumah, dan lain-lain lagi. Wang membentuk budaya masyarakat di sekeliling anda.
Sekiranya anda merupakan wang, anda merupakan sebahagian dari penyelesaian dan permulaan masalah. Wang mungkin tidak dapat menyelesaikan semua masalah dan juga mampu memberikan anda masalah.
Kenyataan yang paling saya suka mengenai wang ialah ianya berpotensi untuk menjadi alat penyelesaian masalah. Anda berhak untuk tidak bersetuju dengan saya.

Mungkin anda berpandangan bahawa wang tidak membawa apa-apa erti kepada anda. Anda juga mungkin menyedari bahawa kebanyakkan perkara yang anda lakukan memerlukan wang.
Sekiranya anda tiada wang, anda tidak dapat membeli makanan, ubat-ubatan, dan lain-lain lagi. Anda mungkin pernah bertemu dengan orang yang melakukan sesuatu yang tidak bermoral untuk mendapatkan wang.
Dalam sesuatu masa anda mungkin kagum dengan orang yang memiliki kekayaan dan dalam jangka masa yang sama anda berasa tertekan dengan perkara yang berkaitan wang.
Adakah anda pernah mempunyai konflik seperti ini?
Sekiranya anda mengalami konflik seperti ini, anda tidak keseorangan kerana konflik ini bermula dengan cara anda bersosial. Seseorang mungkin pernah memberitahu anda bahawa wang merupakan satu perkara yang penting dan seorang lagi memberitahu anda bahawa wang tidak penting.
Anda bayangkan setiap kali musim perayaan. Para pengiklan mengiklankan produk mereka agar kita berbelanja, berbelanja, dan terus berbelanja dengan wang yang kita miliki untuk membeli produk mereka.
Mesej mereka ialah semakin banyak anda membeli produk mereka, anda akan beraya dengan lebih gembira.
Cara anda bersosial juga memberi kesan kepada hubungan anda dengan orang lain menerusi perspektif kewangan.
  • Adakah anda pernah meneka pendapatan seseorang?
  • Apakah cara anda bercakap dengan kawan anda yang berstatus jutawan berbeza dengan kawan anda yang belum menjadi jutawan?
  • Bagaimana pula dengan layanan anda kepada kawan anda yang sentiasa tidak memiliki wang?
  • Bagaimana sudut pandang anda kepada orang yang memiliki pendapatan 10 kali ganda lebih banyak daripada anda?
  • Bagaimana pula layanan anda kepada kawan anda yang mempunyai pendapatan 10% lebih sedikit daripada pendapatan anda?
Dengan apa yang berlaku sepanjang hidup anda, anda mungkin mendapati bahawa wang juga merupakan satu masalah.
Mungkin hidup anda akan menjadi lebih baik sekiranya wang tidak di cipta dalam dunia ini atau sekurang-kurangnya fungsi wang berada pada tahap yang paling minimum dalam hidup anda.
Sekiranya wang sering menjadi masalah dalam kehidupan, bukankah lebih bijaksana sekiranya penggunaan wang diharamkan dalam dunia ini?
Wang juga mempunyai prinsip seperti yang terdapat dalam realiti, hubungan, dan kuasa anda serta sama juga dengan aspek-aspek lain dalam hidup anda.
Adalah sesuatu yang silap sekiranya anda mengasingkan diri dari kebenaran kepentingan wang dalam kehidupan.
Faktor utama wang berfungsi ialah kita bersetuju sebulat suara bahawa RM100.00 bernilai RM100.00. Sekiranya kita bersetuju secara sebulat suara, wang tidak mempunyai apa-apa nilai.
Nilai apa-apa perkara, termasuk nilai wang, di bentuk oleh persetujuan sosial. Ianya mungkin perjanjian yang melibatkan 2 pihak seperti anda membeli barangan di kedai runcit.
Ianya juga mungkin persetujuan daripada banyak pihak seperti anda membeli saham di pasaran saham.
