Meditasi Ringkas
Meditasi atau dikenali sebagai sebagai teknik relaksasi dapat membantu diri kita berada dalam tahap kesihatan mental dan fizikal secara optimum. Caranya sangat ringkas dan dapat memberi kesan yang luar biasa kepada diri kita.
Caranya adalah:
1. Duduk dalam keadaan tenang dan mulakan sesi dengan “Bismillahirrahmanirrahim.”
2. Pejamkan mata dan uruskan nafas secara perlahan-lahan seperti berikut:
· Tarik nafas melalui hidung dalam kiraan 5 saat
· Tahan nafas tersebut dalam kiraan 20 saat
· Hembus nafas melalui mulut dalam kiraan 10 saat
3. Fokus pada nafas anda dan mulakan kiraan secara mundur dari 30 hingga 1. Hanya lafazkan hitungan itu dalam hati. Kaedah ini dapat membantu otak anda memasuki gelombang ALPHA iaitu keadaan di mana anda tidak terjaga dan tidak tidur(separa sedar).
4. Setelah sampai ke tahap gelombang ini, anda boleh mulakan “Self-Talk” untuk menghilangkan emosi negatif atau kepenatan dengan mencipta ayat seperti :
“Kubayangkan udara di sekelilingku berwarna pelangi. Kuhirup warna tersebut dan warnanya mengambil semua kepenatan, kesakitan yang ada dalam tubuhku.”

“Lalu aku hembuskan dari mulut ini warna kekotoran kepenatan dan kesakitan tadi.”
“Udara yang kuhembus dari mulut itu berwarna hitam dan warna hitam itu adalah kepenatan dan kesakitan.”
5. Ulang proses ini sebanyak 3 kali, kemudian masukkan saranan:
·
“Alhamdulillah ya Syakur, semua kepenatan dan kesakitanku makin hilang. Tubuhku makin sihat, relax, damai dan tenang sekali.”
· “Ya Allah, aku tak tahu bagaimana aku tahu dan bagaimana aku lakukan tapi aku sememangnya makin tenang, cergas dan sihat daripada sebelum ini.”
6. Senyum dan niatkan untuk bangun dari sesi tersebut (tamatkan sesi).
7. Kemudian buka mata dan bacalah “La hawla wala quwwata illa billah (Tiada daya upaya melainkan kekuatan Allah).
8. Amalkan setiap hari atau malam sebelum tidur kerana gelombang otak manusia pada waktu itu berada pada tahap optimum.
Selamat mencuba dan semoga bermanfaat.
Karimah Abdullah
Kuasai Minda dan Hati,
Pasti Akan Kuasai Dunia.