Resepi Homemade Giant Bubbles

CARA BUAT BANCUHAN BUBBLES

Untuk bancuhan bubbles ni kan, sebenarnya KakLin ada buat 2 jenis.

#1 Bancuhan pertama, follow dari http://www.designdazzle.com/ (kredit).

Bahan-bahannya sebiji yang kat dalam gambar ni.

- 12 cawan air

- 1 cawan Joy (Mengikut idea asal, Joy adalah antara pencuci pinggan yang sangat recommended untuk digunakan. Mungkin kerana bahan aktif yang ada dalam Joy ni - wallahua'lam)

- 1 cawan tepung jagung

- 2 sudu besar tepung penaik (baking powder)

- 3 botol glycerin (botol kecik yang ada tanda harga tu) + 1 cawan air panas (KakLin guna 2 je)

* glycerin beli kat kedai bakeri

Cara nak buat:

1- Campurkan kesemua dalam bekas/baldi/ikut apa-apa je yang bersesuaian

2- Biarkan untuk 1 jam (min), tapi lagi lama lagi best katanya

* Untuk bancuhan ni, agak cloudy sikit disebabkan tepung jagung ni. So, rajin-rajin la kacau selalu



CARA BUAT BUBBLES "STICK' (Part 1)


Bahan-bahan:

1- Chopsticks atau apa-apa je yang dirasakan bersesuaian
(ada orang guna hanger/ ranting/straw - jangan tanya cemana nak buat sebab tak pernah buat lagi :D)

2- Cotton String

3- Binder/Washer/Pemberat
(KakLin guna 'binder' je sebab tak jumpa 'washer'. Gambar 'washer' sila gugel :D)


CARA BUAT BUBBLES "STICK' (Part 2)

 
Cara nak buat:

1- Bayangkan 'string' ni diikat dihujung chopstick, bentuk 3 segi.

2- Ukuran 'string' untuk 'b' dan 'c' lebih panjang dari 'a'.

(Maaf yang dalam gambar ni macam sama panjang je semua)

3- Jangan lupa masukkan 'binder' atau 'washer' di 'string a & b'


TIPS BERGUNA:

1- Chopstick ni beli kat Mr. DIY. Ada banyak saiz. KakLin beli different sizes (ikut umur anak-anak). Harga murah-murah je

2- 'String cotton' ni kadang-kadang dia boleh 'terlilit'. Jadi, kalau ada jumpa 'string' lain yang lebih bersesuaian bolehlah guna. Boleh juga share di bahagian komen

3- 'Binder' tu bertujuan sebagai pemberat. Semasa nak masukkan 'stick' dalam bancuhan tu 'binder' ni agak membantu juga supaya senang nak masukkan dalam bekas bancuhan tu. Tapi kalau takmau guna pun takpe je.. tapi lebih afdhol kalau guna.. Mudah nak main 


So, inilah bendanya kalau nak main 'giant bubbles'.

Stick boleh simpan elok-elok lain kali boleh main lagi.

Bancuhan 'giant bubbles' ni kalau banyak boleh simpan. Orang kata lagi lama disimpan lagi lama 'bubbles' tu boleh bertahan.

Kalau buat sendiri lebih jimat....sumber