Anda juga boleh melepaskan diri daripada persetujuan sosial yang melibatkan wang. Ianya seperti anda menggunakan sistem barter, emas, perak dan lain-lain lagi.
Walaupun ianya tidak praktikal bagi semua tempat, pilihan tetap ada. Wang merupakan kredit sosial.
Semakin banyak wang yang anda miliki, semakin tinggi kedudukan sosial anda - pandangan umum masyarakat. Bak kata pepatah,hina besi kerana berkarat, hina manusia kerana melarat.
Mari kita luangkan sedikit masa untuk berfikir mengenai realiti wang. Seperti yang semua orang tahu, wang merupakan salah satu sumber untuk terus hidup.
Apabila anda mendapat wang, anda mendapat sumber untuk terus hidup. Apabila anda berbelanja, anda menukar wang dengan nilai.
Apabila anda menghasilkan wang - tidak kira dengan apa cara - anda menukar nilai hasil kerja anda dengan wang.
Satu cara untuk mendapatkan wang ialah menjual sesuatu yang dimiliki. Satu cara lain ialah anda mendapatkan barangan dan menjualnya dengan harga dari anda membelinya.
Para kapitalis-peniaga yang mempunyai modal pada skala billion - menggunakan sumber-sumber yang boleh di temui di dalam dunia ini dan menjualnya untuk mendapatkan wang.
Sekiranya anda bukan kapitalis, anda boleh menggunakan pendekatan dengan membeli saham-saham syarikat mereka dan menjualnya dengan harga yang lebih tinggi - sekiranya anda pelabur profesional.
Cara yang paling mudah untuk mendapatkan wang ialah dengan menjual masa anda. Anda mendapatkan pekerjaan dan menukar masa anda bekerja dengan wang.
Semakin tinggi kemahiran anda, semakin tinggi peluang anda untuk mendapat wang yang lebih banyak.
Perbezaan antara pekerjaan yang mempunyai nilai RM25 / jam dengan pekerjaan bernilai RM250 / jam ialah kesan hasil kerja anda kepada nilai sosial.
Ini bukan salah sesiapa. Ianya telah menjadi persetujuan bahawa jumlah gaji bergantung kepada nilai hasil kerja anda.
Secara fitrah, cara paling mudah untuk mendapatkan wang ialah dengan melakukan perkara yang tidak bermoral. Mengikut sejarah, cara yang paling popular ialah dengan menjadi pencuri.
Saya tidak berminat untuk menghuraikan lebih lanjut dengan menerangkan mengenai perkara yang tidak bermoral yang boleh anda lakukan untuk mendapatkan wang dalam blog saya.
Ini merupakan satu realiti yang berlaku dalam masyarakat hari ini dan anda perlu menerima realiti terdapat orang yang rapat dengan anda mungkin melakukan perbuatan yang tidak bermoral untuk mendapatkan wang.
Untuk mengatakan bahawa wang tidak penting atau mendatangkan masalah merupakan satu realiti yang agak janggal untuk diterima.
Apabila anda mempunyai realiti yang jujur, mempunyai hubungan yang baik dengan orang lain, dan menggunakan seluruh potensi anda, kepentingan mengenai kuasa yang dimiliki oleh wang tidak dapat dielakkan.
Melainkan anda hidup di dalam hutan atau tempat terpencil, wang mungkin tidak membawa apa-apa makna kepada anda.
Idea yang saya jelaskan mengenai wang dan faktor sosial tadi adalah untuk menyampaikan mesej bahawa wang mempunyai kesan yang kritikal kepada hubungan anda dengan orang lain.
Adakah anda suka dengan seseorang yang selalu membuatkan anda terpaksa mengeluarkan wang anda?
Terdapat 2 cara biasa untuk mendapatkan wang:
  1. Menyelesaikan masalah orang lain.
  2. Terlibat dengan perkara yang tidak menyelesaikan masalah orang lain.
Pilihan pertama termasuk mendapatkan pekerjaan dan membuktikan hasil kerja anda, menjalankan perniagaan yang menyediakan produk atau servis, menjual kembali produk yang anda beli dengan menambah nilai produk anda, dan melabur dalam perkara-perkara ini.
Pilihan kedua termasuklah dengan berjudi, meminta sedekah, aktiviti yang tidak bermoral, atau melabur dalam perkara-perkara ini.
Terdapat 2 strategi asas yang berbeza untuk mendapatkan wang:
  1. Membuat sumbangan kepada orang lain.
  2. Bergantung kepada orang lain.
Melainkan anda mempunyai sebab yang tersendiri untuk tidak menggunakan strategi ini seperti anda mewarisi harta yang melimpah-ruah daripada ibubapa anda atau lain-lain - anda boleh menggunakan satu atau kedua-dua strategi ini sekarang.
Bagaimanapun hanya satu strategi yang akan menjadi dominan dalam hidup anda. Sama ada anda membuat sesuatu sumbangan yang bernilai dan di bayar atau anda hidup dengan bergantung kepada orang lain.
Anda perlu menyedari bahawa sumbangan yang anda lakukan adalah satu cara untuk menukarnya dengan wang. Orang yang bergantung kepada orang lain tidak perlu membuat sumbangan kepada masyarakat untuk mendapatkan wang.
Mereka hanya perlu berharap kepada ihsan daripada pihak lain. Namun pada akhirnya, mereka akan menukar wang mereka dengan satu perkara lain yang mereka perlukan.
Melainkan anda telah menemui cara untuk hidup tanpa memerlukan bantuan orang lain, anda akan selalu bergantung kepada masyarakat di sekeliling anda seperti mendapatkan makanan, pakaian,dan lain-lain lagi.
Anda hanya perlu menukar apa yang anda perlukan dengan sejumlah wang.

Persoalan yang timbul ialah adakah anda membalas kebaikkan yang anda terima daripada masyarakat dengan setimpal dengan apa yang telah anda terima?
Pada beberapa fasa hidup, anda sememangnya perlu bergantung kepada orang lain. Contohnya ketika anda masih kanak-kanak, anda sememangnya mengharapkan bantuan daripada ibubapa atau penjaga anda.
Namun apabila anda sudah dewasa, anda sudah mula dapat membuat sumbangan kepada masyarakat dengan hasil usaha anda sendiri.
Secara faktanya dalam hidup anda, anda akan menerima dan memberi sumbangan kepada masyarakat.
Namun apakah prinsip yang anda miliki apabila ianya berkaitan dengan perkara yang menghasilkan wang?
Adakah anda membuat sumbangan yang setimpal dengan hasil yang anda dapat?
Sekiranya anda bekerja, anda juga berkongsi cara syarikat anda membuat sumbangan kepada orang lain dengan kemahiran yang anda miliki.
Adakah anda bekerja dengan syarikat yang memberi sumbangan kepada masyyarakat ataupun meminta-minta daripada masyarakat?
Dalam kehidupan anda, anda bertanggungjawab sepenuhnya mengenai soal kewangan anda.
Sekiranya realiti hidup anda sekarang membuatkan anda tidak selesa dengan kedudukan anda sekarang dan mengharapkan kedudukan kewangan anda menjadi lebih baik, menjadi tanggungjawab anda untuk memastikan ianya berlaku.
Anda hendaklah menerima realiti kedudukan kewangan anda pada masa sekarang dengan menerima dengan hati yang terbuka hasil tindakan anda pada masa lalu.
Terdapat pakar kewangan yang biasanya menyarankan kita untuk menetapkan matlamat kewangan. Secara mudahnya jumlah yang kita belanja hendaklah kurang daripada jumlah pendapatan kita.
Daripada saranan ini, saya mendapat pelajaran yang cukup berguna.
Dalam usaha untuk mencapai matlamat kewangan yang kita ingin capai, ianya bergantung sepenuhnya kepada kejujuran kita terhadap diri sendiri.
Ianya memerlukan kemahuan yang sentiasa bernyala-nyala dan tidak kunjung padam walau apa pun yang berlaku.
Matlamat yang tidak membuatkan anda menjadi lebih baik merupakan matlamat yang tidak berguna - matlamat yang anda tidak ingin capai buat selama-lamanya.
  1. Adakah anda benar-benar serius untuk mencapai matlamat kewangan anda?
  2. Adakah ianya lahir dari hati anda sendiri?
  3. Ataupun ianya lahir lahir dari perasaan irihati dan cemburu dengan kedudukan kewangan orang lain?
Anda sendiri yang dapat menjawabnya. Sekiranya matlamat kewangan anda tidak lahir dari hati anda, jumlah wang yang anda miliki tidak memberi apa-apa makna kepada anda.
Lebih buruk lagi, potensi yang terdapat dalam diri anda hanya akan dikeluarkan mengikut wang yang akan terima di sebalik anda menggunakan seluruh potensi anda dengan lebih bijaksana.
Di sebalik fokus kepada matlamat kewangan, saya memilih untuk mempercayai apa yang wang boleh berikan kepada saya.
Saya percaya ianya memberikan saya kebebasan untuk membeli "peralatan" yang saya perlukan untuk terus membuat sumbangan kepada orang lain.
Sekiranya anda percaya bahawa wang boleh memberikan anda rumah idaman anda, anda boleh memilih untuk membuat matlamat untuk memiliki rumah idaman anda.
Sebelum anda memiliki rumah idaman anda, anda boleh membaca tau mencari maklumat mengenai rumah idaman anda. Ianya secara tidak lansung membantu anda untuk fokus kepada matlamat anda.
Sekali lagi, ianya bergantung kepada persepsi anda mengenai wang dan apa yang boleh anda dapat daripadanya.
Apabila saya menggunakan kaedah ini, ianya memberikan saya kebebasan dalam kehidupan.
Realitinya, prestasi kebanyakkan orang akan menurun apabila telah mencapai matlamat mereka kerana mereka menetapkan sejumlah wang yang spesifik untuk dicapai yang seterusnya menjadi penghalang utama untuk mereka terus mendapat pengetahuan dan kemahiran yang baru.
Sekiranya anda mendapati bahawa faktor kewangan anda menjadi penhalang anda untuk mencapai matlamat anda, anda memandang rendah terhadap diri anda sendiri dan menyekat kreativiti anda.
Sekiranya anda menjadikan wang sebagai asas untuk mencapai matlamat anda, anda akan membataskan pilihan yang anda miliki untuk mencapai matlamat anda.
Ini merupakan sebab saya lebih suka menetapkan matlamat materialistik berbanding menetapkan matlamat kewangan. Ini merupakan cara alternatif sekiranya anda sering gagal untuk mencapai matlamat kewangan anda.
Anda boleh menetapkan matlamat kewangan anda sekiranya matlamat kewangan anda membuatkan anda sentiasa bersemangat untuk mencapai matlamat kewangan anda.
Wang merupakan sebahagian daripada sistem hidup pada hari ini. Kuasa wang hanya akan muncul apabila digunakan. Wang hanya bernilai apabila digunakan dan bukannya apabila dimiliki.
Apabila anda mendapat wang, anda menukarnya dengan nilai yang anda berikan. Apabila anda menggunakannya, anda memberi menukar wang anda dengan nilai sumbangan yang di hasilkan oleh orang lain - sama ada produk atau servis.
Adalah menjadi tindakan yang bijaksana sekiranya anda menyimpan sebahagian daripada wang anda. Ia mungkin dapat menjadi penyelamat kepada anda pada masa-masa sukar anda.
Cara terbaik untuk menghasilkan wang ialah melalui sumbangan yang anda berikan kepada orang lain. Lakukan apa yang anda lakukan dengan cara terbaik yang anda dapat lakukan untuk orang lain.
Sama ada anda bekerja atau berniaga, lakukan sesuatu dengan cara terbaik yang anda mampu. Ianya akan memberi kesan baik kepada anda dan juga orang lain.
Masalah dengan memfokuskan usaha anda untuk melakukan sumbangan kepada masyarakat ialah sumbangan anda tidak selari dengan keperluan orang lain.
Sekiranya sumbangan yang anda lakukan tidak selari dengan hati anda tetapi selari dengan kemahuan orang lain, ini boleh menyebabkan anda kurang bermotivasi untuk terus melakukan apa yang sedang anda lakukan.
Sebaliknya, sekiranya anda membuat sumbangan dengan sepenuh hati anda dan masyarakat tidak menghargai sumbangan anda, anda mungkin menyukai apa yang anda lakukan tetapi terpaksa mengabaikan bil-bil yang perlu anda bayar.
Penyelesaiannya ialah anda perlu mencari persamaan di antara apa yang anda minat dan apa yang masyarakat inginkan. Ini akan memantu anda untuk menghasilkan sesuatu yang bernilai dan membuatkan kehidupan orang lain menjadi lebih baik.
Kedua-dua perkara ini adalah kritikal sekiranya anda ingin menghasilkan wang. Anda hanya perlu meluangkan sedikit masa untuk mencari antara apa yang anda suka lakukan dan ianya dihargai oleh masyarakat.
Cara terbaik ialah anda berkongsi apa yang anda suka lakukan dengan orang lain. Elakkan untuk membuat anggapan bahawa kerja ini terlalu mudah namun ianya berbaloi untuk dilakukan.
Elakkan untuk mengharapkan seseorang akan memahami kemahiran dan bakat anda. Sekiranya anda membiarkan orang lain menilai anda, anda mungkin mendapat bayaran yang tidak setimpal dengan kemahiran dan bakat anda.
Anda perlu mengambil inisiatif dan meminta bayaran yang setimpal. Sekiranya harga yang anda minta adalah setimpal dengan apa yang anda hasilkan, akan muncul orang yang akan sanggup membayar harga yang anda minta.
Elakkan untuk berasa malu atau rendah diri apabila meminta bayaran yang setimpal. Ianya merupakan petunjuk bahawa anda tidak yakin dengan nilai hasil kerja anda.
Sekiranya anda tidak dapat melakukan sesuatu yang anda janji dapat dilakukan oleh anda, elakkan untuk meminta harga / gaji yang lebih tinggi melainkan anda benar-benar telah bersedia.
Sekiranya anda memahami bahawa apa yang anda hasilkan sememangnya bernilai, anda hanya memerlukan sedikit keberanian untuk meminta kenaikkan bayaran yang anda terima sebagai pertukaran dengan hasil kerja anda.
Anda perlu berterus-terang dan dalam jangka masa yang sama anda perlu membuktikan kenapa anda layak mendapat kenaikkan bayaran yang patut anda terima.
Walaupun anda melakukan sesuatu yang anda suka, anda memerlukan keberanian untuk terus kekal melakukan apa yang sedang anda lakukan.
Anda mungkin berhadapan dengan orang yang tidak jujur. Saya mendapati bahawa semakin saya dapat menyeimbangkan realiti, hubungan, dan potensi saya, saya akan dapat menghadapi masalah yang saya terima dengan berlapang dada dalam situasi yang sukar.
Mungkin cara terbaik untuk anda mencapai kekayaan ialah untuk membebaskan diri anda dari belenggu kemiskinan.
Anda perlu sedar bahawa kehidupan anda terlalu bernilai untuk diteruskan walau apa pun situasi kehidupan anda sekarang.
Lakukan sesuatu dengan cara terbaik yang boleh anda lakukan untuk menyelesaikan masalah orang lain agar kehidupan orang lain menjadi lebih baik.

                                             (sumber::::http://hypnosis-diri.blogspot.com:::)
Sekian, terima kasih kerana anda sudi meluangkan masa untuk membaca artikel ini.